Total Pageviews

Thursday 1 December 2011

NOSTALGIA LAGU-LAGU LAMA.....

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,semalam aku surfed Youtube...terimbau kembali jaman-jaman muda remaja dulu hehe..zaman-zaman sekolah menengah dulu:)...dulu-dulu minat sangat dengan Debbie Gibson,Tiffany,New Kids On The Block(especially si Jordan Knight)...dulu-dulu kan mana ada cd,vcd nie...siap record videoclips diorang guna vcr lagi...skrg vcr pun susah nak carik...aku try carik dvd yang ada recordnya susahlak nak jumpa:(....kat mana nak cari eh?yang pasti harganya mesti mahal la...kalau tau tempatnya atleast boleh simpan sikit-sikit dulu duit nak beli:D...tapi sekarang zaman blu ray la pulak...tak kisahla blu ray ka,green ka,yellow ka...aku tetap lum leh mampu beli hehe..blu ray punya dvd pun mahal giler...aisey donia-donia....berbalik pasal nostalgia nie...zaman-zaman Tommy Page,Rick Asyley(aku luper eja nama dia haha),Cyndy lauper etc etc.....bila aku kemas-kemas jumpala kaset-kaset diorang...ntah boleh pasang lagi ke tidak...tapi sampai sekarang kalau dengar still lagi best..berbanding artis-artis sekaranglah..biasala kan..yang lama lagi nostalgic kan kan hehe...aku tingin nak kumpul kalau ada vcd atau dvd lagu-lagu diorang yang lama-lama nie...kalau nak mau kena order kat Ebay nie..alahai...payahla pulak....nak order dari obersea nie..
Poster-poster diorang sebesar pintu pun still ada lagi..tapi memandangkan dah dewasa nie:)....kenalah hapuskan semua tue...sayang-sayang gak..tapi donia nie takleh nak sayang-sayang sangatkan..jadi tataplah kali terakhir sebelum ke tong sampah hehe...

Okay,nie aku uploadkan kan dari youtube lagu-lagu Debbie Gibson,Tiffany,New Kids On The Block..ce dengar...err..si Jordan nie sampai sekarang hensem lagi tau hehe...yang video Tiffany tue saje je aku masukkan dua video tapi lagu sama je hehe...








Wednesday 30 November 2011

KEMAS UMAH ERR..BILIK...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,aku baru je selesai sikit kemas bilik...kenapa aku kata sikit...sebab banyak lagi sebenarnya yang tak terkemas,almaklumla..'khazanah' dari alam kecil sampai ke besar masih lagi ada tersimpan sebagai 'harta karun'..takpela sikit-sikit aku kemas..lama-lama 'segunung' Everest sampah ku kumpulkan hehe...masa nielah terbayangkan kalau la ada maid-maid tolong kemaskan...wah...maid-maid...banyak duit aku haha...nak ngajikan maid-maid untuk mengumpul sampah-sampah serta 'harta karun' yang menimbun tue:D...

Bukan aje terbayangkan maid-maid yang tolong kemas..malah terbayangkan aku dok kat villa nie,segala barangan 'harta karun' aku nie,aku letak dulu dalam stor yang dibina khas untuk menyimpan kenangan-kenangan lama...dah decorate cantik-cantik villa aku,pastu panggil le sesapa yang sanggup untuk tolong mengemas stor aku tue...pastu bagi upah(upah dirahsiakan hehe...kena kemas dulu and aku dapat duduk kat villa hehe)..bayangkan lepas penat-penat berkemas...masing-masing menikmati hidangan ayam golek atau itik golek eh salai hehe...menghirup udara segar di villaku..sambil minum air batu berperisa anggur/oren/sirap/leci..pilih aje air ape nak.... wah sangat best ma...lepas tue buleh le terjun kuak rama-rama kat kolam renang di villaku....

Cakap pasal villa lah kan..memang aku ngidam tul ngan villa kat area umah aku nie....harga...wah sangat-sangat la 'berkemampuan' untuk membelinya:p....asal lalu je kat area situ..terjenguk-jenguk aku nak lihat bila 'villa' aku nie nak siap hehe...

***Pssst...err..Cik Aloyah...jom gather-gather kat villa aku...kita buat slumber party nak*wink*wink*



Monday 28 November 2011

KITA TIDAK DITAKDIRKAN BERTEMU......

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,hmm...camne nak mulakan ye?...ini bukanlah kisah cintan cintun seperti yang mungkin digambarkan memandangkan tajuknya seolah-olah pertemuan antara uda dan dara...oh tentu sekali tidak!!:D...inilah kisah dua orang sahabat yang telah lama tidak bersua muka...maklumla seorang di Malaysia,yang seorang lagi pula telahpun berhijrah ke Canada kalau tak silap aku tahun 2007...akhir pertemuan kami adalah pada Januari 2007.Tak perlu memanjangkan cerita "Once upon a time..." bagaimana kami bertemu dan menjalinkan persahabatan sehingga ke hari ini.Yang nyata dunia maya telah banyak membantu mengeratkan hubungan persahabatan kami.

Pada 24hb,dia telahpun selamat mendarat di bumi Malaysia...menghantar sms padaku yang dia dah sampai juga menulis alamat tempat tinggalnya.Memandangkan aku ini kalau hendak ke mana-mana bergantung pada kenderaan yang orang lain perlu drive,jadi aku tidak dapat menjanjikan bila kami boleh bertemu muka...namun di hati tetap memanjatkan doa dan menaruh harapan agar kami berpeluang bertemu.Takdir Allah mengatasi segala-galanya...ada sahaja halangan untuk kami bertemu...akhirnya aku ambil keputusan konon-kononnya nak buat surprise muncul tetiba kat airport sebab dia nak balik dah...hmm...namun takdir Allah sekali lagi menduga persahabatan kami...aku terlewat...dah dia telah pun masuk 5 minit awal...sayang sekali aku terlambat untuk menemuinya...bila aku balik...dia sms mengatakan bahawa penerbangannya telah ditangguhkan....dilewatkan...tapi ketika itu aku telahpun bertolak balik menuju ke rumah.

Setiap sesuatu kejadian ada sebab musabab dan hikmah disebaliknya...sekiranya Allah tidak mengizinkan sesuatu perkara itu terjadi,walau macammana pun kita cuba sedaya upaya untuk merealisasikannya,ia tetap tidak akan berlaku tanpa izinNya.Inilah yang dikatakan Dekat Tapi Jauh....Allah Maha Berkuasa ke atas segala-galanya....insyaAllah jika ditakdirkan kami bertemu...kami akan bertemu juga satu hari nanti...mungkin siapa tahu rezeki aku bertemunya di Canada nanti.Bak kata seseorang...katanya dia 'melihat' aku membawa husband dan anakku melawat kawanku ini di Canada...hmm...kata-kata menghiburkan hati...kata-kata beberapa tahun lepas...kononnya kan:)....bukan boleh percaya pun...Hanya yakin pada kekuasaan Allah..insyaAllah,sesuatu yang baik muncul juga akhirnya,insyaAllah...


Monday 21 November 2011

SEKADAR BERKONGSI...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,ingin aku berkongsi antara doa yang menjadi amalanku seharian,insyaAllah,marilah kita sama-sama mengamalkannya ye.

Doa ini boleh di dapati keterangannya di http://www.darussyifa.org,semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari  doa ini,amin.

Sedikit penerangan tentang doa ini:
 
Satu ikhtiar untuk terhindar daripada segala bala bencana dan mala petaka daripada terkena kepada kita dan ahli keluarga kita, Sila amalkan doa berikut tiga kali di waktu pagi (selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu malam (selepas Solat Maghrib)

Keberkesanan doa ini bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun di hati kita keraguan kepada pertolongan daripada Allah SWT.
Penerangan tentang ayat ini boleh didapati di link ini http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=50
 

HADIAH....

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,seperti biasa,setiap kali anak-anak muridku memperolehi keputusan yang cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris,insyaAllah aku akan belikan mereka hadiah.Aku beli hadiah ikut kemampuan aku,sebagai tanda penghargaan atas hasil usaha mereka.

Ada yang berkata"kalau kerap beri hadiah,boleh bangkrup"...astaghfirullah al azim,tak perlu la kata begitu...kata-kata negatif yang tak patut dilafazkan oleh kita sesama Islam.Bila kita memberi dengan hati yang ikhlas,lagi banyak kita memberi,insyaAllah lagi banyak rezeki yang akan Allah bagi.Makin bertambah pahala dan rezeki bila kita memberi,apatah lagi kalau seorang guru memberi kepada anak-anak muridnya.Aku tidak mengharapkan balasan,hanya doa daripada mereka andai mereka mengingati aku,itulah sahaja yang dapat menolong aku,tidak di dunia insyaAllah di akhirat nanti.

Kalau ikutkan atau dengar kata-kata orang memang begitukan...sukatilah apa nak dikata,aku buat setakat mana yang aku mampu..lagipun aku bukan belikan diorang emas ke,intan berlian ke,kereta sebijik ke...aku beli hadiah pun tidak meminta duit mereka kan...

Allah Maha Mengetahui segala-galanya,aku berharap ada sedikit pahala walaupun mungkin tak banyak,atas pemberian aku kepada anak-anak muridku.Semoga pemberian-pemberian tersebut ada keberkatan daripada Allah,insyaAllah.

Bercerita tentang hadiah ini,selepas aku memberi hadiah-hadiah kepada anak-anak muridku,setelah memberikan kata-kata nasihat terakhirku kepada mereka,aku kembali semula ke bilik guru,tanpa disangka-sangka,seorang demi seorang menghulurkan hadiah masing-masing kepada aku.Aku sememangnya agak terkejut sebab selama aku mengajar,aku jarang dapat hadiah daripada murid-murid tahun 6 selepas mereka berjaya memperolehi keputusan UPSR.Bukanlah balasan hadiah yang kupinta kerana aku tahu,mereka masih terlalu muda dan tentu tidak berkemampuan untuk membeli hadiah kepada guru-guru mereka.Kebiasaannya,hadiah diterima semasa sambutan Hari Guru di sekolah.Harapanku semoga mereka menjadi insan yang berguna dan berjaya dunia dan akhirat,itulah hadiah yang terindah kepada seorang guru.Namun pemberian mereka sangat-sangat aku hargai,dari sehelai kain pasang,beberapa batang pen yang sememangnya amat berguna bagi seorang guru,getah rambut,jam,beberapa cenderamata yang menarik,sekuntum bunga dan sebagainya,Alhamdulillah sangat-sangat berharga buatku.Terima kasih anak-anak muridku.


TERLALU ISTIMEWA...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,cuti sekolah telah pun bermula,namun aku masih lagi di sini,belum lagi balik ke Kuala Lumpur.Kebiasaannya memang cuti sekolah,aku biasanya akan balik hari Selasa ataupun Rabu,pernah jugak aku balik hari Sabtu sekiranya ada hal.Aku balik lewat sedikit dari biasa kerana tidak mahu menempuh kesesakan di jalanraya,maklumle cuti sekolah ramai yang balik ke kampung halaman masing2.

Lagi satu sebab aku balik lambat sikit sebab aku ingin memberikan hadiah kepada murid-murid yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam subjek yang ku ajar iaitu subjek Bahasa Inggeris. Oleh kerana keputusan dikeluarkan agak lewat iaitu pada hari Khamis,17hb November,aku tidak sempat untuk membeli hadiah untuk mereka,lagipun di kawasan sini,agak sukar mencari hadiah yang bersesuaian jadi aku terpaksa ke Kuantan untuk mencari hadiah yang bersesuaian walaupun sebenarnya pilihannya tidak banyak.Asalnya aku ingin membeli hadiah lebih awal ketika aku balik ke Kuala Lumpur 2 minggu lepas,tetapi aku membatalkan hasratku saat2 akhir apabila mengenangkan keputusan masih lagi belum diketahui maka aku tidak jadi membeli hadiah2 yang telah dirancang lebih awal.Bimbang tersilap membeli hadiah,lagipun bilangan untuk murid lelaki dan perempuan tidak diketahui,biasanya aku akan beli hadiah yang bersesuaian untuk kedua-dua jantina.Harap2 mereka menyukainya.

Terlalu banyak kenangan dan pahit manis selama 7 tahun aku mengajar di sini.Tahun ini merupakan tahun ke 7 aku mengajar Bahasa Inggeris di sekolah ini.Hari ini,melihat raut wajah mereka,satu persatu,terasa amat sayu di hati,bagaikan hati seorang ibu,yang 'membesarkan' dan mendidik anak2 di depan mata,melepaskan mereka pergi,melangkah ke satu alam yang akan mendewasakan mereka,yang penuh ranjau dan duri,alam remaja,amat berat di hati.Doaku semoga segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah selagi mana mereka masih mengamalkan syariat Islam dan mengekalkan sifat sopan,rendah diri yang ada.Restu aku senantiasa mengiringi perjalanan mereka.Hanya Allah yang Maha tahu,kenapa mereka ini terlalu istimewa bagi aku,indahnya pengorbanan,indahnya perasaan bila hasil jerit perih mengajar dan mendidik apabila hasilnya menenangkan hati dan menyejukkan mata.Pernah menangis kerana hampir-hampir tak tertanggung permasalahan yang dihadapi,namun airmata yang mengalir ini,tidak sia-sia jatuh ke bumi apabila di balas oleh Allah dengan sesuatu yang diluar jangkaan.Jangkaan yang sangat membahagiakan.Biarlah orang nak kata'hebat sangatkah dengan kuantiti yang diperolehi oleh sekolah kampung seperti aku?"...Bagi aku tentu sahaja hebat,bukan riak jauh sekali angkuh,kerana keangkuhan akan membuatkan aku makin kecil di sisi yang Maha Esa,aku tidak mahu itu yang terjadi,bagi aku hebat kerana anak-anak luar bandar ini berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Inggeris dengan hasil usaha sendiri,tiada 'talian hayat',semuanya dengan usaha mereka yang berbaloi,yang telah membuahkan hasil yang sungguh membanggakan bagi aku.Alhamdulillah,segala rahmat dan kesyukuran dipanjatkan pada Allah SWT, kerana Dia yang memberi rezeki ini.Terima kasih Allah,terima kasih Allah.Engkau yang memberi,hambaMu ini menerima dengan penuh rasa kekerdilan dan kesyukuran yang amat sangat.

Biarlah rahsia jerih perih yang ku lalui dalam mendidik mereka,yang tidak tahu erti kepenatan dan kesungguhan ini,biarkan....nikmatnya kejayaan apabila setelah dipenuhi ranjau dan duri,kita akan lebih menghargai erti kehidupan.

Biarlah sedikit tetapi keberkatan itu ada...ada kualiti walaupun kurang kuantiti,yang penting saham akhirat.... bak kata Prof Dr Muhaya"pencen kubur"...memetik kata-kata Prof Dr.Muhaya:"Kalau kita kejar redha Allah,penghargaaan manusia tentu akan datang tetapi mencari penghargaan manusia belum tentu kita dapat redha Allah.Kalau kita kejar pada pangkat,kita akan bergantung pada pangkat,kalau kita bersandar pada tiang,kita takut tiang itu akan jatuh,kalau kita bersandar pada Allah,Allah sentiasa ada.Allah paling sayang pada orang yang memberi manfaat pada manusia lain".Semoga hasil usaha kita sentiasa mendapat mendapat keredhaan daripada Allah,ingat BERKAT bukan SANJUNGAN manusia...yang memberi pahala adalah Allah,sanjungan manusia tidak boleh dibawa ke liang lahad.

Buat anak-anak muridku,teacher sayang kamu semua,stay d way u are,keep up the good work!All the best to all of you.xoxo.Antara mereka yang menerima hadiah penghargaan daripadaku,ada yang tidak hadir atas sebab-sebab tertentu.

Pelajar lelaki ini membuatkan aku menangis ketika dia naik ke pentas untuk menerima hadiah ketika diumumkan keputusan UPSR.Ada sebabnya,biarlah Allah sahaja yang tahu.Dapat melihat riak wajahnya yang bagaikan tidak percaya ketika dia diumumkan mendapat 5A.












Lagu ini ku tujukan khas untuk mereka:)


















Thursday 17 November 2011

ALHAMDULILLAH,RESULTS PUN DAH KUAR...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,debaran di hati telah pun terjawab,keputusan telah pun diumumkan.Alhamdulillah,aku tetap berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi.Allah Maha Kaya,Allah Maha Besar,Allah Maha Mengetahui setiap perkara yang terjadi dan hikmah disebaliknya.

Tahniah buat anak-anak didikanku,terima kasih kerana telah memberikan yang terbaik pada subjek yang aku ajar....Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..syukur dan terima kasih Ya Allah atas segala rahmat dan kasih sayangMu.

Wednesday 16 November 2011

DEBARAN MENANTI KEPUTUSAN...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,esok keputusan UPSR akan diumumkan,debaran di hati kian terasa.Entah berapalah agaknya keputusan untuk subjek yang ku ajar.Aku tidak menaruh harapan yang tinggi dan tidak juga meletakkan target yang rendah,sebagai seorang guru,tentu sahaja aku mengharapkan keputusan yang terbaik dan tertinggi namun aku pasrah jika ianya sebaliknya.Allah Maha Mengetahui hikmat dan rahmat disebalik sesuatu kejadian itu.Ya Allah,semoga hambaMu ini menjadi insan yang sabar,tabah,redha menerima segala ketentuan dariMu,amin.

Monday 7 November 2011

MIMPI LAILA......

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,apa nak kata tentang mimpi ye?:)...hmm...mimpu nie ada yg membawa maksud baik,membawa petunjuk,mimpi sbg petanda tentang sesuatu perkara dan mimpi mainan syaitan.

Biasala dengan mimpi nie kan...ada masa perlu abaikan aje macam angin lalu,buat apa nak amik berat sangat sampai pening-peningkan kepala ye tak?:)...

Eh kenapa tetiba aku citer psl mimpi ni ye?..bukan apa aku nie paling tak suker bila nak dekat-dekat kuar results peksa nie macam-macam mimpi kuar...yela mungkin sebab minda aku asyik teringat-teringat kot...berdebar dan risau rasa hati,walaupun ianya hanya mainan tidur aje,tapi sebagai manusia biasa sedikit sebanyak mestilah menghantui gak dengan mimpi-mimpi yang dialamikan?

Aahhh..bermain-mainla pulak mimpi ini dalam igauanku...selalunya dah dekat-dekat results nak kuar nie masa tuela macam-macam mimpi datang.

Aku bermohon pada Allah,walau apapun keputusannya,jadikanlaha aku hambaNya yang redha menerima segala ketentuan dariNya,amin.



Sunday 6 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di Malaysia dan di mana sahaja mereka berada di bumi Allah yang indah ini.

LATIHAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,sekarang ini aku sedang giat melatih murid-murid tahun 6 untuk persembahan pada Hari Anugerah Kecemerlangan 2011.InsyaAllah,segala-galanya berjalan dengan lancar.

PASCA UPSR...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,sudah sebulan lebih UPSR berlalu,kini murid-murid tahun 6 menjalankan aktiviti pasca UPSR.Murid-murid tahun ini agak beruntung berbanding dgn senior2 mereka yang lepas2 sebabnya pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang untuk mereka.Aktiviti seperti membuat cupcakes,demonstrasi seni mempertahankan diri,kraftangan,melukis poster,demonstrasi kawad kaki dan juga pertolongan cemas dr jabatan pertahanan awam dan banyak lagi.






A FEW INSPIRATIONAL QUOTES TO SHARE....

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,sekarang ini aku banyak mendengar ceramah drpd Ustaz Kazim,penjelasannya jelas dengan gaya yang bersahaja serta sesekali diselitkan dengan jenaka yang mampu mencuit hati sesiapa yang mendengarnya.Oh ok...berbalik pd tajuk di atas:)...aku ingin share kata-kata inspirasi drpd Prof Dr.Muhaya melalui fb dan twitternya,kata-kata inspirasi yang mampu menyedarkan aku,memberikan aku satu pandangan yang positif di dalam hidup ini.Prof Dr.Muhaya yang mula aku kenali melalui rancangan Dari mata ke hati..kini beliau mulai menjadi idolaku.Inilah antara kata-kata inspirasi daripadanya:,aku petik sedikit kata-katanya:-

"Jom audit diri kita. Berhenti dari melihat kesilapan orang lain sebaliknya audit dan betulkan diri kita terutama kecukupan solat kita. Jika solat kita tidak penuh bersedialah untuk mempunyai berbagai masalah di dunia dan di akhirat kerana kita dalam kemurkaan Allah bila meninggalkan solat. Ibu bapa jangan hanya sibuk mengejar A untuk anak anak kita mula dengan solat baru lihat perkara lain"@Prof Dr. Muhaya fb.

Prof Dr Muhaya:
"Manusia dihormati dgn akal. orang ditipu kerana tidak pernah berfikir. orang yang bijak akan memastikan apa dia buat adalah jalan selamat".

Prof Dr Muhaya
"Nak tahu kita baik atau tidak lihat di mana kita selalu berada di tempat baik atau tidak dan apa kita baca di facebook dan apa focus kita pada perkara baik atau tidak dan kita lihat kebaikan atau kejahatan. Lebih baik jadikan wanita solehah zaman Rasulullah dari mencari idola wanita sekarang yang tidak bebas dari kebatilan"

Prof Dr Muhaya
"Fikiran kita menentukan emosi dan tindakan. Jika rasa tak seronok hasil fikiran yang kita pilih. Pilih fikiran berbeza hidup akan berbeza. Kualiti kehidupan adalah kualiti fikiran kita. Jika kotor maka kotorlah ia".

BERDEBAR DENGAN KEPUTUSAN UPSR..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,berdebar rasernya utk menunggu keputusan UPSR,apapun keputusannya aku telah mencuba yang terbaik.InsyaAllah,semoga Allah memakbulkan doaku,amin.

Walau apapun keputusannya,aku redha dengan ketentuanNya.Semoga aku tersenyum kegembiraan pabila keputusan diumumkan kelak,insyaAllah.


LAHIRNYA SEBUTIR PERMATA..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku..long time no c:)...lama dah tak update kat sini..

hmm pd 9hb September 2011,lahirlah Umar...anak saudara sulungku...ibunya berpantang di rumahku utk seketika,jd seblum blk ke Keratong,dptlah aku bermain2 dgn dia,walaupun sebnrnya dia masih tak tau camne nak main sb kecik lagi hehe..senyum pun agak ssh bl diagah sb br sgt lg lihat dunia.

skrg Umar dh sbln lbh kat umah neneknya di Keratong,aku akan sentiasa rindukannya..kali nie aku tak perlu ssh hati lagi ataupun bersedih sb Umar akan sentiasa ada berhampiran dgn aku walaupun tidak setiap hari kerana satu waktu dulu,masa mak aku jaga budak2..bila mereka berpindah,aku akan buang semua gbr2 dan tak nak lihat permainan atau ape shj yg berkaitan dgn mereka sb aku terlalu rindukan mereka...aku sememangnya amat menyayangi kanak2 cuma aku jarang tunjukkan di dpn org dan bg mereka yg tdk begitu mengenali aku,tidak akan tahu sifat sbnr kl mereka hanya lihat pd luaran shj.

Tuesday 17 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU SEMALAM...

Assalamualaikum wahai Cahaya NurQasehku,maaf agak lama aku tidak mencoretkan sesuatu di sini...walaupun pada asalnya memang aku ingin mengotakan janjiku nak update blog nie sekerap mungkin tetapi kesibukan tugas dan keletihan selepas balik dari kerja menyebabkan aku hanya dapat 'update' dalam kepala sahaja hehe...

Oklah bercerita tentang sambutan Hari Guru semalam...Alhamdulillah segala-segalanya berjalan dengan lancar.Aku nak bercerita pasal persembahan murid-murid tahun 6 yang aku ajar subjek Bahasa Inggeris utk kelas diorang.Ada masa tertentu aku akan pasang video clips atau lagu-lagu mp3 semasa aku bawa mereka ke makmal komputer,selalunya masa PSV(Pendidikan Seni Visual),sambil-sambil diorang melukis,aku akan pasangkan lagu-lagu sebagai hiburan.Salah satunya lagu "Terima Kasih Guru" yang aku ambil dari YouTube.Melodi lagu ini memang menarik.Lagu ini adalah nyanyian penyanyi Indonesia.Dalam hati,memang aku berharap dan teringin kalau-kalau anak-anak muridku boleh membuat persembahan lagu ini sempena Hari Guru nanti.Namun hasrat itu aku simpan sahaja dalam hati.

Tercapai jugak hajatku akhirnya kerana pada pagi Jumaat 13 Mei 2011,2 orang anak muridku dari kelas Tahun 6 datang berjumpa dengan aku ketika sedang mengajar subjek PSV di dalam kelas Tahun 4.Mereka meminta lirik lagu ini dan memaklumkan akan membuat persembahan lagu ini pada Hari Guru ini.Dalam hati tentu sahaja aku benar-benar gembira...bagai dipucuk cita ulam mendatang.Alhamdulillah seolah-olah hasrat hati aku dapat dibaca oleh mereka.

Aku cuma sediakan lagu sahaja....sayang minus one takde...dah try voice removal tp tak boleh jugak...lagipun last min memang tak sempat nak buat.Gerak gaya persembahan semua diorang yg buat...idea yg kreatif...tahniah anak-anak muridku..hadiah yang paling istimewa sempena hari guru buatku..:)



SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2011

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia yang telah mendidik anak bangsa dengan penuh keikhlasan dan kecekalan.Walau apapun rintangan yang dihadapi,tetap tabah menghadapinya,hanya Allah sahaja yang membalas segala jasa baik anda dalam memberi pengajaran dan pendidikan kepada anak bangsa.

Thursday 7 April 2011

HMMM....TAK SUKER...TAK SUKER....(SORE ALA2 UPIN IPIN)...

Assalamualaikum wahai Cahaya NurQasehku,camne nak mula citer nie....oh ye baik aku mulakan dengan ape yang aku tulis kat twitter aku "Don't u hate dat ppl keep on talking about physical appearance almost everyday until you feel really sick n tired of it.n u feel that u want to just paste something on their mouth so they never ever talk d same thing again?!!....yup,itulah sebenarnya aku nak tulis....bosan tak kalau setiap hari kita diperhatikan..apa sahaja yang kita pakai jadi perhatian....malah pengkritik-pengkritik fesyen yang tidak berbayar ini dok sibuk mencari idea ape yang tak kena dengan tudung kita,baju yang kita pakai,fizikal kita,apa kita makan....sedangkan diorang dok sibuk mengkritik orang lain..ada yang tak sedar suaminya dah berkahwin lain..walaupun pinggang n pinggul dia lebih keding dari kerengga...orang-orang macam nie bila difikirkan..diorang sebenarnya sakit jiwa di dalam...mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang,bagi diorang satu kepuasan dapat menyakitkan hati orang....sebenarnya orang begini memang sepatutnya dikasihani sangat2..kesian...kesian...macam kata si rafi dalam madu 3....itula dia orang pompuan kan....komplen pasal kaler tudung kita tak matching la...baju nie tak padan ngan kita la..kl orang ikhlas dia akan tegur kita secara berdepan dengan kita aje...cakap pun elok2 aje..nie kl boleh nak satu bangunan sekolah dengar...kalau boleh difacebook,ditwitter,diblog nak orang tahu dia lah pakar dalam fesyen yang tak bertauliah...giler glamer...riak...berlagak..dan sewaktu dengannya orang-orang yang macam nie...kadang-kadang terpikir gak..eh bukan kadang-kadang,kerap gak terlintas kat fikiran aku..apela speselnya aku sampai dari baju,tudung semua ada jadi bahan nak dikomplen..sedangkan ada anak murid tegur aku.."teacher lawala arinie"aku pun jawab la"Alhamdulillah,terima kasih"...

Hah..kalau dah anak murid tego aku lawa..kira bagusla..yang penting penampilan aku di mata mereka...sedap mata mereka memandang....seronok dan bersemangatla mereka belajar...sedangkan yang kurus kering cam kerengga tak dapat pujian macam tue...ini bukan riak..sekadar menyatakan bahawa...kita hendaklah sentiasa bersyukur pada Allah sebab kita telah dijadikan sebaik-baik kejadian...walaupun fizikal tak sehebat orang lain...jaga kebersihan,jaga penampilan...wangian..(aku suker kalau anak murid bau aku wangi..salah satu cara mewujudkan juga suasana pengajaran yang 'segar')....yakin pada kebolehan diri...jaga lidah dari asik memandang kelemahan orang lain..insyaAllah naik 'seri muka' kita....

Aku bukan ape..bosan..kadang-kadang sampai aku raser..aku sorang-sorang aje..sebabnya..bagi aku banyak lagi isu penting yang boleh diceritakan dari balik-balik..tentang baju..bentuk badan seseorang...bagi aku,kalau la asik isu itu aje diketengahkan..menunjukkan..betapa rendahnya mentaliti,IQ orang-orang macam nie..dah 2011...zaman IT..zaman kita memandang ke hadapan...bukannya memandang ke belakang...

Pelik orang kita nie..orang Islam sendiri...mentaliti di tahap rendah...ye benar Allah sukakan pada keindahan,kecantikan...tapi penafsiran diorang nie salah...kecantikan yang dimaksudkan ialah..hati yang bersih..bila hati bersih akan terpancar keindahan di wajah kita....korang perasankan..ada orang yang kadang-kadang taklah cantik mane pun tapi ada sesuatu pada dia yang kita suker sangat-sangat tengok...ada orang yang lawa sangat-sangat..tapi lama kelamaan disebabkan sikap dia sendiri..hati yang tidak bersih...wajah yang dipuja terus menjadi satu kebencian..bagi aku biarlah aku tak cantik di mata manusia..tetapi 'cantik' pada pandangan Allah..insyaAllah cantik jugalah pada pandangan manusia nanti...

hmm..kalau tengok la citer omputih,contoh cam citer Glee la..yang downsyndrome,yang badan besar...yang tak cantik..diambil berlakon kerana bakat masing-masing..kl citer ugly betty...ada pasangannya..ada orang yang meminatinya...kl tgk Queen Latifah..ok je aku tengok penampilannya...tp kita kat sini...tidak mengakui bahawa setiap orang itu istimewa...setiap orang ada kebolehan masing2....tapi ternyata...kita masih jauh 'ketinggalan' dalam hal ini....*sigh*..apelagi yang dapat aku katakan..sayangi diri sendiri..bersabar dan redha...kalau aku tak boleh ubah cara dan sikap pandangan orang..sekurang-kurangnya aku boleh ubah pandangan aku terhadap diri sendiri..menghormati diri sendiri...yakin dan sayang pada diri sendiri...aku juga cuba menerapkan penekanan yakin pada kebolehan diri sendiri pada anak-anak muridku..semoga sedikit sebanyak adalah seorang dua yang akan mengingati dan mengamalkan apa yang aku ajar...

Wednesday 6 April 2011

HMM....APE-APE AJELAH...

Assalamualaikum wahai Cahaya NurQasehku....kenapala minggu nie cam minggu tak bersemangat aje...letih..ngantuk...raser cam nak cover tido berbulan2...balik je penat sangat-sangat...walaupun takde suami atau anak-anak kat umah...tapi masih lagi penat...mengaja memerlukan sepenuh tenaga...dahle oksigen makin kurang bila naik tempat tinggi...semalam masa naik bangunan baru...aku hampir terhuyung-hayang nak tulis kat whiteboard....kelas baru ok,lagi besar dan selesa...tapi semangat budak-budaknya aje masih ditakuk lama....sepatutnya kelas baru,suasana baru,semangat baru bertambah rajin nak buat keje..nie..buku tak bawak,pensel takde,keje sekolah tak buat...worksheets ilang...dan bermacam alasan lagi...anak tak pandai,anak tak buat keje...cikgu gak yang dapat 'namanya'...elok sangatlah tue...keberkatan ilmu makin lama makin kurang malahan dikhuatiri tiada langsung sebab diri sendiri yang tak amik tahu pasal pembelajaran anak-anak...kesian anak-anak murid aku yang datang ke sekolah kadang-kadang sehari dua aje dalam seminggu,alasan ikut ayah jual buah,ikut ayah pegi mancing,ikut ayah buat umah etc etc..lepas  tue datang ke sekolah tak tau ape..dah tahun 5 masih tak kenal sangat huruf,membaca dan menulis tahap kritikal...kerja sekolah tak tahu,malas dan memang sengaja tak nak buat...ilmu susah sangat nak masuk dalam jiwa dan hati mereka...mesti ada silap kat mane2....senang citer la...dr awal seblum dilahirkan ketika ibubapa bersama adakah amalan berdoa terlebih dahulu dipraktiskan....pastu dalam perut,dari segi pemakanan,ibubapa bertanggungjwb memberi makanan yang halal sumbernya kepada anak2 mereka...perlu dididik dengan ilmu agama dan adab2 kesopanan...ini parents pun 2x lima pastu berharap cikgu membentuk anak mereka tapi ada peraturan itu ini yang boleh dan tak boleh...malas aku nak citer panjang....cuba jalankan tanggungjwb sebaik mungkin..semoga ianya mendapat keberkatan daripada Allah,amin.

Tuesday 5 April 2011

SEDIH,TERLUKA,TERASA HATI..HMM..TAPI ALAH SMALL MATTER AJE..REDHA DAN BERSYUKUR!

Assalamualaikum wahai Cahaya NurQasehku...hmm...camne nak stat eh..oh ye pagi tadi cam biasa aku bangun kul 4.30 pagi..bertolak  ke sekolah  kul 5.40 pagi...aku tido agak lambat semalam..actually aku memang selalu tido lambat..tapi disebabkan nak memandu jauh..kul 11 lbh tue dah dikira memang lewatla ..ape  taknya nak bangun kul 4.30 pagi...tapi tidonya lewat..bape jam je tido...pastu lak..bape kali aku asik terjaga aje...sementara nak tunggu loceng bunyi kul 4.30 pagi..adei seksanyala...pastu lak...meeting dkt kul 6 baru abis..seharian di tempat keje...penat,letih and ngantuk...

Eh aku nie nak citer pasal ape nie..lupe lak :D...yela mata pun dah ngantuk..kelopak mata pun cam takleh tahan nak terkatup aje..tapi dasar 'degil'nya aku nie...nak gak teruskan mengupdate :p...

Hmm...camne nak citer nie ye..actually tajuk je cam gempak tapi ok dah nie..walaupun masih lagi ada raser tak puas ati gak...aku nie jenis tak bape pandai la nak tunjuk2 depan orang..aku nie jenis 'tersembunyi' sikit...kadang-kadang ape yang dilihat dengan mata kasar..tak sama dengan kl  tengok ngan 'mata hati'...orang mudah sangat judge aku kemudian assume itulah aku yang sebenarnya...sedih sebab apa yang aku buat tak langsung di appreciate walaupun bukti dah ada dah...aku sebenarnya tak tau ape lagi bukti yang diorang nak...mungkin sumbangan aku tak banyak..tak macam orang lain..tapi nak buat macammana...hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku dah buat dan apa yang aku bercadang nak buat demi untuk..hmm..maybe korang faham sendiri kot..kalau tak faham abaikan ajelah ye....hmm takpela..semoga tahun nie..aku  perolehi kecemerlangan yang lebih lagi,insyaAllah....amin.

Aku nie dah le jenis yang tak banyak cakap..satu lagi masalah yela....bila orang suruh aku bagi penerangan atau idea..aku jenis tak retila nak explain kat orang..aku suker buat dulu..bila dah terbukti...barulah aku boleh bagitau..tapi itupun kadang-kadang aku biarkan aje orang cari jawapan sendiri...inilah aku..dan aku raser aku harus terima inilah sebahagian dari diri aku...takpela kalau ada hati-hati yang kurang senang dengan cara aku...aku dah biasa camnie...adei tetiba cam syahdu nak nangis la pulak...padahal korang mesti blur ape ujung pangkal aku nak citer nie..takpe..biarlah rahsia:D...mungkin sambil-sambil aku update nanti...korang leh faham ape yang aku maksudkan..

Sunday 3 April 2011

AKHIRNYA...UPDATE GAK STATUS TUE YE PAKCIK HAHA...

Assalamualaikum wahai Cahaya NurQasehku....ape nak citer nie ye..ce citer..ce citer kat aku...hehe..alkisahla..ada sorang hambaAllah nie..yang mempunyai followers tersendirila termasukla terselit aku nie hehe...siapakah orang itu...SHHHUHH(jari letak kat mulut)..diam-diam...tengok sebelah kanan..tengok sebelah kiri..ada orang?takde?takpe..teruskan membaca :D..kalau bernasib baik dapatla jawapannya...

Aku pun tak ingat sebenarnya...mungkin dalam 3 tahun agaknya aku mengikuti perkembangan pck lv nie..semua orang nak tau and of course nak amik tahu pasal status dia..tapi takde siapa berani bertanya..mahu dalam blog,dalam fb ataupun twitter dia...aku nie jenis jarang tinggal komen kat fb dia..kl ada benda penting sangat-sangat...baru la aku anta private message kat fb..itupun kl aku raser benda tue penting la..penting bagi aku tapi tak penting bagi pck lv nie hehe..tapi yang best dia kerap gak le reply message aku kl aku anta..tima kacih pakcik hehe...

Err...apa sebenarnya aku nak citer nie hehe...oh ye pasal status diakan..dengarnya dia nie Mr.Dadu sebelum nie...EXample dia cantik gak orangnya...walaupun takde dalam fb dia..disebabkan aku nie 'pakar' skodeng yang 'tersohor' antara err...mereka yang amatur dalam bab-bab sekodeng nie hehe...maka dapat gakle nengok gambar-gambar EXample dia...memang cantikla...tapi tak tau nape leh...terDIvalak antara mereka berdua...pastu ari berganti ari..bulan ganti bulan..tahun ganti tahun..status fb akhirnya bertuka kepada "YEYE POKcik Dah Kawin laaaaaaagi"...err "kof..kof"..terbatuk aku jap nie..sori eh hehe...aku ingat nak congratulate je dia kat fb..tapi takleh..last-last aku buat kat status fb aku aje la...nasib la kl dia baca n tau...kan ke senang nak ngaku...sebabnya...kl seseorang tue hebat...humble...low profile..tentu sahaja followersnya tetap ada tak kisah la dah kawin ke tak...tapi aku percaya kat satu 'sidang' tepi-tepi kain orang nie..mesti ini satu berita gempar dan mengecewakan...hehe.....redha ajelah wei....kalau dah dok kat bumi masakan buleh menggapai sesungut alien dilangit haha...To Pokcik...congratulations...kl rajin aku send kat private message dia..kl tak rajin...aku kim 'telepathy' ajelah haha...

Oh ye lupa plak nak ce citer..."KEte baru" dia...aku 'berjaya' skodeng gak haha..mirip ruper EXamplenya yang dulu...taste-taste dia yang gitu-gitu gak....wah...akhirnya dapat gak aku MOKcik TIri baru hehe...jangan marah aa..nanti kena jual hehe...

BANGUNAN BARU...

Assalamualaikum wahai Cahaya NurQasehku...asik buka new post tapi updatenya tidak gak hehe...ape citer nak citer eh?...Alhamdulillah sakit kepala aku dah beransur sembuh..lebih relax dan tenang skrg..adala sekali sekala tue masih lagi ada raser sakit tapi dah tak sekerap dulu...

Mulai esok insyaAllah,murid-murid aku akan berpindah ke bangunan baru..hari khamis aritue,masa koko digunakan untuk membersihkan kelas dan mengemas kerusi meja....dah namanya budak..adala yg 'gatal' tangan nak usik itu ini...

Nak jadikan citer..dalam sibuk-sibuk tue,terdengar la bunyi loceng yang teramat panjang..mulanya ingatnya loceng kat bangunan lama.makin bingit telinga dengar...rupa-rupanya ada budak yang usik loceng kecemasan untuk kebakaran...kelam kabut la cikgu-cikgunya nak membetulkan...sampaikan kena kol bomba tanya mane nak offkan..kl tak kena tunggu diorang datang la kot...kat situ tulis 'break glass..'..agaknya dia pun apalagi nak sangat-sangat press the button....dia pun break d glass le...bila ditanya..dia kata "saya gagal kawal diri saya..saya memang raser nak tekan aje"...ini jawapan dari budak lelaki darjah 5...eii..geram tul kitaorang...

Yang lawak cikgu-cikgu nie siap teased aku lagi.."nampaknya objektif  P&P (pengajaran dan pembelajaran)teacher telah tercapai"...sbnya budak tue..break the glass n press the button...haha very funny la kekawanku...

Pada hari Jumaat,kami semua mengadakan bacaan Yassin di bangunan baru tersebut..ramai-ramai sekali dengan anak-anak murid di dalam bilik JQAF.

Aku tak pasti kekerapan aku akan naik ke atas..memandangkan tingginya bangunan tue..tak sure sama ada aku akan 'rasmikan' pengajaran subjek aku dalam kelas baru minggu nie...mungkin kot..cuma disebabkan aku nak gunakan LCD...untuk pengajaran grammar...sekiranya tiada guru menggunakan makmal(ada jadual telah diberi,cuma kadang-kadang aku 'bermastautin' kat lab kl takde org lain yang guna)...aku akan bawak anak-anak murid aku turun...

Buat masa nie LCD takde lagi dipasang di bangunan baru...lagipun biasanya aku suker pasang videoclips yang menghiburkan atau melucukan antara awal pengajaran...ataupun dah nak abis masa..apapun bergantung pada mood aku gak..dan situasi murid-murid itu sendiri..

Friday 25 March 2011

BERITA YANG KURANG MENGHEPIKAN AKU....TP REDHA AJELA...

Assalamualaikum wahai Cahaya NurQasehku,balik je dari sekolah tengahari tadi...pas makan etc etc...aku pun terlelap la kat sofa...punyala letihnya...seda-seda...dah dekat 6.30pm..lama jugakla terlelapnya...

Tak seda bunyi mesej tuan umah sampai...of course tak dengar sebab aku sedang lena beradu...alahai sewa umah nak dinaikkan..alasan dia tengah hadapi masalah kewangan...hmm aku pun nak tak nak terima ajelah..takan nak pindah tempat lain kot..ingat senang ke nak carik umah sewa kat sini...kiranya sewa aku nie murah gak le dulu..tapi dah naikkan nie mahal la gak..sama taraf cam dok kat kl aje...padahal bukan kawasan bandar pun...dekat sekali ganda setengah naiknya....hampir nak dua kali ganda...*sigh*..nie mula nak stat mengeluh nie..tapi yela tak baik pulak....redha ajelah..kena la belaja betul-betul berjimat dari sekarang nie...semoga Allah memudahkan segala urusanku dan senantiasa memurahkan rezeki ku,insyaAllah,amin.

JAMUAN LAUK ITIK....

Assalamualaikum wahai Cahaya NurQasehku,alhamdulillah hari ini tercapai hasrat aku nak buat jamuan kat sekolah.Sebenarnya dah lama aku nak buat tapi disebabkan ada hal yang tertentu yang tidak dapat dielakkan asik bertangguh aje.Aku tahu ramai yang mungkin tertanya sebab musabab jamuan ini diadakan,kat noticeboard masa aku tulis jemputan tue,aku tulis ayat-ayat bergurau mengatakan jamuan diadakan sempena kutipan memberangsangkan (jumlah takleh tls hehe kang salah tafsir lak:D) mengalahkan kutipan sebuah filem(judul dirahsiakan atas2 sebab err takde sebab hehe)...Hikayat Merong Mahawangsa...citer yang aku dah tengok 2 kali dan raser cam nak tengok lagi :D..

Cukuplah sekadar aku cakap,ianya majlis 3 ataupun 4 in 1...antaranya kesyukuran sebab ayahku dah pun keluar dari wad dan syukur kerana Allah masih memanjangkan umurnya dalam keadaan yang getir dan cemas yang kami lalui dulu di ICU..pengalaman yang aku takan lupakan sampai bila-bila..antara hidup dan mati....dan sebab-sebab lain biarlah menjadi rahsia aku...insyaAllah ada rezeki,aku nak buat lagi jamuan tue.

Aku tahu tak ramai yang tahu atau minat nak makan itik...itik nie memang sejak dari aku kecik memang lauk wajib especially masa ari raya,arwah nenek sebelah ayah yang kupanggil 'makwo',memang selalu masak lauk itik...masak kari tapi bukan kari biasa,kari yang memang rempah dia kaw2 punya hehe..pekat,melekat..sedapppp...!!..

Mungkin disebabkan sebelah ayah ada keturunan Cina,maka lauk itik memang wajib bagi kitaorang...itik nie memang best kalau disalai sedap bila masak kari ataupun masak lemak cili api dan sewaktu dengannya.Puas jugak aku nak carik itik...biasanya aku pesan itik salai kalau adik aku balik umah mak mentua dia kat keratong,on d way tue akan jumpa la satu gerai tepi jalan yang ada jual ikan semilang salai,puyuh,itik salai,nyum nyum..sebut pun dah terliur membayangkannya..

Nak tunggu dia balik tak pasti bila...lagipun adik ipar aku tgh pregnant skrg,kesian dia tak larat..maklumle baru lagi...kl jalan jauh..terentak-entak bahaya gak...

ok berbalik citer pasal itik nie...akhirnya aku jumpa gak lah itik nie...yang pembungkusan tulis halal..sb kl ada itik pun cuak gak nak bli kalau takde logo tue...Alhamdulillah...dapat la aku bli dengan itik panggang sekali...masa tue elok2 itu je tinggal tak banyak...ramai yang beli agaknya la...itik panggang disebabkan sebelah je aku dapat..aku panaskan,makan sendiri ajelah..itik-itik yang fresh tue aku mintak kakak kantin tolong masakkan untuk jamuan.Adalah disediakan beberapa lauk lain sebabnya tak ramai yang 'berani' nak makan apabila diberitahu yang masak rendang tue adalah itik..kl disalai memang lagi sedapla...apapun Alhamdulillah..jamuan berjalan lancar.Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menjamah lauk yang tak seberapa tue..:D..

Thursday 24 March 2011

KELOPAK MATA RASER NAK DISEPIT AJE....

Assalamualaikum wahai Cahaya NurQasehku,aku baru saje siapkan carta organisasi persatuan dan list ajk..sebenarnya dah lama dah siap...tapi ada la tambahan lagi nak buat...dah siap lebih sebulan..antanya tak gak..aku asik lupe..terperap ntah mane2 kat celah2 buku aku yang berselerak tue....

Memang pun meja aku berselerak..cam tongkang separuh pecah...kl tgk cikgu pompuan lain elok je kemas..aku nya tempat..hmm...asal aku try kemas aje..bertahan kejap aje..pastu selerak balik..sebabnya bila kemas..aku tak jumpa nak cari barang yang aku nak....yang pelik bila berselerak..senang lak aku nak cari barang...aku raser aku takleh keje dalam keadaan yang terlalu 'kekemasan'..itu aku la....err..nie mak mentua nak bt menantu nie mau pikir 55 kali nie...hehe....

Banyak nak citer sebenarnya...kl tak perlu menaip...data kat kepala leh ada wayar leh sambung kat USB port lama dah aku buat..sure berjela-jela panjangnya blog aku nie :D....

Stat dr senin aritue..nak g skolah..kelopak mata berat sungguh nak dibuka...pagi tadi...kelas aku stat 8.10 pagi..semalam lak...kelas aku bermula kol 7.40 pagi...adei kelopak mata bagai ditarik-tarik untuk terkatup...ini kes coti lama la nie...agaknya la kot...sekarang pun aku taip separuh terbuka kelopak mata..err camne eh..kl tertutup masa menaip...ntah ape2 huruf la kuar agaknya ye...

Oklah sambung esok,lusa....aku nak mimpi si Jonah nie...hehe...sweet dreams semua...stat kira kambing biri2...buat steak mmg sedap nie hehe...

Tuesday 22 March 2011

HARI PERTAMA SEKOLAH...ALHAMDULILLAH SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI YANG DITUJU..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,..Alhamdulillah selamat sampai ke sekolah dan selamat sampai ke rumah.Aku bertolak agak lewat pagi td hampir pukul 6 pagi..biasanya aku akan bertolak seawal 5.30 pagi atau paling lewat 5.40 pagi,tapi pagi tadi walaupun aku bangun awal cam biasa iaitu dalam 4.30 pagi,tetapi biasalah kadang-kadang kita plan lain tapi jadinya lain..semuanya dengan izin Allah,takpe biar lambat asalkan perjalanan aku selamat,Alhamdulillah sampai ke sekolah dalam pukul 7.15pagi,syukur masih sempat dan awal sampai.

Memang letih dan mengantuk sebab aku tak berapa nak tidur malam tadi,tidak dapat melelapkan mata selenanya..cam biasa memang begitulah aku...jadi agak mengantuk dan keletihan pagi tadi. Alhamdulillah,dengan izin Allah,perjalananku selamat dan dilindungi oleh Allah di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi yang dituju.Aku siap sembur I Fresh(yang telah pun dibaca ayat-ayat al-quran) kat muka,telinga dan leher untuk elak mengantuk dan sembur dalam dan luar kereta..itu hanya usaha..selebihnya dengan izin Allah,Dia yang menentukan segala-galanya...Selain dari tue..memang setiap kali drive pergi balik kl-lanchang,cd alunan ayat-ayat Al-quran sentiasa mengiringi perjalanan aku..supaya tak terlalai dan terleka di dalam perjalanan,Alhamdulillah dengan izin Allah,segala-galanya berjalan lancar.

Hari ini kelas aku sampai pukul 3 petang sebab ada kelas tambahan pada waktu petang...jadual aku paling lewat aku balik pada hari Rabu dan Khamis iaitu 2.10 petang.Penat tapi masih menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan seperti biasa namun agak sedikit kecewa apabila murid-murid ada yang kurang memberikan kerjasama..alasan yang mudah,biasa dan naik jemu aku dengar ialah'buku tinggal di rumah"...cuti seminggu,bermakna segala buku teks,buku rujukan,buku latihan etc etc yang berkaitan dengan sekolah tertutup sama.Pemantauan di rumah adalah tanggungjawab ibubapa..ingat ibubapalah yang membentuk dan mencorak mereka menjadi majusi atau nasrani...dalam erti kata lain...atau yang mudah...mereka yang banyak menghabiskan masa dengan anak-anak...jadi jangan dilepaskan tangan begitu sahaja...perlu ke aku komen panjang-panjang?tak perlu sebab bagi penerangan atau komen lebih-lebih pun tak guna,yang penting jalan kan tanggungjawab yang sewajarnya dan biarlah Allah yang menentukan sejauh mana keikhlasan tanggungjawab itu dilakukan.

Sampai ke umah,dah bukak pintu pagar..aku terlupa ada barang yang aku kena amik kat kelas memandu seberang jalan Lanchang Lama berhampiran pejabat pos..haish!leceh la pulak...nie mula raser nak merungut nie..tapi..tak baik la merungut-rungut nie...aku pun drive la gie sana...sebenarnya barang nie sampai lama dah..dah seminggu masa aku cuti sekolah aritue...orang tue kol aku kata ada barang sampai...aku geram betul kalau pesanan aku dihantar melalui syarikat courier yang satu nie...syarikat courier lain elok je leh masuk anta barang sampai sekolah aku..boleh lak dia kata dia tak masuk dan tak tau jalan..nie bukan kali pertama company yang sama buat hal camnie...aku pun manelah nak tau pesanan barang aku dihantar dengan courier yang nie...sekolah aku bukannya dok pendalaman walaupun dalam kawasan kampung...agaknya dia dengar nama sekolah aku,dia ingat aku dok kat nun jauh pendalaman ke ape agaknya..walaupun dia ikut jalan lama..tp still leh sampai sekolah aku...senang sangat..kl ikut highway lagi la senang..tepi highway Lanchang aje..ke depan sikit...ape daa...badan dahle penat..bangun seawal pagi,nak g amik barang lagi ....aku tak kisah tentang keje aku...itu tanggungjawab dan aku sayang kerjaya aku..aku nak luahan raser tak bape puas ati ngan pesanan barang nie aje...apesal courier lain leh sampai..yang nie malas sangat-sangat nak anta ke sekolah?!!

Bila sampai umah,biasanya yang aku tengok dulu pokok bunga raya aku yang tuan rumah tanam...bukan ape..elok-elok lebat berbunga..asal cuti sekolah aje..adala orang yang buat operasi mencantas sampai tinggal sebahagian kecil aje pokok tue..antara lain senang cakap la 'togel' pokok aku dicantasnya..aku tau sape punya keje..tapi sebab aku sorang-sorang kat sini aku banyakkan la istigfar n bersabar....dah masuk 7 tahun aku duduk sini..itula yang jadi tiap kali cuti sekolah..tak kira seminggu ke,2 minggu ke..sebulan ke..balik je togel!...Siang tadi..agak surprise sikit sebab aku dapati pokok bungaraya tue masih lebat bunga dan daunnya...dan ada 'cobaan' untuk mencantas...tapi macam tak berjaya aje...walaupun kelihatan ada batangnya yang dah terkulai beberapa tangkai...Alhamdulillah dengan izin Allah..mungkin 'berjaya' agaknya strategi aku tue....iaitu bercakap dengan pokok tue"wahai pokok..kuatkan semangat..jangan bagi sape2 ganggu ko..biar gunting dia patah ke..cabut ke..sebab nak cantas ko"..err..leh caya ke nie?hehe..takde la...baca doa aje.. sama ada makbul doa aku ataupun nasib aku baik kali nie..apapun Alhamdulillah...

Sunday 20 March 2011

SAJA NAK KONGSI CITER....

Assalamualaikum wahai Cahaya NurQasehku,tahun lepas kat facebook ada la ternampak video kumpulan ni...dan kemudian aku download dan boleh kata tiap-tiap hari aku tengok..kreatifnya koreografi diorang dan berbakat semua anggota kumpulan tersebut.Masa aku baca komen kat video tue...kat fb..tak tertulis siapa mereka..dah download kat internet baru tahu yang ni group accapella,students dari University Oregon...nama kumpulan On The Rocks..OTR...mmg btl creative la tarian diorang..suara pun best..:)

Dah lama masa berlalu(haha macam buku citer lak...cam yeye aje hehe)...baru-baru nie ada buat sesi tayangan video clips..pastu perasanla lama dah tak tengok video nie..jadi aku pasangla..masih lagi menghiburkan walau dah tengok berkali-kali..tak jemu...yang popular mmg bad romance la..walaupun lirik lady gaga tue tak membantu perkembangan minda..the lyrics are not helping u to develop ur mind..opps stat tls omputih lak nie..hehe..tp tenor/penyanyi dia bawakkan lagu tue dgn best sekali...teruja mendengarnya..sb tue dengar banyak kali pun tak jemu...tengok tarian diorang pun still nak gelak sampai sekarang....

Cuti nie sempat download hampir semua video diorang kat Youtube..boleh lak aku tengok berulang kali especially kl penyanyi utamanya Jonah Seitz yang nyanyi..jatuh cinta lak aku dengan dia nie hehe..suara best...renungan matanya mmg mengancam...cantik mata hehe..senyuman mmg comel n manis...mungkin pandangan mata aku berbeza,yelah kecantikan itu terletak pada mata yang memandangnya..ye tak.....setiap org special.....err berbalik pada citer group nie..founder dia Peter Hollens,sorang lagi musical director dia Josh Heying...memang kreatif..itu antara yang aku kenal la..yang lain-lain tak silap Nick Firth,Jeff Rogers dan paliiinggggg aku suker sangat2 hehe..Jonah Seitz...tapi sayang untuk 2011 nie...diorang dah takde..sb dah grad...kumpulan nie setiap tahun tak silap aku buat audition untuk anggota baru..siap ada muzik video promote universiti dia Oregon University...semangat pulak aku nak sambung belaja balik nie...nak belaja lak kat situ hehe..tapi ala cam dah terlambat aje..kan ke best masih muda remaja..belaja kat situ..dapat lak tengok persembahan group nie setiap Jumaat kul 4 petang kl tak silap depan students lain,sape2 yang nak tengok,akan pegi tengok diorang buat persembahan....bestnya kl leh masuk mesin masa haha...imaginasi...imaginasi...dapat berkenalan ngan si Jonah nie hehe...*petik jari*..aku masih lagi berpijak dibumi nyata..:D...layan angau sekali sekala hehe...

Tadi sempat surf kumpulan nie punya barang-barang online..giler lak nak beli...leh ke anta kat sini..aku geram ngan t-shirt2 dia ...simple design tp sangat cantik...mug dia...buat koleksi kan ke best...kat official web ada jual cd..lagu-lagu ada kat iTunes...hmm..duk sini payahle nak bli wpun boleh online..online kat Malaysia aku leh le bli lagi..itupun kadang2 ada yang lambat jugak...teringin tul la...

Sekarang dalam external hardisk..ada satu folder khas video n lagu2 diorang...aku cek kat fb group diorang..sekarang nie dah banyak tuka anggota baru gantikan ngan yang dah grad....tp it's not the same la without Jonah Seitz,Peter Hollens,Josh Heying n d rest yang dah jadi alumni...harap-harap la u guys can get back together again and form ur own group...mesti best punya..tp ialah sekadar luahan di blog aje...lain le aku leh kol diorang..and aku kawan-kawan sekolah diorang ke hehe...setiap hari la aku dok ulang2..video bad romance yang ada byk version tue...sb Jonah yang nyanyi hehe...ngan lagu pour some sugar on me..yang Jonah n d gang nyanyi dlm rancangan sing-off...diorang tak menang..tp masa nyanyi lagu untuk ucapan selamat tinggal tue dengan penuh bergayanya...dalam tuela aku tengok senyuman si Jonah nie paling sweet sekali...jarang aku tengok org kalah senyum dengan manis n nampak boleh terima kekalahan...nie satu group senyum hepi je..yela sb diorang tahu..bukan 'rezeki' diorang agaknya...lagipun kalah dengan penuh bergaya...ramai peminat dan dapat tepukan gemuruh gak dari penonton....

Sekarang nie aku follow twitter Jonah Seitz ngan Peter Hollens...follow gak twitter On The Rocks....

























CEPATNYA MASA BERLALU...


Assalamualaikum wahai Cahaya NurQasehku, terasa cepat benar masa berlalu pergi...menghabiskan sepanjang cuti di rumah.Aku sebenarnya memang jarang pergi bercuti ke mana2,apapun Alhamdulillah..walaupun tak pergi bercuti di mana-mana,seharusnyala sebagai hamba Allah,aku tetap memanjatkan rasa kesyukuran kepadaNya kerana aku masih lagi mempunyai kudrat,masih lagi diberikan kesihatan yang baik walaupun adakalanya sudah lumrah sebagai manusia, kesihatan kita adakalanya tidak begitu mengizinkan,namun itu semua anugerah dan dugaan drpd Allah yang harus kita syukuri.

Akhirnya habis jugak aku menanda kertas peperiksaan untuk murid-murid tahun 5...birumata hitamku..melihat jawapan-jawapan mereka...amat tidak berpuas hati..namun aku cuba sebaik mungkin menenangkan perasaan ketika melihat jawapan-jawapan tersebut kerana dibimbangi aku tak dapat menghabiskan kesemua kertas2 tersebut kerana sakit kepala.Kebiasaannya permulaan cuti sekolah,hari Sabtu dan Ahad aku dah habis tanda semua kertas dan cuma perlu memasukkan data yang perlu tetapi kali ini agak lambat..sebab sakit kepala sangat...doktor sini kata migraine..doktor sana pulak kata sakit lain...nie mane satu yang betul entah,aku pun tak tau...dulu ada suggestion dr doktor untuk scan kepala(betul ke apa aku tls nie?)...tp smp sekarang aku tak buat apa-apa pun...

oklah aku nie masih lagi nak 'warm up' menulis ini...idea masih kurang dan kalau adapun mungkin aku tengah pikir cara-cara nak menulis ayat-ayat yang sesuai..agaknyalah kot..rasa kekok pulak sebab dah lama tinggalkan menulis di blog....