Total Pageviews

Friday 13 June 2014

HOME SWEET HOME..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku...dah berkurun tak update blog nie:)...hmm..sebagai permulaannya( sebab lama dah tak menulis jadi macam kena mula balik hehe)...aku kini telah kembali semula ke hometownku...err hometown?hehe....2 kali mintak tukar...mintak atas dasar memenuhi permintaan ibuku.Apa yang terbaik buat ibuku,terbaiklah buat aku.Hati sememangnya berat apabila telah lama berada pada zon yang agak selesa...berat nak tinggalkan murid-muridku,kawan-kawan seperjuanganku,namun kuteruskan juga niatku untuk memohon pertukaran.Aku andaikan pertukaran itu sebagai 'suka-suka' sahaja.Aku hanya berdoa "Apa yang baik pada pandangan Allah,baiklah buat aku,sekiranya Allah takdirkan rezekiku masih di Pahang,aku menerima dengan hati terbuka,sekiranya rezekinya di Pahang hanya setakat Disember 2013,aku pasrah dan redha untuk memulakan kerjayaku di tempat baru".

Tanpa perlu 'cabel car'..bila ditanya.."sungguh ke aku nak pindah?kalau ada kabel mudahlah"..aku hanya tersenyum dengan kata-kata sinis itu.Aku menjawab sambil jari telunjukku menunjukku ke langit."Saya takde kabel..'kabel' di atas lagi kuat dari segala2nya"..saya percaya pada ketentuan Allah adalah yang terbaik untuk saya".Kata-kataku seolah menjadi bahan gurauan apabila seorang demi seorang bertanya soalan yang sama dan orang pertama yang mendengar jawapanku itu telah 'menjawabnya' bagi pihak aku.Oleh itu jawapan itu seolah-olah mainan bagi mereka.Apabila aku mendapat keputusan tentang pertukaran aku itu diluluskan...lama aku termenung..seakan tidak percaya dengan keputusan yang aku lihat terpapar di laman web tersebut.Oh Tuhan,ianya jadi nyata,sangkaanku mungkin tidak berjaya kerana alasan yang disenaraikan untuk urusan perpindahan tiada di dalam senarai yang diberi keutamaan untuk dipertimbangkan walaupun alasanku itu sangat kuat beserta dengan surat doktor sekali.Alhamdulillah mungkin niatku mengikut kehendak ibuku itu menjadikan punca permohonanku dimakbulkan Allah.Alasanku adalah ayahku sakit (pernah diserang stroke dan juga koma),adalah alasan yang sangat kuat untuk permohonanku diluluskan.Takdir juga menjadi penentu sebenar-benarnya kan...

Sedih dan berat rasa hati untuk meninggalkan bumi Pahang..sayangku sentiasa ada di sini..9 tahun aku mencurah bakti,serasa banyak lagi ilmu yang ingin kucurahkan dan banyak lagi idea-idea yang ingin ku ketengahkan di sekolahku ini.Namun aku pasrah,gembira kerana Allah izinkan aku mengutip pelbagai pengalaman pahit dan manis sepanjang aku mencurahkan bakti di sini.Perancangan Allah itu sangat indah,terima dengan positif dan senyum dalam hati bahawa apa jua dugaan yang mendatang,Allah mahu mengaajar aku jadi kuat dan cekal dalam meniti perjuangan di dunia ini.Semoga ada sedikit sebanyak ilmu yang kucurahkan sepanjang hidupku yang boleh kujadikan bekalan di akhirat nanti,amin.

Hasratku untuk meninggalkan tempat kerjaku ini ketika 'orang masih lagi sayang',ketika 'khidmatku masih lagi diperlukan',ketika 'kebaikan masih lagi ada'...tercapai.Alhamdulillah...ye meninggalkan sesuatu ketika orang masih lagi menyayangi kita adalah perlu supaya kita dapat meninggalkan nama baik di sesuatu tempat itu,bukan riak atau sombong..tetapi itu adalah perlu kerana lebih baik kebaikan itu yang dikenang daripada 1 kesilapan yang kita lakukan sehingga beribu-ribu kebaikan yang pernah dilakukan,dilupakan begitu sahaja.


No comments:

Post a Comment