Total Pageviews

Wednesday 12 September 2012

NOSTALGIA KUACI BIJI LABU...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku...hmm..menaip sambil kunyah kuaci favourite aku..pumpkin seeds:).

Ingat masa dolu-dolu,zaman gie Singapore,zaman gie umah pakwo and makwo kat Datuk Keramat..aku panggil arwah datuk dan nenek dengan panggilan pakwo and makwo,ringkasannya Wo aje...kalau moyang,baru aku panggil datuk dan nenek...sampai kat generasi aku...panggilan pakwo dan makwo macam dah tengggelam dengan arus zaman..sayang betulla:(...aku memang antara cucu kesayangan zaman2 aku dulu2la hehe...bapak-bapak sedara,pakwo and makwo sedara suka belikan aku koci/kuaci putih nie.Yang kelakarnya masa tue aku ingat kuaci putih yang selalu aku makan tue kuaci bunga matahari:).Mungkin cap kat plastik pembalut kuaci tue agaknya lambang muka matahari..ntahle aku pun tak ingat..zaman bebdk dulu-dulu:)...zaman tue kalau aku makan kuaci putih nie..berplestik-plestik pun aku sanggup abiskan..(hehe exaggerated sikit hehe...tapi memang boleh abiskan 2/3bungkus...sedap sangat2:).

Setelah berpuluh tahun,tetiba satu hari pada awal bulan nie..tetiba nostalgia kuaci putih menjelma semula..tetiba je raser cam ngidam la pulak..teringat-ingat..jadi satu hari aku ke kedai untuk membeli kuaci putih...cari punya cari akhirnya jumpa juga..yang kelakarnya(bagi aku la lawaknya hehe)...selama ini..'mati-mati' aku ingat kuaci bunga matahari..walaupun bila dah semakin dewasa aku sedar akan ketidaklogikan ruper kuaci tue ngan biji bunga matahari,namun aku membiarkan imaginasi cap kuaci bunga matahari itu terus 'kekal' di minda aku sehinggalah bila aku mulai membelinya sendiri barulah mindaku menyakinkan aku bahawa sangkaan ku selama ini adalah salah:)..ish..ish..ish...:)..

Setelah bertahun tak makan dan dah lupa bagaimana rasernya...maka aku pun try le kalau-kalau rasernya masih serasi dengan tekak dan lidah aku...ternyata 'kami' masih lagi serasi...nyum..nyum..I love u pumpkin seeds hehe...





Sunday 2 September 2012

ISTIKARAH CINTA...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,lagu ini asyik terngiang-ngiang di telinga aku...lirik yang sangat puitis dan indah...Istikarah Cinta nyanyian:Sigma.Bagiku lagu nasyid ini begitu indah dan membawa maksud yang mendalam dalam hatiku. Kepada Allah ku serahkan segala-galanya.Cinta aku pada Allah mengatasi segala-galanya,aku mengkagumi dirinya kerana Allah  dan aku juga merinduinya juga kerana Allah.Cinta aku hanya pada Allah SWT. Allah telah menentukan apa yang terbaik kepadaku...redha atas segala-galanya...Alhamdulillah atas segala kasih sayangMU Ya Allah...

ISTIKARAH CINTA

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta.. 

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,terlambat 2 ari post nie :)...sambutan kemerdekaan pun dah disambut pada 31 Ogos 2012,cuma aku nak share gambar-gambar yang diambil pada sambutan Ambang Kemerdekaan 30hb Ogos aritue...









DAPAT ADIAH LAMPU TIDO...ALHAMDULILLAH SANGAT CANTIK:)..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku, aku tak expect sebenarnya aku akan dapat hadiah guru yang paling banyak membaca buku,asalnya nak memenuhkan aje buku Nilam guru tue.Biasanya murid-murid aje yang ada buku Nilam,tapi kali ini cikgu-cikgu pun ada gak,jadi aku pun abiskan lah semua pages dalam buku tue,masa diumumkan pemenang bagi murid-murid tue takde lah aku kisah sangat,cuma masa diumumkan pemenang bagi guru lelaki dan wanita tue,memanglah ada debaran juga...tapi debar biasa-biasa ajelah takdela berdebar cam kuar results UPSR hehe...memang secara kebetulan aku berada di hadapan(berhampiran pentas) memandangkan tugas 'tetap dan berpencen' aku sebagai tukang tangkap gambau kat skolah:). Sayang,gambau aku amik adiah takde...selalu camtuelah...aku amik gambar orang,gambar aku memang selalunya takde:)....tapi aku sempatlah snap adiah yang dapat tue setelah dibuka pembalutnya...bagi aku adiah ini sangat cantik...Alhamdulillah...


BEGER BEKER...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,arinie tercapai gak hajat aku nak makan burger bakar..maklumle 'village people' cam aku nie maner penah makan burger bakar hehe...

Terima kasih kepada Cik Aloyah aka bekas penari kebudayaan semalaysia(ketepi,ketengah..hehe)...kerana sudi membawa aku yang 'mengidam' ini gie makan burger tadi:)...Jasamu tetap kan ku kenang..joget lambakmu pun tetap dalam ingatan muahaha...

Biasala sempat snap gambau...tapi tak bape menjadi sangat...snap 3 keping jadinya satu je hehe...nasib jadi:)...


Saturday 1 September 2012

MACAM-MACAM...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,Alhamdulillah lega bila netbook aku dah kuar dr 'hospital' hehe.....laptop aku lak..keyboard dah tak bape ok...maklumle dah bertahun pakai..kira puas ati lah pakai lama....insyaAllah,ada rezeki lebih nak bli yang baru...ipad,galaxy tab..aku raser buat masa ini bukan satu keperluan lagi...kalau sekadar nak check email,twitter or fb...surf youtube etc etc...oklah..kalau nak buat assignment ke...nak taip ape2 kertas kerja ke...better pakai laptop sebab aku suker skrin yang besar...untuk kesihatan dalam jangkamasa panjang..mata pun tak letih:)...itu pendapat aku la...sekiranya aku perlukan galaxy tab atau ipad satu masa nanti dan ada rezeki lebih...aku akan beli jugak..buat isi masa lapang kalau terpaksa tunggu lama dalam kete,klinik,hospital atau mana saja tempat yang memerlukan aku tunggu giliran yang agak lama.Masa nielah ipad sangat-sangat 'berguna':).

Minggu ini suasana pembelajaran seperti biasa...tak dapat dinafikan debaran makin terasa apabila tinggal seminggu lagi,UPSR akan menjelma...melihatkan prestasi murid-murid aku,tak dinafikan aku sememangnya susah hati namun aku dah mencuba yang terbaik..ada masa seminggu lagi untuk mencurahkan tips dan panduan,selepas itu aku tawakal dan berserah sepenuhnya pada Allah,semoga ada cahaya kegembiraan menanti aku semasa results kuar nanti,insyaAllah.

Hari pertama persekolahan,macam biasa aku membawa anak-anak muridku tahun 3 ke makmal komputer,memberikan mereka lembaran kerja untuk disiapkan selepas penerangan tentang topik tersebut selesai diajar.Aku menyuruh mereka menyiapkan dalam waktu yang ditetapkan sambil berjanji sekiranya kesemua murid menyiapkan tugasan yang diberi,aku akan menunjukkan mereka satu movie(Movie kartun:Muhammad,The Last Prophet).Movie ini pernah ditayangkan beberapa kali di TV AlHijrah.


Aku: Ok,masa ada beberapa minit lagi,siapkan kerja,nanti teacher pasang movie,nak tengok tak?


Anak murid:nak tengok...


Anak murid:finish teacher!


Aku: Ok if you are finished your exercises,please submit to me your exercise book.


Yang dah siap,tak sabar-sabar nak tengok movie,sambil mengesa kawan-kawan yang belum siap,menyiapkan kerja mereka.


Aku: ada siapa-siapa puasa 6 tak hari ini?


Anak murid: Geleng kepala...


Semua murid akhirnya menyiapkan latihan yang diberi.Masa hanya tinggal dalam 20minit,aku memang sengaja memberi kerja yang dapat disiapkan lebih awal kerana sememangnya ingin menayangkan citer tersebut.Sekali sekala, sebagai 'upah' atau 'ganjaran' mereka menyiapkan kerja pada masa yang ditetapkan...


Oleh kerana aku tiada dvd citer ini,try carik memang tak ada dipasaran,kecuali kalau nak order kat ebay atau amazon adalah.Aku download dari internet,tapi tidak dapat sepenuhnya hanya part 1,part 2 dan seterusnya sampai akhir.Aku guna KMPlayer jadi senang,walaupun movie itu ada bahagian-bahagiannya,aku tak perlu nak klik bahagian lain bila tamat satu part,sebab automatically KMplayer akan pergi ke part seterusnya.Baru tengok part one..."kringggg" loceng pun dah berbunyi.


Aku:ok masa dah tamat,kita tengok lain kali ok.


Anak murid: ala teacher,baru nak tengok...


Aku: (senyum)...takpe lain kali..kita sambung besok kalau kamu cepat siapkan kerja.


Anak murid: ala...takpe teacher,kitaorang puasa enam hari ini(kelakar dan comel bunyinya..kalau korang kat tempat aku,sure nak gelak punya).


Aku:pandaila kamu,tetiba je nak puasa enam..breakfast tak pagi tadi?


Anak murid:(sengih-sengih)..sambil mengangguk-makan hehe..


Aku:ha..taupun manelah boleh nak sambung puasa dah sarapan pagi tadi.


Anak murid:ala teacher,taknak rehat..


Aku: mana boleh..kena pegi rehat..kalau tak nanti,tchr yang kena marah sebab kamu tak makan.


Anak murid aku dengan muka separuh monyok and macam tak nak kuar dari makmal...melangkah berat nak ke kantin...