Total Pageviews

Monday 26 November 2012

CHEF ADU AMRAN PART V..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,nak terlelap dah sebenarnya nie,tapi nak update sikit pasal Chef Adu nie...

Disebabkan separuh dari minda aku dah 'terlelap' jadi mungkin tak banyak idea sangat nak dituliskan.

Minggu depan Masterchef last,jadi tak lama lagi tak dapatla tengok wajah Chef Adu kat tv,rindulah pulak nanti..ehem hehe...aku suker episode-episode nak hampir habis nie,aku suker tengok rambut dia:)...fesyen rambut terbaru dia kemas,cuma fesyen rambut yang dicukur tue.. aku kurang suker sikit sebab kurang hensemnya hehe..aku suker episod penyingkiran hari ini(Nora yang tersingkir untuk episod ini),aku bukan nak citer pasal peserta yang tersingkir,tapi aku nak citer pasal rambut dia dan wajah dia...sangat menarik penampilannya...teruja aku tengok...bak kata omputih  "can't take my eyes off you" chewah...

Satu lagi aku suker bila dia tunduk kan wajah dia..maksud aku mata dia...contoh kalau Chef lain sedang merasa masakan para peserta,dia akan memandang ke bawah..ke arah masakan yang diraser,memerhatikan Chef lain meraser makanan tersebut.Aku memang sentiasa suker saat-saat tunduk itu...aku akan rindukan saat-saat itu,bila Masterchef dah abis nanti:(.

Kalaulah rambutnya sempat tumbuh lebat semula masa 9hb Disember nie,hehe..
Kalau aku berpeluang jumpa dia,bagaimanala agaknya ye?tentulah aku tak mampu nak berkata-kata hehe..maklumle aku nie kan pemalu orangnya:)...mau jadi 'bisu' agaknya..memerhatikan orang lain berbual mesra dengannya..dan mungkin aku hanya memerhatikan dari satu sudut tanpa ada idea untuk dibualkan dengan dia.Aku memang amik masa sikit untuk beramah mesra dengan orang lain,tak le secara semulajadi peramah,idea nak berbual pun mungkin amik masa nak ada,biasanya kalau orang yang tak kenal atau tak biasa dengan aku,akan anggap yang aku nie mungkin sombong sebabnya aku agak pendiam dan muka mungkin macam sombong.Tetapi kalau yang satu kepala,aku boleh aje jadi giler-giler selagi tidak melanggar batas la...ok aje.

Oklah tiba masa untuk tidur...Chef Adu,saya masih berharap anda membaca setiap part yang saya tulis untuk Chef dalam blog ini,cuma hanya impian dan harapan sahaja,sebab saya memang tak tahu tapi saya imagine aje konon-konon Chef baca setiap yang saya tulis:).

Harap dapat bertemu dengan Chef nanti,jika diizinkan oleh Allah,amin.

Saya tujukan lagu dari soundtrack filem favourite saya:Twilight Saga:Breaking Dawn part 2.
" I love you For  A Thousand Years"-Christina Perri:)




CHEF ADU,SURATKHABAR & PURSE YANG TERTINGGAL...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,ada perkara yang bagi aku agak melucukan berlaku pada Jumaat lepas.Ape tak nya...gara-gara Chef pujaan atiku...aku buat perkara yang jarang aku buat dan sampaikan purse pun leh tertinggal kat umah sebab nak cepat sangat.

Chef adu kuar utusan...aku tau pun dah 4.15pm itupun sebab kat fanpage dia kuar..mak aku pun pelik tetiba aku bersiap nak kuar...mak aku ckp kedai kat depan nie ari Jumaat bukak kul 5..aku kata nak try cari  kat 7E.

Dalam hati aku kata nasib la dah petang kl ada,adala..takde parking la pulak kat 7E..penuh..aku ingat nak try kat stesen minyak,itupun kalau masih adalah utusan jual kat situ.

Kalau takde gak memang takde rezeki la nampaknya,kenapalah admin lambat inform?Artikel yang di scan kat fanpage tue tak berapa clear nak dibaca kisahnya.

Aku pun ape lagi main sarung je baju,..rushing la kononnya....dah rezeki aku agaknya,kedai yang sepatutnya bukak kul 5 petang setiap hari Jumaat tetapi pada hari ni bukak awal la pulak.Utusan ada lagi 3,jadi ada harapan la aku beli satu:).

Apa yang kelakarnya,masa nak bayar,baru aku tersedar,handbag punyala besar,purse tak bawakla pulak..tertinggal sebab nak cepat tadi.Aku keluarkan purse masa kawan aku datang untuk hantar coklat,jadi masa nak bayar duit coklat tue,aku kuarkan purse dari handbag,lepas tue aku tak masukkan balik dalam handbag.Haish..careless tul la,nasibla tak jauh dari rumah.Seluk dalam celah-celah poket handbag kot-kot ada duit terselit,alahai takdela pulak.

Akhirya aku cakapla ngan mamak tue.."kejap ye..duit sy tinggal dalam kete...padahal purse tinggal kat umah..nasibla ada duit daalm kete..kalau  tak mau aku kena balik amik duit.

Hai macam-macam...kerana Chef Adu...purse tertinggal...kenangan yang tak dapat dilupakan..kena berhati-hatilah lain kali,peringatan untuk diriku,nasib baik dekat..kalau jauh kan ke susah dan kalau barang tue mahal..lagila tak tau ape nak cakap:)...

MASTERCHEF..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,rasernya aku terlambat sikit untuk citer pasal rancangan masakan ini.Dah minggu terakhir pun hehe..dok sibuk citer pasal kejelesan aku ngn che lah ngan chef adu haha..sampai lupe nak citer gak pasal peserta yang aku suker dalam MC nie...

Paling aku suker tengok yelah Nina,sebab dia nie nampak keibuan,comel,sweet,penuh kelembutan,tenang walaupun dalam keadaan yang nervous:)..Aku memang harap dia yang jadi juara,tapi tak tentu gakkan..kalau tak dapat pun,aku suker dengan karekter dia..aku berharap aku selembut,secomel dan keibuan cam dia hehe...

Aku suker Etiqa..ye memang mula2 dulu aku jeles dia ngan chef adu:)...mula-mula aje..lama-lama aku suker tengok dia...dia bukan sahaja cantik,dia tak mengada-mengada,cara dia bercakap memang nampak macam educated dan matang walaupun baru berusia 24 tahun.Pendekkan citer aku memang suker dia sebab kematangan dia.Cara dia bercakap,memang aku suker.Sangat sesuai dengan peserta lelaki yang berikutnya,yang telah pun terkeluar dari MC nie,iaitu Ammar.

Ammar,walaupun baru berusia 22 tahun,sangat matang,dari cara dia bercakap,menunjukkan tahap pengetahuannya yang luas,sesuai la menjadi menjadi pilot.Muka dia memang kategori sedap mata memandang,tetapi dia ada kebolehan dan pelajaran menjadikan dia,bagi aku seorang lelaki yang sangat menarik.Semoga dia teruskan bidang penerbangan,jadi seorang pilot dan sambil itu boleh teruskan juga dalam bidang masakan..

Che lah pulak..aku bukan la  tak suker sepenuhnya..lagipun siapa aku nie nak tak suker2 orang kan,aku dahle tak sempurna...lagipun kita nie hamba Allah,siapa kita untuk judge orangkan....aku hanya kurang suker sikap manja dia..itu sahaja..bagi aku....aku lebih suker dia cakap secara biasa dari manja2..sebabnya..bagi aku manja dia bukan secara semulajadi...bandingkan dengan Nina..Nampak kemanjaannya cukup semulajadi.Itu sahaja yang aku nak tulis tentang dia...

Oklah itu sahaja buat masa ini...:)

Thursday 22 November 2012

TIDAK SALAH UNTUK MENYINTAI TETAPI...


Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku:

Kita tak pernah salah mencintai seseorang, yang salah itu meletakkan harapan agar cinta itu diterima sepenuhnya.Hidup bukan untuk mengenang, walau mengenang itu tak dapat dielakkan.

AKU MENCINTAIMU KERANA CINTAKU KEPADA ALLAH.

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku:


Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?”

Beliau menjawab “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.”

Mendengar itu isterinya bertanya lagi
“Apakah engkau juga mencintai Allah?
Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin,
Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?”
...

Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang,
“Kerana cintaku kepada Allah,
maka aku mencintai makhlukNya,
memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku,
anak-anakku dan sesama insan.
Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.”

' PERASAAN YANG MEMBAWA SERIBU MAKNA... '

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,secebis perkongsian dari facebook,sesuatu yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam hidup.

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Kalau kita sukakan seseorang,jangan beritahu sidia.Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya, Tapi luahkan pada Allah,beritahulah Allah...Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan.
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!..

Cukup cintai dalam diam ,bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya, bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurgaNYA.

disalin dari facebook:

https://www.facebook.com/pages/Wahai-Calon-ImamkuTakkan-Habis-Ku-Berdoa-Jadi-Kekasih-Halalmu/434654839900622

Monday 19 November 2012

ESOK HARINYA...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,sebelum tidur aku nak update blog nie sekejap..sekadar meluahkan raser kebimbangan dan debaran tentang hari esok.Esok keputusan UPSR akan diumumkan,debaran makin terasa.Buat pertama kalinya aku terasa lambat masa berlalu,dan akhirnya tiba juga harinya.Entah kenapa debaran kali ini terasa berbeza dari sebelumnya,ntah berapa kali aku bermimpi melihat keputusan UPSR dan saat terakhir kali aku bermimpi,aku memandu balik semula ke KL kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima.Diharap mimpi itu hanya sekadar mimpi.

Sekiranya cemerlang,Alhamdulillah,sekiranya kurang,terpaksala menjawab dalam meeting nanti...*sigh*...Ya Allah,walau apapun keputusannya,hambaMu redha kerana apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buat diri hambaMu ini.Semoga segala-galanya baik-baik sahaja,amin.

Saturday 17 November 2012

SEKADAR BERKONGSI...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,sekadar berkongsi kata-kata indah daripada facebook,tak sure asalnya pemilik kata-kata ini sebabnya ada beberapa facebook yang share kata-kata yang sama begitu juga darii internet,yang pasti ianya bukan hak milik aku:).Sekadar perkongsian yang indah yang wajar diamati kata-katanya.
 "UNTUKMU YANG JAUH DI SANA"

Bismillahirahmanirrahim,,

Aku tak ingin terlalu banyak merangkai kata2 puitis untukmu terlebih dahulu,Aku hanya ingin menulis :

" Aku mencintaimu kerana Allah. Aku mencintaimu kerana Agama yang ada padamu.Jika engkau hilangkan Agama dalam dirimu maka hilanglah pula cintaku kepadamu."
(Imam Nawawi)

Sedikit pinta dariku..

Peliharalah Agamamu.
Rawatlah Imanmu.
Jagalah Lisanmu.
Muliakan akhlakmu.
Sirami kecintaanmu kepada_Nya.
Dan pupuklah selalu ketakwaanmu kepada_Nya.

Jika engkau selalu berpegang teguh pada Agamamu dengan sebaik-baiknya,perjalanan hidupmu akan menjadi baik pula...Dan insyaAllah engkau akan mendapatkan cintamu atas redhaNya.

Itu saja dulu..

Moga suatu waktu Allah mempertemukan kita bersama-sama merajut jalinan kasih yang diredhaiNya ..Amin..

Akhirnya salam santun selalu dariku..
Ku tunggu engkau di Gerbang Kehalalan..InsyaAllah ..

Sunday 11 November 2012

CHEF ADU AMRAN PART IV..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,hmm...mata dah nak layu nie...dah nak pukul 2 pagi nie,sah-sah la waktu untuk tido kan:),kebetulan pulak citer kat tv3 sekarang nie..citer hindustan..citer tentang seorang chef...actually aku dah pernah tengok citer nie..tapi aku tengok sekerat aje..jadi tak tahu akhir dia ape..kalau mata tak terlelap..dapatla tengok ending dia..tajuk citer Cheeni Kum(pas google kat internet hehe..masa tgk tak tau ape tajuk dia)..yang pasti bila sebut aje perkataan chef..automatik teringat kat abang Adu aku..oopss abang Adu konon hahaha..perasan saje lebih...okay,okay...Chef Adu...hehe...

Sebelum aku pergi melancong ke Chiang mai,aku ada hantar mesej kat inbox fanpage dia,menunggu dia nak reply tak senang duduk aku. Pastu masa on the way ke Melaka(sebab naik bas rombongan di sekolah makcik aku di Melaka),aku sempat memeriksa facebook aku dan baca update kat Masterchef pasal kuliah master,kan aritue aku tulis ada tengok sedutan kuliah masterchef si Etiqa jadi pembantu dia masa dia masak,kemudian aku check balik dapat tahu pulak si Che Lah dipanggil merasa makanan dia..haish double jeles nie!..tapi jeles masa tue ajelah..makcik aku siap gelak-gelak kan aku lagi...dah le drive dalam keadaan gelap...maklumle malam...bertolak pas maghrib...kul 3.00 pagi nak pergi ke LCCT,sepang.Kuar pulak lagu si Judika(Aku yang disakiti lebih kurang la tajuk dia),aku siap cakap..lagu nie dituju untuk Chef Adu sebab tengah jeles sekarang nie(masa otw balik tue la..sekarang aku dah okay sikit haha).

Okay aku sambung kemudian la..layan citer hindustan tadi,baru tersedar dah nak 3.00 pagi,leka tengok sampai lupe nak sambung update citer pasal Chef Adu nie...dari mula sampai la dah pagi buta...tak tahu ape nak tulis:).

Yang pastinya gambar yang Chef Adu post kat fanpage dia tarikh 4hb November tue,aku suker sangat-sangat dan dah like gak kat fanpage dia.Nak letak kat sini,takut aku kena saman ke,kena marahlak ngan Chef Adu kang sebab letak tanpa kebenaran..nak mintak izin pun segan nak bagitau dia..almaklumla aku nie sapa kan..blog nie pun ntah ape-ape pun.Aku buat as wallpaper kat netbook aku nie gambar tue,walaupun dia tak senyum dalam gambar tue,tapi mata dia....adei renungannya ke dalam hati rasernya hehe...*sigh* bila la berpeluang jumpa dia ye..arinie dia ada kat kl tower...tapi aku tak dapat pegi...harap dapatla jumpa nanti,nak beli mini cook book dia.."Nasi dan Seni"...dapat sign dia ke...hmm..tak silap aku baca aritue dia nak balik London bulan Disember...hmm..rindula pulak kat dia nanti padahal jumpa pun tak pernah:).

Aku tak pasti sama ada dia ada baca blog nie ke tidak sebab takde bukti dia pernah baca walaupun aku dah inform dia melalui inbox dia.Akhirnya setelah beberapa hari menunggu,bila aku dah balik dari Chiang mai barulah dapat balasan mesej dari dia...Ringkas,pendek aje tapi cukup bererti buat aku.Harap-harap betul la dia yang reply tue bukannya admin,dan harap-harap dia jenguk la link yang aku bagi tue.Eh aku kata tadi nak tido dah..bolehlak sambung panjang lagi hehee..

Okayla..sambung lagi ke Chef Adu part 5...:)





LAMANYA NAK TUNGGU RESULTS UPSR...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,nampaknya keputusan UPSR masih lagi belum diumumkan,kebiasaanya diumumkan semasa hari Anugerah Cemerlang yang diadakan pada hari Khamis,minggu terakhir persekolahan,nampaknya debaran masih belum selesai.Ya Allah,setelah mengharungi pelbagai ujian dan dugaan yang dihadapi,semoga kali ini keputusannya menggembirakan,insyaAllah.Ianya akan diumumkan pada 19hb November ini.

Aku mesti bersedia mental dan fizikal untuk hadapi apa sahaja keputusan yang akan diumumkan,debaran memang sangat terasa,terasa bebanan dibahu ketika ini,masih belum dilepaskan...hanya seorang guru yang di dalam situasi aku sahaja yang memahaminya...tak kira apa sahaja peperiksaan penting UPSR,PMR,SPM...guru-guru yang mengajar kelas peperiksaan memang berat tanggungjawabnya..keputusan yang diperolehi,post mortem akan dilakukan...bagaimana hendak menjawab semasa mesyuarat diadakan..membentangkan permasalahan...etc etc..cemerlang satu tuah...mencari formula untuk mengekalkan kejayaan...kurang cemerlang...letih nak jawab!

Semoga keputusannya cemerlang,insyaAllah,amin.

Saturday 10 November 2012

PERMOHONAN ANDA TIDAK DILULUSKAN...REDHA DAN PASRAH:(

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,nampaknya keputusan pertukaran aku tidak diluluskan...nak kata kecewa sangat pun tak le jugak..hepi?hmm...lagi takde jugak...biasa-biasa aje..dari satu sudut ada kelegaan sebab aku masih sayangkan sekolah ini,dari satu sudut lak..aku tahu sudah sampai masanya aku tinggalkan sekolah ini demi untuk masa depan aku..lagipun parents aku bukan di sini...kebanyakan diorang,kawin dengan orang Pahang ataupun memang dilahirkan di Pahang,jadi aku hanyalah 'pendatang' err macam lagu Francisca Petersla pulak...

Apapun aku tetap memanjatkan raser kesyukuran ke hadrat Ilahi,aku redha dengan keputusan yang aku dapat.Selepas menghantar borang permohonan pertukaran dulu pun,aku berdoa"sekiranya hambaMu ini masih lagi bermanfaat untuk sekolah ini,kekalkan lah hambaMu ini di sini,sekiranya sudah sampai masa untuk hambaMu ini meninggalkan sekolah ini,maka tukarkanlah hambaMu ini ke sekolah yang lebih baik daripada sekolah sekarang,apapun sahaja keputusan yang Engkau berikan Ya Allah,hambaMu ini redha,sesungguhnya itulah keputusan yang terbaik,hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Setiap sesuatu yang terjadi atau berlaku,ada hikmah disebaliknya,aku yakin,Allah telah memilih jalan yang terbaik untuk aku,bakti aku masih diperlukan di sini.InsyaAllah,aku cuba yang terbaik untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatanku.


CHIANGMAI,THAILAND...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,Alhamdulillah,aku ngan makcik aku telah melawat Chiangmai Thailand baru-baru ini.Dalam previous post aku sebelum ini,ala-ala merajuk dengan Chef Adu nak bawak diri kononnya...:)....oops..nie bukan kisah pasal Chef Adu...citer dia kena post lain lak haha...

Okay,segala-galanya Alhamdulilah,menyeronokkan dan berjalan dengan lancar.Yang paling penting,keselamatan dipelihara oleh Allah disepanjang perjalanan pergi dan balik.Terima kasih Allah:).

Aku nak share a few pictures masa kat sana,nak citer lebih-lebih...aku masih lagi kepenatan sebab minggu nie sangat sibuk..jadi tunjuk gambar-gambar ajelah ye:)..Antara memori yang terindah...kata tourist agent tue,Amy..kita jumpa 10tahun lagi..guraunya sebab ada ahli rombongan yang kata macam tue..aku sempat cakap..takpe nanti honeymoon aku datang sini...haha..kononnya la...


MENUNGGANG GAJAH,PERJALANAN YANG PENUH ADVENTURE,TURUN NAIK BUKIT,CENURAM DAN SUNGAI

KAT HOTSPRING



LONG NECK VILLAGE

CANTIK-CANTIK DIORANG NIE

ELEPHANT SHOW


ANTARA YANG MENARIK,GAJAH MELUKIS....