Total Pageviews

Saturday 14 June 2014

SEKADAR RUPA SAHAJA...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,satu kisah yang ingin ku kongsikan...hmm mungkin lebih kepada pandangan dan pendapatku melalui pengalaman dan pengamatanku.

Wajah...hmm sudah menjadi kebiasaan kita akan tertarik padaa rupa dahulu,pandang yang pertama,cara layanan seseorang pada kita,membuatkan kita adakalanya tanpa disedari akan terperasan dan merasakan diri begitu istimewa (kononnya),yang pada hakikatnya ianya cuma mainan perasaan dan khayalan semata-mata.Apabila mimpi terus dilayani seakan tidak mahu bangun dan sedar untuk menghadapi realiti,maka disitu bermulanya sesuatu yang harus ditangani.Jangan sesekali mencuba,selagi boleh hindari,jauhilah kerana ia mampu membuatkan seseorang kecewa nanti.Okay sekali-sekala aku nak bercerita pula,ini adalah satu kisah,kisah yang mungkin juga kisah benar,terpulang pada yang membacanya.Aku bukan penulis novel dan aku hanya menceritakan secara ringkas kisah ini kerana kisah yang terperinci agak panjang sebenarnya.Jadi terimalah seadanya ye:)

Sejak dari mula kehadiran Zara di tempat itu,Eiman telah memberikan perhatian yang istimewa kepadanya.Eiman,seorang jejaka yang mempunyai ketinggian dan susuk badan yang tegap,persis seorang model dengan rupa paras yang menjadi kegilaan ramai wanita,dengan intonasi suara yang lembut menyapa menyebabkan mana- mana wanita akan 'cair' melihatnya. Zara sememangnya seorang yang tidak banyak berbicara apatah lagi dengan orang yang baru dikenalinya.Sepatah ditanya,sepatah la dijawabnya.Zara tidak menafikan pertama kali dia bersua muka dengaan Eiman,ada satu rasa terdetik di hatinya.Eiman,pada pandangannya ketika itu,terlalu tampan untuk berpaling dari melihat orang lain yang berada di sekitarnya,namun dikawal perasaannya bimbang gagal dikawal dan akan mengundang persoalan dari mereka yang baru dikenalinya.

Setiap hari,ada sahaja 'modal' si Eiman untuk membuatkan Zara memandang dan bercakap dengannya.Sekiranya Zara hanya diam membisu pada hari itu,Eiman akan berusaha untuk membuatnya bersuara,sekiranya ditegur tetapi Zara tidak berpaling ke arahnya atau melihat wajah Eiman,Eiman akan sedaya upaya membuat Zara 'mengangkat' kepalanya dan menoleh ke arahnya.Zara sebenarnya tertanya-tanya apa yang membuatkan Eiman melayannya sebegitu rupa sedangkan melihat pada diri Zara sendiri,bukan sahaja fizikalnya tidak menarik malah rupa paras pun biasa-biasa sahaja.

Terasa bangga juga di hati Zara apabila jejaka setampan Eiman sudi berbual-bual dengannya.Zara akui sudah mula suka dengan cara Eiman melayaninya,malah serasa rindu kalau sehari tidak bersua muka dengannya.Adakalanya Zara agak gelisah bila mana Eiman tidak muncul di tempat mereka semua berkumpul kerana ada tugasan lain yang memerlukan dia berada di kawasan lain.

Walaupun sedar akan perasaannya yang sudah mula menguntumkan sayang,namun Zara mengambil langkah untuk menjadi pemerhati yang tajam akan setiap langkah dan sikap Eiman terhadap rakan-rakan yang lain.Ternyata Eiman mudah mesra dengan sesiapa sahaja terutama wanita.Adakalanya kelihatan dia duduk agak rapat disebelah rakan wanita yang lain,agak manja dengan mereka especially rakan wanita yang lebih berusia padanya (maksudnya yang dipanggil sebagai kakak),manakala dengan rakan wanita yang agak sebaya dengannya,kemesraan juga jelas kelihatan di situ,kadangkala berbisik-bisik,duduk agak rapat walaupun si rakan wanita tadi sudah pun bergelar isteri orang.Namun tidak semua rakan wanita mendapat perhatian 'istimewa' daripadanya,Eiman pandai memilih yang tertentu sahaja yang mungkin dirasakan serasi dengannya.

Suatu hari Zara pergi ke bilik di mana  Eiman bekerja kerana ada tugasan yang memerlukan dia mencari dan mendapatkan maklumat di situ.Eiman kelihatan gembira melihat Zara berada di situ dan mereka berbual mesra dan Zara mendapati adakalanya Eiman bertanyakan sesuatu yang sebenarnya mudah untuk dilakukan tetapi sengaja bertanya kepada Zara supaya Zara menghampirinya dan berdiri berdekatan dengannya.Zara merasa agak kekok dan cuba mengawal keadaan supaya tidak menimbulkan rasa tidak selesa sekiranya sesiapa melihat mereka berdua.Tugasan yang diberikan belum lagi selesai tetapi Zara harus beredar kerana ada kerja lain yang perlu diselesaikan.Zara kembali ke pejabat semula,ketika melangkah ke dalam biliknya,ketuanya memanggil Zara untuk memberitahu tentang satu perkhabaran penting.Berita yang disampaikan oleh ketuanya menyebabkan Zara terpaksa kembali ke bilik Eiman kerana tugasan yang diberi melibatkan Eiman juga.Zara agak berat untuk melangkah semula ke bilik itu,kerana kedudukannya yang agak jauh dari bangunan di mana bilik kerja Zara terletak.

Zara melangkah agak pantas menuju ke bilik kerja Eiman,dalam hati seakan berbunga kerana dapat melihat dan menatap wajah Eiman lagi.Sungguh ketampanannya bisa membuatkan Zara tersenyum berseorangan.Kalau dilihat orang,pasti Zara disangkannya gila kerana senyum sorang-sorang:).Zara membuka pintu bilik dan melangkah masuk dengan wajah yang senyum dan hati yang bersorak girang,sebaik melangkah masuk ke bilik tersebut, wajah Zara berubah,dilihat Eiman begitu mesra dengan seorang pelatih wanita yang sangat-sangat muda usianya.Kemesraan jelas kelihatan antara mereka,Zara dapat melihat cara Eiman memandang wanita itu,bertukar-tukar gula mentos yang dikunyah sambil ketawa riang.Entah apa yang diperbualkan agaknya.Eiman dan pelatih wanita itu duduk agak rapat antara satu sama lain,mungkin hanya seekor lalat sahaja yang boleh menembusi ruang antara kedua-duanya.Zara cuba mengawal perasaannya.Dia berpura-pura seperti dirinya tidak terkesan dengan kemesraan mereka.Pertanyaan Zara dijawab dengan acuh tak acuh oleh Eiman menyebabkan Zara naik berang lalu keluar dan hampir menghempaskan pintu.Zara tidak peduli sekiranya Eiman perasan akan tindakannya itu yang bermaksud Zara cemburu melihat dia dengan pelatih muda itu.

Namun kemarahan diri Zara hanya sementara sahaja,Eiman berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku dan hubungan sebagai rakan antara mereka berdua kembali seperti sediakala.Hari demi hari,Zara sedar akan sikap Eiman yang mesra dengan sesiapa sahaja yang dia rasakan serasi dengannya.Adakalanya Zara rasa seperti Eiman tahu yang wajahnya dan gayanya yang menawan dapat membuatkan sesiapa jatuh cinta padanya dan menggunakan kelebihan itu untuk menghampiri sesiapa sahaja yang adakalanya mungkin menjadi 'mangsa' akan layanan mesrnanya.Menjadi mangsa di sini bermaksud Eiman akan memberitahu seseorang yang sukakannya dengan cara yang agak berlapik iaitu meminta dibelikan handset jenama terkemuka ataupun jam tangan mahal sebagai hadiah hari lahirnya.Dia cuba menarik orang yang diketahui mempunyai perasaan terhadapnya untuk meminta sesuatu dari orang tersebut.Mungkin secara tak langsung,Eiman boleh memanipulasi perasaan wanita terhadapnya walaupun dia bukanlah dikategori kan lelaki kasanova ataupun berperilaku jahat atau tidak baik.

Satu hari Zara perlu menghadiri seminar beberapa hari di mana Eiman turut serta menghadirinya.Ketika Eiman melangkah masuk ke ruang seminar diadakan,ramai wanita menoleh dan tertumpu ke arahnya.Zara pasti Eiman sudah biasa dengan situasi tersebut.Eiman duduk di sebelah Zara dan kemesraan antara Zara dan Eiman menyebabkan ramai yang menyangka bahawa Zara adalah isteri Eiman.Ketika waktu rehat,Zara dihujani pertanyaan tentang Eiman dan akhirnya mereka mengetahui bahawa Zara dan Eiman adalah rakan sekerja dan Zara juga menjelaskan yang Eiman sememangnya mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya (namun Zara tidak langsung memberitahu bahawa Eiman hanya memberikan layanan mesra dengan wanita sahaja).

Ramai peserta terutama wanita telah mula mengorak langkah memulakan perbualan dengan Eiman.Ternyata Eiman menjadi tumpuan mereka.Selesai menghadiri seminar tersebut,masing-masing bertukar nombor telefon dan mula membuat group whatsap.Zara mendapati mesej-mesej yang ditulis oleh Eiman di dalam group tersebut seolah-olah cuba menarik perhatian ahli group untuk 'bertumpu' padanya menyebabkan Zara akhirnya tersedar bahawa Eiman ternyata bukanlah lelaki seperti yang Zara sangkakan.Penafian demi penafian terhadap perasaannya selama ini akhirnya sampai kepada kemuncaknya.Zara bersyukur kerana akhirnya dia tersedar dari lena yang panjang.Sejak dari hari itu,perasan Zara mulai berubah terhadap Eiman,walaupun mereka masih lagi berkawan seperti biasa dan Eiman adakalanya duduk di sebelahnya sekiranya mahu berbual-bual dengannya namun kali ini Zara telah dapat mengawal sepenuhnya perasaannya terhadap Eiman.Zara tidak pasti sama ada Eiman perasan akan perubahan sikap Zara itu,yang nyata Zara tidak peduli kerana bersyukur Allah telah membuka mata hatinya.Apa ada pada rupa,sememangnya bonus bagi seseorang itu sekiranya digunakan digunakan dengan sebaik-baiknya,cantik paras rupa secantik keperibadiannya.Tetapi adakalanya kacak dan cantik itu hanya sekadar luaran sahaja,sikap sebenarnya tidak seperti yang digambarkan.

Kesimpulan dari kisah ini adalah,berhati-hatilah dalam sesuatu yang melibatkan perasaan hati ini,kita adakalanya tertipu atau mudah terpesona pada sesuatu yang tampan dan menarik yang sebenarnya hanya indah khabar dari rupa.

1 comment:

  1. Owhh patutlah zara dah lama tak cerita pasal eiman...

    ReplyDelete