Total Pageviews

Tuesday 17 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU SEMALAM...

Assalamualaikum wahai Cahaya NurQasehku,maaf agak lama aku tidak mencoretkan sesuatu di sini...walaupun pada asalnya memang aku ingin mengotakan janjiku nak update blog nie sekerap mungkin tetapi kesibukan tugas dan keletihan selepas balik dari kerja menyebabkan aku hanya dapat 'update' dalam kepala sahaja hehe...

Oklah bercerita tentang sambutan Hari Guru semalam...Alhamdulillah segala-segalanya berjalan dengan lancar.Aku nak bercerita pasal persembahan murid-murid tahun 6 yang aku ajar subjek Bahasa Inggeris utk kelas diorang.Ada masa tertentu aku akan pasang video clips atau lagu-lagu mp3 semasa aku bawa mereka ke makmal komputer,selalunya masa PSV(Pendidikan Seni Visual),sambil-sambil diorang melukis,aku akan pasangkan lagu-lagu sebagai hiburan.Salah satunya lagu "Terima Kasih Guru" yang aku ambil dari YouTube.Melodi lagu ini memang menarik.Lagu ini adalah nyanyian penyanyi Indonesia.Dalam hati,memang aku berharap dan teringin kalau-kalau anak-anak muridku boleh membuat persembahan lagu ini sempena Hari Guru nanti.Namun hasrat itu aku simpan sahaja dalam hati.

Tercapai jugak hajatku akhirnya kerana pada pagi Jumaat 13 Mei 2011,2 orang anak muridku dari kelas Tahun 6 datang berjumpa dengan aku ketika sedang mengajar subjek PSV di dalam kelas Tahun 4.Mereka meminta lirik lagu ini dan memaklumkan akan membuat persembahan lagu ini pada Hari Guru ini.Dalam hati tentu sahaja aku benar-benar gembira...bagai dipucuk cita ulam mendatang.Alhamdulillah seolah-olah hasrat hati aku dapat dibaca oleh mereka.

Aku cuma sediakan lagu sahaja....sayang minus one takde...dah try voice removal tp tak boleh jugak...lagipun last min memang tak sempat nak buat.Gerak gaya persembahan semua diorang yg buat...idea yg kreatif...tahniah anak-anak muridku..hadiah yang paling istimewa sempena hari guru buatku..:)



SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2011

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia yang telah mendidik anak bangsa dengan penuh keikhlasan dan kecekalan.Walau apapun rintangan yang dihadapi,tetap tabah menghadapinya,hanya Allah sahaja yang membalas segala jasa baik anda dalam memberi pengajaran dan pendidikan kepada anak bangsa.