Total Pageviews

Saturday 14 June 2014

MAAF SAYA TAK MACAM AWAK...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,aku nak bercerita tentang betapa manusia ini mementingkan bentuk fizikal dan keterampilan seseorang sehinggakan kalau sekiranya kita tidak berpakaian seksi,ketat,ramping,langsing dan jelita seperti mereka,kita akan dipandang atau dilayan tidak sepertimana layanan yang diberikan kepada mereka yang bergaya ini.

Bila masuk ke kedai untuk melihat-lihat barangan yang dijual seperti pakaian ataupun tudung,agak rimas bila sering diekori oleh jurujualnya sehinggakan jarak antara kita dengan dia langsung takde ruang untuk seekor lalat menyelit,Asik diperhatikan,mengundang ketidakselesaan untuk memilih barangan.Satu lagi panggilan yang diberikan kepada kita,oleh kerana aku tak pakai jeans ketat,baju yang trendy,hanya blouse biasa dan slack sahaja dengan tudung yang labuh panggilan 'makcik' yang keluar dari mulutnya.Bayangkan sekiranya ada wanita lain yang jauh tua usianya,wanita yang telah bercucu dan memegang tongkat..adakah panggilan nenek sesuai untuknya ketika dia membeli belah?

Panggilan seperti Cik atau pun Puan kan boleh,sekiranya kita tak tahu akan status orang tersebut,bagi aku panggilan Puan sudah cukup menunjukkan tanda hormat dan prihatin mereka.Bukanlah aku kata panggilan makcik itu tanda tidak hormat,namun adakalanya panggilan itu juga membuatkan pelanggan rasa tidak selesa untuk meneruskan pembelian di situ.Seorang wanita cantik,tersangatlah voguenya,jauh usianya dari aku boleh dipanggil kakak dan aku yang berpakaian longgar dan bertudung agak labuh ini dipanggil sebagai makcik hanya kerana tidak bergaya seperti dia?Begitulah pandangan manusia.

Satu hari aku ingin membeli perfume di salah sebuah pusat membeli-belah.Aku sebenarnya tidak berminat langsung dengan jenama perfume yang satu ini tetapi aku rasa teringin mencuba memandangkan perfume aku pun dah nak habis.Datang seorang wanita menghampiriku,katanya dia wakil jualan perfume jenama dot dot dot dr HQ.Aku tersenyum ajelah dan mencapai salah satu perfume tersebut di atas rak.Cepat aje wanita tue kata kat aku,yang ini untuk remaja je Puan.Owh,terasanya hatiku...:(..dalam hati aku berkata 'sukahatilah aku nak pakai perfume apepun,aku boleh bayar harga perfume tue...duit aku kan..suka hati aku nak pilih yang mana satu yang aku berkenan).Aku pun dengan muka yang cuba dikawal expresi nak marahnya,buat-buat la senyum.Oh untuk remaja ye..kataku sambil raser eii cam nak jerit je kat dia..saba saba...dia lalu mencadangkan beberapa perfume untuk orang 'dewasa' kononnya la...apabila aku cuba untuk membau salah satu perfume,lagi sekali dia berkata 'yang ini untuk orang yang aktif,kalau orang macam puan seeloknya pakai yang ini sambil menunjukkan perfume yang satu lagi.Arghhh...tensennya aku...saba saba..baru je nak pegang dan nak try bau..kalau aku nak beli pun sukahati akulah sebab aku sukakan baunya...rasa nak dush dush 99x aje dia nie...reaksi muka masih lagi cuba dikawal...akhirnya aku memilih salah satu perfume dot dot dot..setelah berpuas hati dengan baunya...kemudian aku dicadangkan untuk mengambil satu krim muka.Katanya krim ini bagus..ada satu bahan kimia apa ntah..aku bukannya bidang tue nak faham semua benda nie..boleh buat kulit muka kita nak tersenyum..err yeke?hmm...katanya "mak saya pun pakai..suka sangat dia sampai tak tuka dah jenama lain"...err Mak dia?haish...dia ingat aku nie sebaya mak dia ke...waaaa...ntah-ntah umo dia ngan aku lebih kurang aje...mentang-mentangle aku tak ramping n tinggi macam dia,pakai slack longgar aje,pakai blouse yang labuh nak sampai ke lutut,tudung saiz xl yang bertingkat2 dan dua warna,muka hanya pakai bedak compact Syurah and lipstik aje...saba saba...dengan kawalan emosi dan think positif bahawa yang penting pandangan di sisi Allah,aku pun tarik nafas dan dengan wajah yang cuba dimaniskan juga,berlalu pergi tanpa membeli krim muka yang dicadangkan.

Selama mana pun kita touch up,make up cantik-cantik,pakaian trend terkini,vogue mengalahkan mat saleh,yang harus kita ingat adalah bagaimana rupa paras kita bila kita jadi jenazah nanti,adakah tersenyum dan berseri semasa kita masih hidup ataupun bertukar rupa kerana kurangnya amalan kita kerana lebih pentingkan sanjungan manusia?Bagaimana pula pakaian glamer kita tue...adakah akan digunakan untuk membaluti tubuh kita ataupun sehelai kain kapan berwarna putih menjadi pakaian kita nanti?Kalau ini lah yang kita semua fikirkan tentu sahaja tidak ada perasaan memandang rendah pada rupa paras dan fizikal orang lain.Alhamdulillah aku bersyukur dengan rupa paras yang diberikan dan bentuk tubuh badanku,baguslah begini sekurang-kurangnya tidaklah aku nak pakai ketat n seksi-seksi biarpun nampak tak menarik di mata mereka.

1 comment:

  1. Diorang ni ptutnya kena gi kursus camna nak berinteraksi dgn pembeli...

    ReplyDelete