Total Pageviews

Wednesday 31 October 2012

CHEF ADU AMRAN PART III..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,bertemu lagi di blog yang tak seberapanya nie:).Nampaknya dalam sejarah,ada part2 la pulak citer pasal seseorang nie hehe..ok..sebelum aku citer part sedey:(...aku nak citer part yang sederhana hepi n medium sedih hehe..ape daa..buat pening kepala aje baca ayat aku nie...cikgu BM sure raser nak pelangkung je aku nie..:)....

Berbalik pada citer chef pujaan hatiku(ehem..hehe)...episod MasterChef kali memang aku suker..sebab aku suker bila tengok Chef Adu marah....garang sikit...tapi tetap maintain comel muehehe...tapi memang aku suker sangat-sangat akan ketegasan dia arinie...bagus,bagus,bagus..:)....aku tak tahu kalau ada yang aku termiss bab dia tegas dengan peserta-peserta masterchef...sebab memang ada episod yang aku miss nak tengok....kebiasaannya aku memang tengok kebanyakan episod yang ditayangkan..kalau tak sempat,aku akan pastikan aku tengok ulangan,cuma kalau episod yang takde Chef Adu je maybe aku tengok gitu-gitu aje...sebab takde pujaan hati dalam tue hehe...

Lagi satu aku suker episod hari ini,selain ketegasan dia,aku suker sebab kumpulan yang menang tue...sapa lagi kalau tak Che Lah yang jadi ketua...gie makan kat restoran tak bersama dengan dia..aahh ..sungguh lega..(kena baca bunyi-bunyi jeles sikit haha...)..si Etiqa tue pun ada...nasib la dia tak turut serta kalau tak double jeles aku hehe...ok nak puji sikit ketrampilan dia hari ini..menarik dan ape eh..sambung sendiri la hehe...

Oklah part medium sedih tue...eh..bukanle sedih sangat..jeles sedih aje hahaa..perkataan baru:)...episod besok masa kuliah masterchef...pembantu dia adalah si Etiqa...aiseh nape tak panggil aku je tukang tolong?(haha..mcmla aku ada kat situ...berangan..)...ok citer pasal episod jeles nie sambung kemudian..eh ada part lagi ke citer pasal dia nie?...errr..hehe...

Ok,sekarang part sedih pulak....hmm...nie real punya sedih tau....disebabkan aku frust ngan Chef Adu nie..aku dah packed smua baju....nak naik flight pagi Jumaat...nak suruh pilot pusing-pusing satu Malaysia,pakai GPS nak cari Chef Adu...err..hehehe..berangan je lebih:)..ok...kembali pada dunia nyata balik...aku dah kemas baju,barang-barang keperluan sebab aku nak pergi satu tempat dan dalam tempoh tue,aku mungkin tak dapat tengok MasterChef stat dr Khamis(esok) sampaila hari Ahad....kalau bernasib baik..dapatla tengok ulangannya dan bolehla aku komen kat sini...(err komen kat wall fanpage fb dia taknakla pulak..ish3x)....sebenarnya aku pun tak pasti sama ada aku betul-betul tak dapat tengok atau tidak..tapi kemungkinan besar tak berkesempatan kot.I'm going to miss my Chef...:'(...takpe,takpe..sekurang-kurangnya tak jeles tengok dia masak ngan Etiqa..heehe(ketawa paksa rela aje nie)...

Ok,satu lagi part yang sedih gak...aku masih belum dapat maklumbalas..dalam erti kata lain..pesanan di balas..jadi aku buat assumption yang dia sibuk sangat-sangat tak sempat nak tengok atau baca...takpe aku faham....jadi disebabkan aku nak pujuk hati aku...maka dengan sebab itulah aku pun membawa diri petang Khamis nanti, pegi ke tempat yang aku tak dapat siaran Masterchef....tengok pantai,tengok laut..tengok matahari terbenam....mengagumi alam ciptaan Allah...ok buat masa ini...bye bye Chef Adu..bye-bye blog Qaseh....jumpa lagi nanti k...

Lagu ini utk Chef Adu..saje suker2..:).....



Tuesday 30 October 2012

LATIHAN PERSEMBAHAN HARI ANUGERAH CEMERLANG.


Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,sedikit perkongsian tentang latihan untuk persembahan pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang yang dijangka diadakan pada 8hb November 2012,bersamaan pada hari Khamis,insyaAllah.Biasanya aku buat 2 persembahan sekali,tetapi kali ini satu sahaja,maksud aku persembahan dengan 2 lagu yang berlainan,namun kesuntukan masa(sebab aku beberapa kali keluar berkursus dan juga lawatan kerja ke luar kawasan,campur dengan cuti umum,raya etc),menyebabkan latihan tidak dapat dijalankan mengikut keperluan yang sepatutnya.Lagipun murid-murid pada tahun ini agak kurang berdikari,perlu diperhatikan setiap masa,sekiranya tanpa pemerhatian aku,latihan biasanya tidak dijalankan mengikut apa yang sepatutnya yang telah diarahkan oleh aku.

Namun,aku berharap segala-galanya akan berjalan lancar dan harap kali ini takde 'sabotaj' muzik yang mengiringi persembahan kali ini.

Sedikit perkongsian gambar-gambar latihan yang diadakan pada hari ini oleh murid-murid Tahun 6 Cemerlang. 






 

Monday 29 October 2012

CHEF ADU AMRAN PART II..


Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,haish bila sebut je pasal dia nie mesti aku nak tersenyum-senyum dan hati nak cam berbunga-bunga(mula la cam nak nyanyi lagu 'bunga-bunga matahari' haha)...ai part I pun takde kesudahannya nak masuk part II lak hehee...

Bercerita pasal Chef nie kan..buat aku jadi budak-budak la balik..raser muda remaja....remaja yang ala-ala di lamun cinta..oops..ala2 tue haha...ohh tidak..muka aku dah blushing nie hehe..


Ingat tak dulu aku ada tulis yang aku nak jadi Silent Reader aje kat fanpage diakan...ye memang itulah yang aku buat..tapi ntah camne tetiba terwish gak kat wall dia..masa dia tulis kat status fanpage dia..."Selamat Hari Raya Aidil Adha....."..aku pun tertulis gak le kat bahagian komen...itupun raser bape kali ntah aku baca ayat aku tulis tue walaupun sekadar nak wish benda yang sama....sama ada dia baca atau tak aku tak tahu..aku raser tak kot sebab komen banyak sangat...n aku lak orang yang baru pertama kali nak try komen kat situ..tapi takpelah....maybe itu yang pertama dan terakhir kot aku tulis:(.....aku jadi penonton setia masterchef semata-mata nak tengok dia...bila dia dah potong rambut,memang kelihatan kemas dan berpenampilan bertambah menarik serta sedap mata memandang:)...cuma bila dia pakai spek aje,aku harap dia dapat tukar kepada spek yang frameless,mungkin nampak lebih berketrampilan...begitu juga dengan seluar yang dipakai,seluar slack biasa r jeans ok aje menarik namun bila mengikut bentuk kaki,pada aku agak kurang menarik sikit,err ini pada pandangan mata akula...maafkan aku..cuma sekadar pandangan aku yang tak seberapa ini kerana bagi aku walau mcmmana kita admire atau sukakan seseorang adakalanya kita harus juga melihat dirinya dari sudut yang tidak 'menerima apa sahaja,atau memuji semata-mata hendak menjaga hati" asal sahaja ia disampaikan secara lembut dan berhikmah serta bukan niat untuk menjatuhkan seseorang itu.


Apapun melihat dia di kaca tv,mendengar suara serak-seraknya memberikan pandangan tentang masakan yang dirasa,mendengar dan melihat dirinya ketawa dan tersenyum,serta matanya yang adakalanya bercahaya serta berseri-seri membuatkan hariku rasa seperti "membahagiakan..seolah-olah mcm tgk pelangi:) ".kalaula Chef Adu tahu nie hehe...tapi hmm tidak nampaknya...takpe...hidup mesti diteruskan :)


Yang pastinya aku memang jeles bila dia panggil nama Che Lah,bila Che Lah datang ke hadapan,matanya cam bercahaya dan tersenyum-senyum..adei hati cam jeles je raser nak kata bila la dia nie nak kuar(haish..tak baik2x)....si Etiqa pulak cantik orangnya..haish..jeles lagi aku nie:(....


Argghhh..cukup-cukuplah aku jadi budak remaja dan kebudak-budakkan ini...kembali ke dunia nyata bak kata Doreamon haaha...yeke?ntah:p...adakah akan ada Chef Adu Amran part 3 lak?hmmm....


Chef Adu Amran part I leh baca kat sini:)
http://cahayanurqasehku.blogspot.com/2012/08/chef-adu-amran.html

PENILAIAN & PUJIAN MANUSIA TIDAK MEMBAWA KITA KE SYURGA...


Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,Sesungguhnya Allah tidak memandang dan melihat pada betapa mahalnya gadgets yang kita miliki,semahal mana tablets,ipad yang kita mampu beli,sebanyak mana pixels yang kamera kita ada,tetapi Allah melihat pada betapa banyak amalan yang baik yang kita lakukan di dunia ini yang dapat memberikan pahala dan menolong kita di akhirat nanti.Kerampingan,kelangsingan tubuh badan sekiranya digunakan untuk memakai baju bersaiz S kemudian mengharapkan pujian manusia,tiada maknanya andai ianya langsung tidak baik pada pandangan Allah yang Maha Esa.

Oleh itu tak perlulah,setiap kali berjumpa asik bercerita pasal diet,pasal saiz baju yang dah tak muat,mempertikaikan saiz fizikal tubuh badan si polan yang bertambah,sebaliknya setiap kali berjumpa cuba bercerita tentang sesuatu yang berfaedah,sesuatu yang dapat meningkatkan amalan kita,bertukar-tukar fikiran kepada sesuatu perkara yang memberi manfaat pada manusia dan agama.Sekiranya kita mampu memiliki gadgets yang mahal,janganlah ada sekelumit pun perasaan bangga diri,riak sehingga memandang sinis pada mereka yang tidak mampu memilikinya atau yang hanya mampu membelinya dalam nilai yang tak semahal gadgets canggih yang kita mampu beli.Jaga hati dan perasaan orang lain,barangkali di sisi manusia handphonenya,tabletsnya jenis yang mampu milik bagi sesetengah orang yang kurang berkemampuan,tetapi di sisi Allah,mungkin amalan solehnya lebih bernilai daripada kita.Entah-entah dek sibuk membangga diri dengan apa yang dimiliki,bercakap besar,pahala kita habis begitu sahaja diberi percuma kepada orang lain.

Di dunia mungkin tubuh badan kita muat baju saiz S,tapi belum tentu amalan kita yang tak seberapa dapat memungkinkan kita muat masuk ke liang lahat,belum tentu tubuh kita ringan ketika diusung ke kubur kelak,oleh itu sentiasa cuba menghormati apa yang orang lain miliki,jangan mempersendakan fizikal atau rupa paras orang lain.Apa yang kita miliki barangkali adalah hasil doa orang lain yang dimakbulkan oleh Allah,kerana kita tidak tahu dalam ramai manusia yang kita temui,dalam ramai sahabat,rakan,kenalan yang kita kenali,ada antaranya yang sering mendoakan untuk kesejahteraan kita,kemurahan rezeki kita.Kita tidak tahu barangkali orang yang sering kita pandang rendah,mungkin doa dia untuk kita yang dimakbulkan kerana dia sedar bahawa apa yang sering kita lemparkan pada dia adalah ujian Ilahi,tanda Allah sayang kepadanya jadi sebagai tanda terima kasih atas 'budi baik' kita,dia sering mendoakan kebahagian kita,siapa tahukan?

Akhir kata,ingatlah Allah tidak menilai semahal mana pakaian,kereta,kamera,handset yang kita miliki,tetapi kita akan ditanya apa yang kita gunakan dengan segala yang kita miliki,sebagai contoh,kamera canggih kita..gambar-gambar apa yang kita ambil?gambar-gambar ke arah kebaikan atau kemaksiatan?Fikir-fikirkanlah,belajar untuk menilai manusia bukan pada kecanggihan alatan yang dimiliki,nilai manusia dari akhlak mulianya,dari kebersihan hatinya,kerana dia mungkin hanya si pengangkut sampah,bergelumang dengan bauan yang kurang menyenangkan,siapa tahu mungkin di sisi Allah,dialah manusia yang lebih mulia dari kita,bakal ahli syurga.Ingatlah,awalan kita yang baik tak semestinya berakhir dengan baik sekiranya kita tidak bermuhasabah diri kita senantiasa dan awalan yang kurang baik,siapa tahu dengan hidayah daripada Ilahi,dia menjadi lebih baik malah lebih soleh dari yang kita sangka.Nasihat ini kutujukan juga untuk diriku agar sentiasa memandang pada kekurangan diri dan sentiasa bersangka baik pada Ilahi.Allahualam. 

DEBARAN MENANTI KEPUTUSAN...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,bertemu lagi di blog ini setelah aku 'menghilangkan' diri buat seketika:)...buat pertama kalinya sepanjang aku mengajar,peperiksaan akhir tahun bermula awal,kebiasaanya akan diadakan lebih kurang 2 minggu sebelum sesi persekolahan berakhir,jadi dalam masa 2 minggu itu kebiasaannya para guru akan sibuk memeriksa kertas peperiksaan,key in marks,menyiapkan senarai nama untuk penerima hadiah pada hari Anugerah Cemerlang dan pada masa yang sama sibuk dengan keputusan UPSR yang diumumkan.

Sukan Tahunan pada tahun ini diadakan agak lewat,baru sahaja berakhir pada minggu lepas,cuti selama 5 hari bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang,cuti peristiwa dan seterusnya cuti Hari Raya Aidil Adha sehinggalah ke hari Ahad.


Keputusan UPSR dinanti dengan penuh debaran?apakah kejayaan yang sama akan diulangi lagi pada tahun ini untuk subjek BI?Harapanku tidak terlalu tinggi namun aku masih berharap ada 'miracle'  yang akan merubah nasib subjek BI pada tahun ini..."miracle' yang mampu membuatkan aku tersenyum bangga setelah bersusah payah dengan menempuh pelbagai dugaan pada tahun ini.Semuanya kuserahkan pada Ilahi,semoga keputusan ini adalah antara yang terbaik pernah aku dapat,insyaAllah.


Satu lagi results ialah pertukaran aku,sepatutnya keputusan telah pun diketahui,namun atas sebab teknikal...keputusan hanya akan diumumkan pada awal November..penuh dengan debaran.Menanti 2 keputusan yang paling penting dalam hidup aku pada tahun ini.


Apa sahaja keputusannya,aku harus redha dan tabah menghadapinya.Senang untuk menyebutnya di bibir,namun debaran di hati hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya.

InsyaAllah,segala-segalanya cemerlang dan baik-baik sahaja,amin.