Total Pageviews

Wednesday 30 November 2011

KEMAS UMAH ERR..BILIK...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,aku baru je selesai sikit kemas bilik...kenapa aku kata sikit...sebab banyak lagi sebenarnya yang tak terkemas,almaklumla..'khazanah' dari alam kecil sampai ke besar masih lagi ada tersimpan sebagai 'harta karun'..takpela sikit-sikit aku kemas..lama-lama 'segunung' Everest sampah ku kumpulkan hehe...masa nielah terbayangkan kalau la ada maid-maid tolong kemaskan...wah...maid-maid...banyak duit aku haha...nak ngajikan maid-maid untuk mengumpul sampah-sampah serta 'harta karun' yang menimbun tue:D...

Bukan aje terbayangkan maid-maid yang tolong kemas..malah terbayangkan aku dok kat villa nie,segala barangan 'harta karun' aku nie,aku letak dulu dalam stor yang dibina khas untuk menyimpan kenangan-kenangan lama...dah decorate cantik-cantik villa aku,pastu panggil le sesapa yang sanggup untuk tolong mengemas stor aku tue...pastu bagi upah(upah dirahsiakan hehe...kena kemas dulu and aku dapat duduk kat villa hehe)..bayangkan lepas penat-penat berkemas...masing-masing menikmati hidangan ayam golek atau itik golek eh salai hehe...menghirup udara segar di villaku..sambil minum air batu berperisa anggur/oren/sirap/leci..pilih aje air ape nak.... wah sangat best ma...lepas tue buleh le terjun kuak rama-rama kat kolam renang di villaku....

Cakap pasal villa lah kan..memang aku ngidam tul ngan villa kat area umah aku nie....harga...wah sangat-sangat la 'berkemampuan' untuk membelinya:p....asal lalu je kat area situ..terjenguk-jenguk aku nak lihat bila 'villa' aku nie nak siap hehe...

***Pssst...err..Cik Aloyah...jom gather-gather kat villa aku...kita buat slumber party nak*wink*wink*



Monday 28 November 2011

KITA TIDAK DITAKDIRKAN BERTEMU......

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,hmm...camne nak mulakan ye?...ini bukanlah kisah cintan cintun seperti yang mungkin digambarkan memandangkan tajuknya seolah-olah pertemuan antara uda dan dara...oh tentu sekali tidak!!:D...inilah kisah dua orang sahabat yang telah lama tidak bersua muka...maklumla seorang di Malaysia,yang seorang lagi pula telahpun berhijrah ke Canada kalau tak silap aku tahun 2007...akhir pertemuan kami adalah pada Januari 2007.Tak perlu memanjangkan cerita "Once upon a time..." bagaimana kami bertemu dan menjalinkan persahabatan sehingga ke hari ini.Yang nyata dunia maya telah banyak membantu mengeratkan hubungan persahabatan kami.

Pada 24hb,dia telahpun selamat mendarat di bumi Malaysia...menghantar sms padaku yang dia dah sampai juga menulis alamat tempat tinggalnya.Memandangkan aku ini kalau hendak ke mana-mana bergantung pada kenderaan yang orang lain perlu drive,jadi aku tidak dapat menjanjikan bila kami boleh bertemu muka...namun di hati tetap memanjatkan doa dan menaruh harapan agar kami berpeluang bertemu.Takdir Allah mengatasi segala-galanya...ada sahaja halangan untuk kami bertemu...akhirnya aku ambil keputusan konon-kononnya nak buat surprise muncul tetiba kat airport sebab dia nak balik dah...hmm...namun takdir Allah sekali lagi menduga persahabatan kami...aku terlewat...dah dia telah pun masuk 5 minit awal...sayang sekali aku terlambat untuk menemuinya...bila aku balik...dia sms mengatakan bahawa penerbangannya telah ditangguhkan....dilewatkan...tapi ketika itu aku telahpun bertolak balik menuju ke rumah.

Setiap sesuatu kejadian ada sebab musabab dan hikmah disebaliknya...sekiranya Allah tidak mengizinkan sesuatu perkara itu terjadi,walau macammana pun kita cuba sedaya upaya untuk merealisasikannya,ia tetap tidak akan berlaku tanpa izinNya.Inilah yang dikatakan Dekat Tapi Jauh....Allah Maha Berkuasa ke atas segala-galanya....insyaAllah jika ditakdirkan kami bertemu...kami akan bertemu juga satu hari nanti...mungkin siapa tahu rezeki aku bertemunya di Canada nanti.Bak kata seseorang...katanya dia 'melihat' aku membawa husband dan anakku melawat kawanku ini di Canada...hmm...kata-kata menghiburkan hati...kata-kata beberapa tahun lepas...kononnya kan:)....bukan boleh percaya pun...Hanya yakin pada kekuasaan Allah..insyaAllah,sesuatu yang baik muncul juga akhirnya,insyaAllah...


Monday 21 November 2011

SEKADAR BERKONGSI...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,ingin aku berkongsi antara doa yang menjadi amalanku seharian,insyaAllah,marilah kita sama-sama mengamalkannya ye.

Doa ini boleh di dapati keterangannya di http://www.darussyifa.org,semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari  doa ini,amin.

Sedikit penerangan tentang doa ini:
 
Satu ikhtiar untuk terhindar daripada segala bala bencana dan mala petaka daripada terkena kepada kita dan ahli keluarga kita, Sila amalkan doa berikut tiga kali di waktu pagi (selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu malam (selepas Solat Maghrib)

Keberkesanan doa ini bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun di hati kita keraguan kepada pertolongan daripada Allah SWT.
Penerangan tentang ayat ini boleh didapati di link ini http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=50
 

HADIAH....

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,seperti biasa,setiap kali anak-anak muridku memperolehi keputusan yang cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris,insyaAllah aku akan belikan mereka hadiah.Aku beli hadiah ikut kemampuan aku,sebagai tanda penghargaan atas hasil usaha mereka.

Ada yang berkata"kalau kerap beri hadiah,boleh bangkrup"...astaghfirullah al azim,tak perlu la kata begitu...kata-kata negatif yang tak patut dilafazkan oleh kita sesama Islam.Bila kita memberi dengan hati yang ikhlas,lagi banyak kita memberi,insyaAllah lagi banyak rezeki yang akan Allah bagi.Makin bertambah pahala dan rezeki bila kita memberi,apatah lagi kalau seorang guru memberi kepada anak-anak muridnya.Aku tidak mengharapkan balasan,hanya doa daripada mereka andai mereka mengingati aku,itulah sahaja yang dapat menolong aku,tidak di dunia insyaAllah di akhirat nanti.

Kalau ikutkan atau dengar kata-kata orang memang begitukan...sukatilah apa nak dikata,aku buat setakat mana yang aku mampu..lagipun aku bukan belikan diorang emas ke,intan berlian ke,kereta sebijik ke...aku beli hadiah pun tidak meminta duit mereka kan...

Allah Maha Mengetahui segala-galanya,aku berharap ada sedikit pahala walaupun mungkin tak banyak,atas pemberian aku kepada anak-anak muridku.Semoga pemberian-pemberian tersebut ada keberkatan daripada Allah,insyaAllah.

Bercerita tentang hadiah ini,selepas aku memberi hadiah-hadiah kepada anak-anak muridku,setelah memberikan kata-kata nasihat terakhirku kepada mereka,aku kembali semula ke bilik guru,tanpa disangka-sangka,seorang demi seorang menghulurkan hadiah masing-masing kepada aku.Aku sememangnya agak terkejut sebab selama aku mengajar,aku jarang dapat hadiah daripada murid-murid tahun 6 selepas mereka berjaya memperolehi keputusan UPSR.Bukanlah balasan hadiah yang kupinta kerana aku tahu,mereka masih terlalu muda dan tentu tidak berkemampuan untuk membeli hadiah kepada guru-guru mereka.Kebiasaannya,hadiah diterima semasa sambutan Hari Guru di sekolah.Harapanku semoga mereka menjadi insan yang berguna dan berjaya dunia dan akhirat,itulah hadiah yang terindah kepada seorang guru.Namun pemberian mereka sangat-sangat aku hargai,dari sehelai kain pasang,beberapa batang pen yang sememangnya amat berguna bagi seorang guru,getah rambut,jam,beberapa cenderamata yang menarik,sekuntum bunga dan sebagainya,Alhamdulillah sangat-sangat berharga buatku.Terima kasih anak-anak muridku.


TERLALU ISTIMEWA...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,cuti sekolah telah pun bermula,namun aku masih lagi di sini,belum lagi balik ke Kuala Lumpur.Kebiasaannya memang cuti sekolah,aku biasanya akan balik hari Selasa ataupun Rabu,pernah jugak aku balik hari Sabtu sekiranya ada hal.Aku balik lewat sedikit dari biasa kerana tidak mahu menempuh kesesakan di jalanraya,maklumle cuti sekolah ramai yang balik ke kampung halaman masing2.

Lagi satu sebab aku balik lambat sikit sebab aku ingin memberikan hadiah kepada murid-murid yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam subjek yang ku ajar iaitu subjek Bahasa Inggeris. Oleh kerana keputusan dikeluarkan agak lewat iaitu pada hari Khamis,17hb November,aku tidak sempat untuk membeli hadiah untuk mereka,lagipun di kawasan sini,agak sukar mencari hadiah yang bersesuaian jadi aku terpaksa ke Kuantan untuk mencari hadiah yang bersesuaian walaupun sebenarnya pilihannya tidak banyak.Asalnya aku ingin membeli hadiah lebih awal ketika aku balik ke Kuala Lumpur 2 minggu lepas,tetapi aku membatalkan hasratku saat2 akhir apabila mengenangkan keputusan masih lagi belum diketahui maka aku tidak jadi membeli hadiah2 yang telah dirancang lebih awal.Bimbang tersilap membeli hadiah,lagipun bilangan untuk murid lelaki dan perempuan tidak diketahui,biasanya aku akan beli hadiah yang bersesuaian untuk kedua-dua jantina.Harap2 mereka menyukainya.

Terlalu banyak kenangan dan pahit manis selama 7 tahun aku mengajar di sini.Tahun ini merupakan tahun ke 7 aku mengajar Bahasa Inggeris di sekolah ini.Hari ini,melihat raut wajah mereka,satu persatu,terasa amat sayu di hati,bagaikan hati seorang ibu,yang 'membesarkan' dan mendidik anak2 di depan mata,melepaskan mereka pergi,melangkah ke satu alam yang akan mendewasakan mereka,yang penuh ranjau dan duri,alam remaja,amat berat di hati.Doaku semoga segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah selagi mana mereka masih mengamalkan syariat Islam dan mengekalkan sifat sopan,rendah diri yang ada.Restu aku senantiasa mengiringi perjalanan mereka.Hanya Allah yang Maha tahu,kenapa mereka ini terlalu istimewa bagi aku,indahnya pengorbanan,indahnya perasaan bila hasil jerit perih mengajar dan mendidik apabila hasilnya menenangkan hati dan menyejukkan mata.Pernah menangis kerana hampir-hampir tak tertanggung permasalahan yang dihadapi,namun airmata yang mengalir ini,tidak sia-sia jatuh ke bumi apabila di balas oleh Allah dengan sesuatu yang diluar jangkaan.Jangkaan yang sangat membahagiakan.Biarlah orang nak kata'hebat sangatkah dengan kuantiti yang diperolehi oleh sekolah kampung seperti aku?"...Bagi aku tentu sahaja hebat,bukan riak jauh sekali angkuh,kerana keangkuhan akan membuatkan aku makin kecil di sisi yang Maha Esa,aku tidak mahu itu yang terjadi,bagi aku hebat kerana anak-anak luar bandar ini berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Inggeris dengan hasil usaha sendiri,tiada 'talian hayat',semuanya dengan usaha mereka yang berbaloi,yang telah membuahkan hasil yang sungguh membanggakan bagi aku.Alhamdulillah,segala rahmat dan kesyukuran dipanjatkan pada Allah SWT, kerana Dia yang memberi rezeki ini.Terima kasih Allah,terima kasih Allah.Engkau yang memberi,hambaMu ini menerima dengan penuh rasa kekerdilan dan kesyukuran yang amat sangat.

Biarlah rahsia jerih perih yang ku lalui dalam mendidik mereka,yang tidak tahu erti kepenatan dan kesungguhan ini,biarkan....nikmatnya kejayaan apabila setelah dipenuhi ranjau dan duri,kita akan lebih menghargai erti kehidupan.

Biarlah sedikit tetapi keberkatan itu ada...ada kualiti walaupun kurang kuantiti,yang penting saham akhirat.... bak kata Prof Dr Muhaya"pencen kubur"...memetik kata-kata Prof Dr.Muhaya:"Kalau kita kejar redha Allah,penghargaaan manusia tentu akan datang tetapi mencari penghargaan manusia belum tentu kita dapat redha Allah.Kalau kita kejar pada pangkat,kita akan bergantung pada pangkat,kalau kita bersandar pada tiang,kita takut tiang itu akan jatuh,kalau kita bersandar pada Allah,Allah sentiasa ada.Allah paling sayang pada orang yang memberi manfaat pada manusia lain".Semoga hasil usaha kita sentiasa mendapat mendapat keredhaan daripada Allah,ingat BERKAT bukan SANJUNGAN manusia...yang memberi pahala adalah Allah,sanjungan manusia tidak boleh dibawa ke liang lahad.

Buat anak-anak muridku,teacher sayang kamu semua,stay d way u are,keep up the good work!All the best to all of you.xoxo.Antara mereka yang menerima hadiah penghargaan daripadaku,ada yang tidak hadir atas sebab-sebab tertentu.

Pelajar lelaki ini membuatkan aku menangis ketika dia naik ke pentas untuk menerima hadiah ketika diumumkan keputusan UPSR.Ada sebabnya,biarlah Allah sahaja yang tahu.Dapat melihat riak wajahnya yang bagaikan tidak percaya ketika dia diumumkan mendapat 5A.












Lagu ini ku tujukan khas untuk mereka:)


















Thursday 17 November 2011

ALHAMDULILLAH,RESULTS PUN DAH KUAR...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,debaran di hati telah pun terjawab,keputusan telah pun diumumkan.Alhamdulillah,aku tetap berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi.Allah Maha Kaya,Allah Maha Besar,Allah Maha Mengetahui setiap perkara yang terjadi dan hikmah disebaliknya.

Tahniah buat anak-anak didikanku,terima kasih kerana telah memberikan yang terbaik pada subjek yang aku ajar....Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..syukur dan terima kasih Ya Allah atas segala rahmat dan kasih sayangMu.

Wednesday 16 November 2011

DEBARAN MENANTI KEPUTUSAN...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,esok keputusan UPSR akan diumumkan,debaran di hati kian terasa.Entah berapalah agaknya keputusan untuk subjek yang ku ajar.Aku tidak menaruh harapan yang tinggi dan tidak juga meletakkan target yang rendah,sebagai seorang guru,tentu sahaja aku mengharapkan keputusan yang terbaik dan tertinggi namun aku pasrah jika ianya sebaliknya.Allah Maha Mengetahui hikmat dan rahmat disebalik sesuatu kejadian itu.Ya Allah,semoga hambaMu ini menjadi insan yang sabar,tabah,redha menerima segala ketentuan dariMu,amin.

Monday 7 November 2011

MIMPI LAILA......

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,apa nak kata tentang mimpi ye?:)...hmm...mimpu nie ada yg membawa maksud baik,membawa petunjuk,mimpi sbg petanda tentang sesuatu perkara dan mimpi mainan syaitan.

Biasala dengan mimpi nie kan...ada masa perlu abaikan aje macam angin lalu,buat apa nak amik berat sangat sampai pening-peningkan kepala ye tak?:)...

Eh kenapa tetiba aku citer psl mimpi ni ye?..bukan apa aku nie paling tak suker bila nak dekat-dekat kuar results peksa nie macam-macam mimpi kuar...yela mungkin sebab minda aku asyik teringat-teringat kot...berdebar dan risau rasa hati,walaupun ianya hanya mainan tidur aje,tapi sebagai manusia biasa sedikit sebanyak mestilah menghantui gak dengan mimpi-mimpi yang dialamikan?

Aahhh..bermain-mainla pulak mimpi ini dalam igauanku...selalunya dah dekat-dekat results nak kuar nie masa tuela macam-macam mimpi datang.

Aku bermohon pada Allah,walau apapun keputusannya,jadikanlaha aku hambaNya yang redha menerima segala ketentuan dariNya,amin.



Sunday 6 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di Malaysia dan di mana sahaja mereka berada di bumi Allah yang indah ini.

LATIHAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,sekarang ini aku sedang giat melatih murid-murid tahun 6 untuk persembahan pada Hari Anugerah Kecemerlangan 2011.InsyaAllah,segala-galanya berjalan dengan lancar.

PASCA UPSR...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,sudah sebulan lebih UPSR berlalu,kini murid-murid tahun 6 menjalankan aktiviti pasca UPSR.Murid-murid tahun ini agak beruntung berbanding dgn senior2 mereka yang lepas2 sebabnya pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang untuk mereka.Aktiviti seperti membuat cupcakes,demonstrasi seni mempertahankan diri,kraftangan,melukis poster,demonstrasi kawad kaki dan juga pertolongan cemas dr jabatan pertahanan awam dan banyak lagi.






A FEW INSPIRATIONAL QUOTES TO SHARE....

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,sekarang ini aku banyak mendengar ceramah drpd Ustaz Kazim,penjelasannya jelas dengan gaya yang bersahaja serta sesekali diselitkan dengan jenaka yang mampu mencuit hati sesiapa yang mendengarnya.Oh ok...berbalik pd tajuk di atas:)...aku ingin share kata-kata inspirasi drpd Prof Dr.Muhaya melalui fb dan twitternya,kata-kata inspirasi yang mampu menyedarkan aku,memberikan aku satu pandangan yang positif di dalam hidup ini.Prof Dr.Muhaya yang mula aku kenali melalui rancangan Dari mata ke hati..kini beliau mulai menjadi idolaku.Inilah antara kata-kata inspirasi daripadanya:,aku petik sedikit kata-katanya:-

"Jom audit diri kita. Berhenti dari melihat kesilapan orang lain sebaliknya audit dan betulkan diri kita terutama kecukupan solat kita. Jika solat kita tidak penuh bersedialah untuk mempunyai berbagai masalah di dunia dan di akhirat kerana kita dalam kemurkaan Allah bila meninggalkan solat. Ibu bapa jangan hanya sibuk mengejar A untuk anak anak kita mula dengan solat baru lihat perkara lain"@Prof Dr. Muhaya fb.

Prof Dr Muhaya:
"Manusia dihormati dgn akal. orang ditipu kerana tidak pernah berfikir. orang yang bijak akan memastikan apa dia buat adalah jalan selamat".

Prof Dr Muhaya
"Nak tahu kita baik atau tidak lihat di mana kita selalu berada di tempat baik atau tidak dan apa kita baca di facebook dan apa focus kita pada perkara baik atau tidak dan kita lihat kebaikan atau kejahatan. Lebih baik jadikan wanita solehah zaman Rasulullah dari mencari idola wanita sekarang yang tidak bebas dari kebatilan"

Prof Dr Muhaya
"Fikiran kita menentukan emosi dan tindakan. Jika rasa tak seronok hasil fikiran yang kita pilih. Pilih fikiran berbeza hidup akan berbeza. Kualiti kehidupan adalah kualiti fikiran kita. Jika kotor maka kotorlah ia".

BERDEBAR DENGAN KEPUTUSAN UPSR..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,berdebar rasernya utk menunggu keputusan UPSR,apapun keputusannya aku telah mencuba yang terbaik.InsyaAllah,semoga Allah memakbulkan doaku,amin.

Walau apapun keputusannya,aku redha dengan ketentuanNya.Semoga aku tersenyum kegembiraan pabila keputusan diumumkan kelak,insyaAllah.


LAHIRNYA SEBUTIR PERMATA..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku..long time no c:)...lama dah tak update kat sini..

hmm pd 9hb September 2011,lahirlah Umar...anak saudara sulungku...ibunya berpantang di rumahku utk seketika,jd seblum blk ke Keratong,dptlah aku bermain2 dgn dia,walaupun sebnrnya dia masih tak tau camne nak main sb kecik lagi hehe..senyum pun agak ssh bl diagah sb br sgt lg lihat dunia.

skrg Umar dh sbln lbh kat umah neneknya di Keratong,aku akan sentiasa rindukannya..kali nie aku tak perlu ssh hati lagi ataupun bersedih sb Umar akan sentiasa ada berhampiran dgn aku walaupun tidak setiap hari kerana satu waktu dulu,masa mak aku jaga budak2..bila mereka berpindah,aku akan buang semua gbr2 dan tak nak lihat permainan atau ape shj yg berkaitan dgn mereka sb aku terlalu rindukan mereka...aku sememangnya amat menyayangi kanak2 cuma aku jarang tunjukkan di dpn org dan bg mereka yg tdk begitu mengenali aku,tidak akan tahu sifat sbnr kl mereka hanya lihat pd luaran shj.