Total Pageviews

Tuesday 21 August 2012

SEMOGA BERMANFAAT....


Assalamu'alaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,aku ingin berkongsi video yang boleh dijadikan sebagai panduan,pedoman dalam melayari kehidupan seharian.Kita sebagai manusia sering kali alpa,lalai dan terleka,sama-samalah kita saling mengingati.Sesungguhnya,kita sama-sama tak sempurna,saling menasihati sesama kita.Tahniah kepada anak-anak muda yang kreatif dan berkongsi idea mereka dalam menghasilkan video-video yang sangat bermanfaat in.Semoga mereka sentiasa diberikan idea-idea oleh Allah dalam menghasilkan video yang berkualiti dan memberikan mesej yang sangat baik kepada masyarakat Islam.





Monday 20 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamu'alaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,hari ini sudah masuk 2 Syawal,Alhamdulillah,segalanya-galanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.
Semoga kita semua senantiasa di dalam rahmatNya,insyaAllah.Selama Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang sudi membaca blog ini(kalau ada haha)...semoga anda semua ceria di hari lebaran ini.



Friday 17 August 2012

SHARING IS CARING:)







A PICTURE SPEAKS A THOUSAND WORDS....


Assalamu'alaikum wahai Cahaya Nur Qasehku, sekeping gambar boleh menceritakan seribu kisah,memberikan sejuta tafsiran,baik atau buruk bergantung pada persepsi orang yang melihat dan menilai sesuatu gambar itu.gambar boleh menyingkap pelbagai kisah,memberi seribu satu misteri,mengundang pelbagai pertanyaan yang hanya si empunya gambar sahaja yang tahu perkara sebenarnya yang berlaku pada ketika itu..Oleh itu berhati-hatilah dengan gambar kita,yang dimuat naikkan di internet,di facebook,kalau tidak di facebook atau twitter kita,mungkin adik-beradik kita,kawan-kawan kita,asalnya mungkin saje nak suka-suka berkonsi cerita,kegembiraan,namun adakalanya gambar-gambar yang disiarkan boleh mengundang pelbagai persoalan di minda mereka yan melihatnya.Hati manusia sememangnya sukar untuk diduga,sematang mana pun pemikiran adakalanya terusik jua perasaan kan...dari kita mengkagumi seseorang,menjadikan timbul rasa curiga,cemburu,dan pelbagai perasaan lagi.Dari suka menjadi benci,dari kagum menjadi sakit hati..dari benci boleh juga secara tiba-tiba menjadi seseorang yang dikagumi.
Gambar boleh membuatkan kita meluat,jatuh kasih,jauh sayang,tersipu malu,kagum,rasa ingin tahu dan pelbagai lagi perasaan.

Kita tidak dapat untuk memuaskan hati semua orangkan,namun Allah memberi kita akal,satu anugerah yang sangat berharga nilainya..tak ternilai...boleh berfikir mana  yang baik dan buruk,berfikirlah secara matang sebelum membuat apa sahaja keputusan yang mungkin merugikan diri kita sendiri,oleh itu sememangnya kita digalakkan senantiasa bersangka baik pada Allah dan sesama manusia. Apapun sebagai manusia biasa,kita tidak sempurna,sekiranya ada rasa syak wasangka,beristigfar banyak-banyak, kita pun adakalanya alpa dan terlalai,gambar boleh memanipulasikan mata dan perasaan kita tetapi tidak akal yang disulami dengan keimanan.gambar yan kelihatan 'baik' tak semestinya pemilik gambar seorang yang seperti digambarkan kerana gambar boleh juga menipu pada mata yang melihatnya.Gambar yan kelihatan 'buruk' mungkin betul buruk kelakuannya atau kotor hatinya,lemah imannya namun tetap harus diselidiki,mungkin sang kawan yang sengaja nak mengenakan,disengajakan atau memang si pelaku begitu perangainya..semoga kita semua dijauhkan dari sangkaan buruk manusia dan berhati-hati dalam apa jua perbuatan kita.




Monday 13 August 2012

KOPIAH SI KECIL...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,kali ini aku menyambut raya dengan anak saudaraku yang dah berumur 11 bulan...Umar,sicomel yang tak puas mata memandang,penghibur hatiku.

Alhamdulillah,raya kali ini,Abi dan Umminya menyambutnya di sini..mungkin raya ke 3,mereka pulang ke kampung halaman umminya.Harap-harap kali ini dapatla mengambil gambar satu famili dengan si kecil comel sekali:).

Hajat dihati nak belikan dia sepasang baju melayu dan kopiah kecil..wah mesti comelkan....tak taulah sempat ke tidak nak belikan..setakat ini aku tak berpeluang lagi nak g survey baju melayu baby..kat internet ada,tapi better beli sendirikan...insyaAllah,hajat aku tercapai nak amik gambar Umar dengan baju melayu dan kopiah comelnya heehe....sekadar menumpang kasih anak saudara......:)

DEBARAN UPSR....

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku...UPSR hanya tinggal lebih kurang dalam 3 minggu lagi tolak minggu nie(eh betul ke...cikgu sendiri tak ingat haha)...

Memang walau bape kali pun aku tengok date UPSR bila..aku pasti akan terkonfius balik tarikh dia hehe....results kali nie ntahle...aku akui tahun nie sangat mencabar buat aku...murid-murid tahun 6 yang masih lena diulit mimpi...'naga' dalam badan/minda diorang masih lagi belum 'bangun'..haish...susah ati cikgu dibuatnya...anak-anak murid dok relax aje...cikgunya bagai nak rak memberi informasi,tunjukajar,tips yang pelbagai...aku selalu cakap ngan anak-anak murid aku..tuisyen la taraf 5 bintang pun..kalau masih lagi malas,ditakuk lama..taknak usaha..golek-golek atas katil sambil berdoa tanpa usaha..hidup diorang takan berjaya...kalau berjaya pun..A yang diperolehi mungkin tiada keberkatan dalam hidupnya.

Aku akui tahun ini sangat mencabar mental dan fizikal aku dan sangat-sangat letih.Dahle 2 minggu skali ke g PKG,pada setiap Isnin....jumpa Mat2 Saleh tue..bayangkan setiap Isnin aku bertolak dari KL ke Lanchang,Pahang dalam pukul 5.30 pagi,kemudian pas abis sekolah aku akan ke PKG...adei..ngantuk giler and penat giler...tapi tetap kena pegi sebab jam kredit dikira...pastu tiap Khamis r Jumaat,Si Minah Salleh tue pulak masuk kelas aku...kelas tahun 3...tahun 3 belum lagi KSSR masih lagi KBSR dan berorientasikan peperiksaan..jadi beza dengan tahun 1 dan tahun 3...jadi oleh kerana aku nie pun blur dan masih tak tahu ape itu KSSR dan aplikasinya(err aplikasi ke perkataan yang sesuai?haha ape la aku nie hehe)...jadi ianya jadi cam caca marba....jadi mulai hari ini..sehinggalah abis upsr..aku dah nekad...aku nak buat 'yang asal' sebab aku nak tumpukan pada tahun 6..kalau dia nak masuk,masukle....kalau nak kata kelas aku membosankan..katalah..yang pasti..walaupun aku cikgu yang garang dan tegas..tapi budak-budak tahun 3 nie ternyata memang suker dengan aku(nie bukan masuk bakul angkat sendiri..err larat ke nak angkat?haha)...sebab bila time Minah Salleh tue tak masuk..budak-budak nie memang njoy kelas aku....mane2 kelas yang aku aja..biasanya selain dari chalk and talk...marker and whiteboard...aku biasa guna LCD gak..tayangan video-video motivasi,kartun movies dan etc etc(err apekah etc etc itu..contoh?hehe..ape2 jela yang boleh buat budak-budak nie terhibur konon upah siap keje haha)...tahap dua pun pengajaran lebih kurang sama yang beza cuma aku dua kali ganda tegas dan garang kalau dibandingkan dengan kelas tahap 1.Persepsi orang yang membaca perkataaan-perkataan "tegas dan garang"..tentu akan membayangkan garang tahap mane ye..tak best dapat cikgu macam nie...senang citer g skolah aku,duduk 2 bulan ke 3 bulan kat sekolah tue..tengok aku ngan anak-anak murid macammana...barulah tau istilah yang sebenar "garang dan tegas" tue..:)...aku tak kisah apapun pandangan orang selagi aku mengajar dan mendidik anak-anak murid aku kerana Allah...biasanya kelas aku akan diselitkan motivasi,keagamaan selain dari subjek yang aku ajar.Aku selalu tekankan kepada anak-anak muridku betapa pentingnya menjaga hubungan baik kita sebagai manusia dengan Allah SWT,selalu bersangka baik dengan Allah.

oklah panjangnya citer...ape-ape jelah ye..kalau ok baca..kalau tak abaikan aje hehe...

CUTI SEKOLAH N CUTI RAYA...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku, hmm apa nak tulis ye...aku sebenarnya ada banyak perkara nak ditulis tapi selalu berakhir dengan 'update' dalam minda aku aje...cam biasa:).

Tak lama lagi nak cuti raya dan cuti sekolah sekali....Alhamdulillah stat hari Khamis dah cuti..kalau ikutkan Rabu tengahari pas balik sekolah tue rasernya aku nak 'cabut' balik dah..tapi tengok pada keadaan,takut jem lak...hari Khamis pun orang dah stat balik dah....hmm...yela walaupun aku balik KL balik bandar bukan kampung...tapi kete tetap banyak gak..sekarang nie every week aku balik KL...rasernya kete sentiasa banyak aje...yela nak raya lagi ramai shopping ke KL...tang shopping raya nie..aku memang tak pernah shopping raya..malah baju raya pun aku tak pernah buat..dah terbiasa sejak kecil...apa yang ada sahaja aku pakai...lagipun mane baju yang masih baru..dan aku pakai dalam dlm beberapa kali ke,aku jadikan aje baju raya...handbag raya?kasut raya?lagi la takde...bukannya aku takde perasaan nak raya..cuma bagi aku...mungkin sebab aku dah terbiasa...jadi iya bagi aku tak mendatangkan kesusahan pun pada aku.Terpulang la cara masing-masingkan...ikutla macam mana pun...kita harus hormati pandangan dan cara masing-masingkan...tanya diri sendiri..kalau segalanya baru semata-mata untuk suka-suka mungkin boleh diterima..tetapi kalau nak menunjuk,itu dah menimbulkan riak...pandangan Allah lebih penting daripada pandangan manusia...biarlah buruk atau tidak elok,serba tak kena pada pandangan manusia...tetapi kita Cantik pada pandangan Allah.Alangkah indahnya pabila kita indah di mata sang pencipta...betapa bahagianya dunia...dan secara automatik kita juga akan dapat menarik pandangan orang di sekeliling kita kerana rahmat Allah sentiasa bersama-sama dengan kita.InsyaAllah,aku doakan mereka yang membaca blog aku ini juga dalam rahmat Ilahi,hendaknya,amin.

Monday 6 August 2012

CHEF ADU AMRAN...:)

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,hmm..macam bersemangat pulak aku tetiba nak update blog arinie haha....kenapa eh?hehee...adei tetiba aje jadi cam bebudak remaja lak rasernya haha...ape daa tetiba aje nie:).

Bukan ape pun saje je buat gempak hehe....hmm...ape nak tulis eh?oh ye...aku nak citer pasal rancangan MasterChef selebriti ni...err aku bukan nak citer pasal program tue tapi aku nak citer pasal chef yang jadi juri dalam tue...:)....Rancangan Masterchef yang musim pertama,aku tak berapa tengok sangat..masa tue chef Riz jadi juri dengan chef  Jo dan chef Zubir,tapi Masterchef selebriti aku memang ikuti hampir setiap episod,asalnya nak tengok Dr.Faiz:)...tapi pastu bila masa pertama kali aku tengok sorang Chef nie..terus raser macam ada cam raser2 tersuker hehe...lepas beberapa episod aku bukan tengok sangat selebriti dalam tue,tapi lebih kepada nak tengok Chefnya hehe...masa Masterchef season 1 dulu dia ada muncul gak,tapi memang aku termiss la nak tengok,nasib baik ada ulangan jadi dapatla jugak tengok episod yang ada Chef Adu nie yang aku termiss...

Chef Adu Amran nie memang ada sesuatu yang buat aku raser suker sangat nak tengok cara dia..macam ada aura je yang menarik-narik hehe...lepas dah abis rancangan MasterChef selebriti tue...aku sedih jugak sebab tak dapatla tengok wajah dia kat kaca tv...google pasal dia maklumat pun tak banyak sangat,gambar pun ada la jugak sikit.Bila kuar citer pasal dia kat paper,aku termiss nak bli tapi nasib baik ada dia postkan dalam fanpage dia.Sekarang aku ikuti pasal Chef Adu nie kat fanpage dia,jadi silent reader ajelah,seronok jugak baca komen-komen yang ditulis..ramai jugak peminat dia nie rupernya:)...ada daya tarikan yang tersendiri.Aku suker baca cara dia reply komen-komen peminat dia kat situ,rajin jugak dia melayan...kadang-kadang cam sweet n comel-comel aje cara dia reply n layan 'kerenah' diorang....alahai sweetnya:)...teringin gak nak join komen kat situ...tapi hmm 'zaman' aku komen kat fanpage nie dah lama berlalu...kl ikutkan kl nak dia notice,kenala rajin 'muncul' kan diri kat fanpage dia...tapi takpela cukup sekadar mengikuti perkembangan kerjaya dia di dalam diam...lagipun sebenar-benarnya aku tak reti nak komen apa kat situ hehee..nak komen pasal gambar-gambar dia takde idea la pulak...segan pun ada haha...nak komen or tanya soalan pasal resepi atau masakan yang dia tunjuk gambar n bagi resepi tue..aku blur gak tak tau ape nak ditanya...jadilah aku 'memandang' dari jauh aje gelagat peminat-peminat dia yang bagi komen.Ada satu pertanyaan dari peminat dia yang bertanya sama ada dia masih single atau tidak...aku nak tergelak bila baca jawapan yang diberi oleh Chef Adu iaitu lebih kurang macam nie:kenapa,awak nak pinang saya ke?(kl tak silap la hehe)...adei aku gelak n senyum sensorang..comel je aku raser jawapan dia tue...:)

hmm nak kata dia nie kategori good looking..hmm tak lah jugak..tapi boleh tahan...mungkin personality dia dan ada aura tersendiri yang membuatkan dia nampak menarik:)...

Cuma aku harap untuk berjumpa dengan dia,dapat amik gambar 2 keping pun jadilah..walaupun  aku raser nak lebih dari 2 keping haha....tapi tak kisahlah tu...dapat mintak signature dia..dah ok dah tue...cuma ntahla susah kot orang macam aku nie nak berjumpa dengan orang macam dia kat mane2,nak terserempak mungkin payah...jadi aku hanya sekadar meluahkannya di blog ini..setakat itu ajelah..takleh nak tulis lebih-lebih hehe..

Chef Adu,saya harap dapat berjumpa anda nanti,dapat ambil gambar 2/4 keping ke:)...boleh jadi kenangan terindah tue dalam hidup saya.(Konon-kononnya dia baca haha..)

Harapan sahaja...kalau jadi kenyataan Alhamdulillah,kalau tak jadi pun tetap Alhamdulillah.Lagipun Allah temukan kita dengan orang-orang tertentu ada sebab disebaliknya...dan ada di antaranya yang kita mungkin tidak akan bertemu sampai bila-bila..pun ada sebab disebaliknya...

Oklah..dah kul satu lebih nie...kang aku merapu bukan-bukan lak kang hehe...


Sunday 5 August 2012

BERSAWANG DAH....

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,lama sungguh aku tak jenguk sini,memang dah bersawang mawang dah blog nie...tuela dia..asal orang nak bt blog,aku pun nak buat..alih-alih..tinggal camtue aje..lagipun selagi tak abis upsr nie..aku banyak benda yang nak buat.


Tahun nie banyak betul dugaan bagi aku,dengan resultsnya yang tak bape nak memuaskan,letih badan dan minda mengajar dua tahap nie,tapi tak bermakna aku tak enjoy apa yang aku buat,seronok cuma murid-murid tahun 6 tahun ini benar-benar menguji tahap kesabaran mental dan emosi aku.Itu belum lagi dengan murid-murid tahun 3 yang satu kelas bilangannya ramai(sebelum puasa hari tue baru pecah kelas,Alhamdulillah kurang sikit huru-haranya-taulah budak-budak),tahun 5 yang juga satu kelas yang agak ramai,perangai masing-masing adei senak perut aku dibuatnya.


Memang benar-benar mencabar mental dan emosi betul tahun ni,dahla BI merupakan killer subjek...results bergantung pada peratus kelulusan BI jugak...kadang-kadang ada masanya memang aku raser macam nak surrender aje....tapi aku sedar ini semua dugaan dan ujian daripada Allah,aku mesti banyakkan bersabar,beristigfar dan muhasabah diri,semua ini ada hikmah disebaliknya.Memikirkan itu semua,ada masa membuat aku tersenyum sendiri,tahu sebab apa?sebab aku tahu Allah sayangkan aku,tanda Dia mengingati dan menyayangi aku,Alhamdulillah,ujian ini menjadikan semangat aku lebih kuat,tabah dalam mengharungi cabaran dan dugaan ini sebenarnya mematangkan aku.Aku tahu,Allah hendak memberi yang terbaik buat aku,menaikkan darjat aku di sisiNya,asal sahaja aku redha dengan apa sahaja dugaan dan pemberiannya.Alhamdulillah,Allah memberikan apa yang aku perlu bukan apa yang aku mahu kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat aku.