Total Pageviews

Wednesday 14 August 2013

UPSR...SEMOGA DIPERMUDAHKAN..SEMOGA CEMERLANG...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,tahun ini nampaknya tahun yang sangat mencabar bagi aku.Agak sukarnya sebenarnya melatih,mendidik anak-anak muridku tahun 6 pada tahun ini...keberkesanan bukan sahaja bergantung pada cara pengajaran seseorang guru itu tetapi banyak bergantung pada sokongan ibubapa dalam memastikan anak-anak mereka sentiasa mengulangkaji pelajaran,banyak membuat latihan dan mengawal jadual harian anak-anak mereka agar dapat memastikan mereka tidak terlalai dalam pelajaran.Faktor murid-murid itu juga memainkan peranan penting.Sekiranya murid-murid masih lagi diulit mimpi..sehebat mana pun seorang guru itu...tidak akan dapat membantu ke arah kecemerlangan sesuatu keputusan itu.Tuan punya diri yang perlu mengerakkan diri mereka untuk maju dan berjaya di dalam apa jua bidang yang mereka ceburi/situasi yang mereka hadapi/peperiksaan yang bakal mereka duduki.

Aku memohon pada Ilahi,semoga kejayaan berpihak padaku lagi kali ini,malah keputusannya lebih cemerlang lagi dalam subjek Bahasa Inggeris yang ku ajar,InsyaAllah,semoga dipermudahkan anak-anak muridku menjawab soalan kertas satu dan kertas dua Bahasa Inggeris UPSR bulan September nanti.Semoga mereka dikurniakan Allah,pelbagai idea yang bernas dan menarik dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di dalam kertas satu dan membina ayat,menulis karangan yang terbaik di dalam kertas dua yang akan membuatkan mereka memperolehi markah yang maksimum nanti,insyaAllah,amin.

KISAH HATI 2-MENJADIKAN YANG 'IMPOSSIBLE' KEPADA 'POSSIBLE'..MUNGKINKAH?

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,

Kisah hati 2-menjadikan yang mustahil tak mustahil....bagaimanakah?


Hati ini berbicara lagi..hati ini merindu lagi.hati ini cuba menyakinkan diri pertemuan itu adalah mustahil...bagaimana nak buat yang impossible jadi possible?..susah bagi kita..mustahil bagi kita..amatlah senang dan mudah bagi Allah...hati ini berharap pertemuan hati ini dan orang yang dihajati itu adalah sesuatu yang keberangkalian posibilitinya adalah menjadi nyata!!Namun sekiranya pertemuan itu tidak menguntungkan dan membawa sebarang kebaikan kepada hati ini..hati ini pasrah..redha..sudah bersedia menerima ketentuan Ilahi.Yang pastinya hati ini tetap hepi walaupun hidup sendiri kerana hati ini sentiasa ada Ilahi di sisi...menemani..redha..itu lah yang pasti...terima segalanya dengan senang hati...semoga hidup ini diberkati,insyaAllah,amin.

Saturday 10 August 2013

KISAH HATI...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku...acapkali bila hati ini terusik..aku selalu berdoa pada Allah semoga diberikan diri ini petunjuk..sekiranya orang yang kupuja bukan orangnya hilangkan lah perasaanku ini terhadapnya....

Ya ini kisah tentang hati...hati yang masih belum menemui sesiapa lagi..paling utama hati ini milik sang pencipta iaitu Allah swt..milik ibu yang melahirkan..milik ayah yang memelihara dan membesarkan...
Setiap kali hati ini disentuh...pemiliknya hanya mampu berdoa agar diberikan petunjuk dari Ilahi..ditunjukkan jalan yang benar...agar hati ini tidak leka dan tertipu dengan pandangan mata yang adakalanya tersalah membuat penilaian dan penafsiran.

Hati ini...apabila tersentuh..cuba sedaya upaya untuk tidak menaruh apa-apa harapan..cuba sedaya upaya untuk mengawal emosi dan tindakan.Hati ini telah terbiasa tidak dibalas..hati ini telah terbiasa tidak dipedulikan..namun walau sering dikecewa..namun hati ini masih menaruh harapan agar dapat bertemu dia yang layak untuk bertakhta dan dapat membawa hati ini ke syurga Ilahi.

Hati ini tidak mahu bercerita tentang kisah-kisah yang lalu...yang lalu biarkan berlalu..menjadi pemuja rahsia sudah biasa..hanya mampu memandang dari kejauhan..walaupun ada yang akhirnya hati ini ketemu dengan orang yang dipuja..tapi responnya sungguh membuatkan hati ini hilang keterujaan...Alhamdulillah..hati ini masih terpelihara hanya sekadar terusik sahaja tidak langsung tercuit oleh rasa oleh dia yang bukan halal baginya.

Entah yang ke berapa kali sudah hati ini jatuh suka...jatuh cinta..jatuh hati..terusik perasaan...kadangkala hati ini hampir juga putus asa kerana belum ketemu pasangan pada hatinya..namun kesabaran dan keimanan yang kuat membuatkan hati ini sentiasa redha dengan ketentuan yang Maha Esa.

Kali ini hati jatuh lagi...ya jatuh hati lagi....kali ini rasa kuat denyutan jantungnya..hati ini cuba menyabarkan diri...memohon petunjuk Ilahi..mana logika nya apabila hati ini jatuh pada dia yang belum dikenali?.Dia tidak mengenali hati ini..tapi hati ini sudah mengenali dia...hati ini suka mendengar laungan azannya..syahdu sekali..hati ini tenang mendengar alunan ayat-ayat Quran bacaannya..hati ini yakin bahawa dia..orangnya baik,orangnya dibesarkan dengan baik,orangnya terdidik dengan nilai-nilai murni dan agama yang baik,bukan alim tapi boleh membimbing ke Jannah...kadangkala hati ini berkata kenapakah terlewat mengenali dia?...Oh tidak..beristighfar..kerana ianya seolah-olah menyalahkan takdir Ilahi...Alhamdulillah kerana hati ini mengenalinya...hati ini adakalanya menyatakan "Kalaulah beberapa tahun lebih muda"...ahhh..perkataan kalau lagi yang disebut-sebut...

Ya Allah,hati ini bermohon..ingin sekali hati ini menemui dia...hati ini ingin sekali dia mengenali hati ini dan perasan akan kehadiran hati ini.Namun hati ini hanya mampu berdoa....walaupun hati ini rasa agak mustahil untuk terjadi..tapi hati ini yakin..yang mustahil bagi manusia...adalah sangat mudah bg Allah.Hati ini bermohon pada Ilahi...hati ini ingin sekali menemui dia..berbual-bual dengannya...berkawan dengannya...dan yang pasti hati ini berjanji tetap akan memelihara diri dan batas-batas agama.Walaupun hati ini menyedari jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi...ukur baju dibadan sendiri...hati ini sedar..wajah dan fizikal tak memungkinkan dia menyukai hati ini...namun hati ini tetap yakin akan takdir Ilahi...seandainya dapat bertemu dia...hati ini pasti sangat teruja..namun hati ini berjanji...tidak akan mempersia-siakan peluang yang diberi dengan perkara yang sia-sia..semoga hati ini dapat bertemu dia.....insyaAllah.....semoga dipermudahkan segala-galanya andai ianya baik untuk hati ini,amin....:)



Thursday 6 June 2013

PERKARA TENTANG LELAKI PART 2:)

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku...sebelum ini aku ada menulis tajuk" PERKARA TENTANG LELAKI" dalam post/entri sebelum ini...kali ini aku ingin berkongsi video-video tentang tanda-tanda yang seorang lelaki itu menyukai kita atau tidak,sebagai panduan walaupun mungkin tak semua tandanya mungkin betul tetapi berdasarkan pada apa yang aku tonton..tanda-tanda yang diberi itu boleh dipercayai dan dipakai sebagai panduan..sebagai WAKE UP CALL....tak perlu mengharap pada sesuatu yang memang telah ternyata bukan untuk kita.....memandangkan ini versi omputih..jadi tontonlah dengan hati yang terbuka..amik yang positif..abaikan aje yang negatif kay..:)




Tuesday 4 June 2013

TUDUNG...MENUTUP AURAT ATAU BALUT RAMBUT AJE...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,kali ini aku ingin sentuh sikit pasal bertudung..oh aku bukannya ustazah,jauh sekali seorang yang expert bab-bab agama ini.Tapi bukanlah seorang yang terlalu jahil sangat sampai ilmu agama pun tak berapa nak cukup.Ilmu agama wajib ada dan dipelajari oleh setiap kita yang beragama Islam..kita seharusnya sentiasa cuba memperbaiki diri kita.Kita tidak perlu menjadi ulamak ataupun ustaz/ustazah untuk memberikan teguran.

Teguran bukan bermakna membenci tetapi ianya sebagai tanda sayang pada sesama muslim/muslimah,kerana sayangla kita nak kawan-kawan kita..kenalan kita,sahabat-sahabat kita masuk ke syurga bersama-sama dengan kita.Berusaha ke arah memperbaiki diri untuk masuk ke syurga itu perlu,sangat perlu.Jangan sesekali menidakkan orang yang memberikan nasihat pada kita.Apabila kita rasa solat kita sudah cukup,kita sudah penuh ilmu agama di dada sehingga dengan sinis menyatakan bahawa diri kita tidak layak ditegur oleh orang lain..itu tandanya..kita masih banyak kelemahannya..solat kita belum sampai tahap yang memungkinkan kita merasa rendah diri dan sedar akan kekurangan diri kita,mungkin jauh untuk mencium harumnya bau syurga.Semua itu adalah salah faham.Ya memang betul kita tidak tahu di mana pengakhiran kita,syurga atau neraka..kita tidak berhak untuk menerakakan orang lain..kita harus sentiasa muhasabah diri sendiri sebelum menuding jari atau melihat kesalahan orang lain.Apa yang perlu dilakukan adalah mohon supaya seseorang itu diberikan petunjuk agar dia sedar akan kesilapannya satu hari nanti.Hidayah itu milik Allah,Dia berhak memberikannya kepada sesiapa yang Dia sukai.Siapakah kita untuk menilai seseorang itu bukan?

Sebagai seorang yang masih banyak amalan yang perlu ditingkatkan,sebagai seorang yang masih banyak kekurangan dalam pengajian agamanya,sebagai seseorang yang masih lagi cuba memperbaiki dirinya,apa yang ingin ku coretkan ini adalah sebagai nasihat dan peringatan untuk diriku sendiri yang masih belum begitu sempurna mungkin penutupan auratnya.

Apa sebenarnya yang difahami tentang penutupan aurat ini bagi sesetengah wanita dan juga bagi lelaki yang sudah bergelar suami?Bila melihat rakan-rakan dalam laman sosial yang hanya membaluti rambut mereka,terdedah lehernya..menayangkan kedua-dua anting-anting besarnya..terasa simpati..melihat mereka disamping suami mereka yang mungkin juga tidak memahami bahawa isteri-isteri mereka belum menutupi aurat sepenuhnya.Alangkah kasihan bila melihatkan si suami terusan menanggung dosa si isteri kerana dia mungkin menyangka telah menjalankan tanggungjawab dia sepenuhnya dalam penutupan aurat isterinya.Tolongla ubah wahai sahabat,wahai rakan....leher itu auratmu bukan untuk tontonan awam...anting-anting besarmu itu bukan untuk diperlihatkan kepada umum...biarlah tak nampak kerana menutup aurat sepenuhnya..pakailah di rumah..biar nampak di rumah..kerana dengan penayangan subang dan anting-anting yang besar itu..terlihat juga akan telingamu bukan...bukankah itu juga wajar kau tutupi?

Sekarang adalah trend tutup rambut sahaja..balut rambut sahaja ala-ala wanita senegal...fesyen macam selepas mandi dan kamu perlu membaluti rambutmu yang basah?samakan fesyennya kalau dilihat di cermin?Cuma bezanya akan tuala dan kain tudung sahajakan...

Wahai kaum sejenisku yang aku hormati dan sayangi...tutuplah auratmu dengan sempurna..labuhkan tudungmu sehingga ke paras dada..bukan saiz M,bukan saiz S...pakailah saiz L,XL,ataupun XXL...saiz M pun adakalanya ada yang selabuh seperti L..maka pilihla tudung-tudung ini ye sayang...tak salah berfesyen..tunjukkan muslimah juga ada personaliti yang menarik...kerana Islam tue sendiri Indah bukan...namun berpada-padalah..terlalu berwarna-warni...penuh brooch sana sini...hoodie...ala-ala seperti rahib tanpa kita sedari pun harus dijauhi...hati-hati kawan...syaitan sentiasa cuba mempengaruhi kita dengan pelbagai cara.

Stokin...ini juga nasihat untuk diriku sendiri supaya harus selalu istiqomah..itu juga adalah aurat...hanya kedua-dua belah tapak tangan dan muka sahaja boleh diperlihatkan.

Teguran juga bagi mereka yang sering memperlekehkan tudung ini...maksud aku penutupan aurat ini..ye betul solat kamu tidak tinggal..ye betul puasa kamu cukup..ye betul hati kamu baik..ye betul kamu tak kacau orang...tetapi cuba fikirkan dan buka minda kamu itu...sekiranya segala amalan yang kamu buat itu benar-benar diterima oleh Allah...tentu sahaja kamu akan terbuka hati untuk menutup auratmu bukan...mengapa mengingkari perintah Allah?...sayang sekali semua amalan itu jika ada antara perintah Allah yang kamu ingkari...oh itu juga nasihat untuk diri aku sendiri yang kadangkala juga teralpa dan terlalai dalam menjalani kehidupan seharian ini.

Iya memang benar Islam itu mudah..tetapi wahai kawan..jangan kamu terlalu mempermudahkan hukum Allah..kelak kamu yang akan menerima akibatnya/musibahnya...

Nasihat juga kepada rakan-rakanku yang ku sayangi,yang baik hati...tolong jangan memperlekehkan soal hukum hakam Allah..dalam hal ini aku sentuh soal tudung..ye benar..pemakaian tudung tak semestinya seseorang itu sudah jadi terlalu mulia atau terlalu baik,tetapi wanita yang baik sudah tentu sahaja akan mengikut perintah Allah supaya menutup seluruh tubuhnya daripada pandangan Adam bukan?Sekiranya marah sangat pun akan layanan yang diberikan oleh mereka yang bertudung..jangan sesekali berkata begini"nama sahaja pakai tudung,tapi perangai teruk..mengalahkan dot dot dot"..usah berkata begitu hai kawan-kawan..kamu wajar rasa tidak berpuas hati akan ketidak bagusan perangainya..tetapi jangan disalahkan tudungnya..apakah kamu mahu mempertikaikan bahawa Allah melakukan kesilapan atas perintahNya?..apakah begitu kawan?oh jangan begitu..jaga-jaga..hati-hati..takut akan lisan dan hati kita kalau salah mengerti..ingat yang salah orangnya bukan penutupan auratnya....

Benar syurga dan neraka bukan kita yang tentukan..Tetapi dengan hidayah dan rahmat Allah lah maka syurga itu akan menjadikan kita penghuninya.Solat cukup..hati baik..puasa penuh...tiada hasad dengki..bagus sangat..namun harus diingat..kita akan dihisab atas segala dosa-dosa kita...kita akan ke syurga juga insyaAllah tetapi mungkin kita akan masuk ke neraka dulu salah satunya tidak menutup aurat dengan sempurna(nasihat untuk diriku sendiri juga)....berapa ratusan..berapa ribuan tahun kita berada di neraka,disiksa..air mendidih,mengelegak...yang tak tergambar dek mata...tak kan dapat dirasakan kepanasan apinya seperti di dunia ini..jadi janganlah bangga sekiranya auratmu masih belum terjaga sepenuhnya..dan jangan pula berdegil atau terasa apabila dinasihati oleh rakan-rakan akan penutupan auratmu..sayangnya kawan-kawanmu bukan terletak pada banyak like yang kamu dapat di laman sosialmu...kerana like yang banyak itu harus diingat ianya bukan sebagai tanda aras atau bahan bukti yang boleh kamu bawa sekali ke kubur untuk mengelakkan siksaan api neraka tetapi sebagai bukti itulah tanda keriakan kamu mempamerkan auratmu ketika di atas dunia ini.

Maafkan aku andai penerangan ku tidak sempurna..aku bukan ustazah...aku banyak kekurangannya...cuma sekadar berkongsi rasa....terpulang persepsi pada yang membacanya...ingat..tutuplah aurat dengan sempurna..bukan membaluti rambutmu bak wanita senegal..menggayakan hoodie bak ala-ala rahib..berwarna-warni..over sangat warnanya sehingga menimbulkan riak pada sipemakai apabila ada yang memuji-mujinya...tutup aurat..bukannya balut rambut ye...Ingat tu!

Oh ye aku terlupa...oleh kerana aku menyentuh hal tudung aku terlupa tentang baju juga..baju juga haruslah dilonggarkan,tidak ketat dan mempamerkan segala gunung,bumper and what so ever yang wajar ditutupi.Tolonglah cover lembahmu ye..kawan-kawanku sayang...biarlah..biarlah dikatakan berisi..tak up to date..nampak besar sangat...tak mengapalah sayang-sayangku..saizmu itu sudah cukup indah dan cantik pada pandangan Allah kerana kamu melaksanakan perintahNya.Harus diingat..saiz kubur sama sahaja bukan..tetapi sekurus mana pun kamu...amalan kamu yang akan menentukan sempit atau selesanya tempat tinggal kita itu sementara menanti hari kiamat.Jadi jangan sibuk melihat dan mempertikaikan bumper orang..besar atau kecil...memang tersinggung kalau bertemu dengan rakan-rakan hanya itu sahaja yang diperkatakan...kamu lupa mengejar keredhaan Allah tetapi sibuk mencari pujian manusia...

PERKARA TENTANG LELAKI....

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku...okay arinie kita citer sikit pasal lelaki..okay I'm not the expert here ok...saje je nak citer-citer sikit nie hehe...

Aku nak tulis pendapat aku yang 20sen nie kay:)..bila aku baca status-status yang dikemaskini kat facebook atau kadangkala melihat sendiri situasi di depan mata..juga melalui pengalaman sendirikan....

Hmm ye memang betul kita kena berusaha..berusaha untuk membuat seseorang yang kita suka notice tentang kehadiran kita atau mengetahui tentang isi hati kita terhadapnya.Kita tunjukkan kesungguhan kita padanya.Namun sebagai wanita..adakalanya dalam keghairahan kita berusaha itu,adakalanya ianya menjatuhkan maruah kita sendiri...memalukan kita sendiri.Ada batas-batas yang perlu kita patuhi dalam memenangi hati si dia..

Kita sebenarnya tidak perlu berada di mana sahaja dia berada...lagipun sekiranya seseorang lelaki itu menyukai kita..atau dalam hatinya ada taman ketika pertama kali dia melihat kita..sudah pasti tiada apa pun halangan untuk dia mencari kita..dia sendiri yang akan berusaha untuk mendekati diri kita..tidak ada gunung,lembah,lautan,benua yang mampu menghalangnya dari mencari seseorang wanita itu sekiranya hatinya telah terpaut pada wanita tersebut.

Sekiranya tiada tindakbalas,tiada susulan yang dibuat dari setiap pertemuan dengan seseorang lelaki itu..ternyatalah HE'S JUST NOT THAT INTO YOU!..Jadi wake up..wake up..stop dreaming...berhenti berharap bahawa lambat laun si jejaka akan terpikat padamu....kalau dia nak kat kita..walau sepemalu mana pun dia..dia tetap akan berusaha untuk mendekati kita...menunjukkan kesungguhannya untuk memiliki kita...perempuan/wanita seharusnya tahu bila mahu berhenti...kerana tindakan yang berlebihan akan memalukan diri sendiri...akan menunjukkan kebodohan kita di mata dan minda lelaki yang kita cintai...

Tidak salah untuk memberi clue atau hint bahawa kita mempunyai perasaan terhadapnya..tetapi usah berlebihan...lelaki kalau dia suka,tentu sahaja dia akan dapat menangkap/membaca maksud yang tersirat...setelah segala petunjuk diberi..masih lagi tiada tindakbalas dari sang lelaki..hentikanlah semua itu.solat Istikarah dan mohon petunjuk Ilahi.Belajar menerima hakikat dia bukan JODOH mu...ada ramai lagi di luar sana yang menanti.Sampai masa Allah akan ketemukan jua kita dengannya.Seandainya tiada di dunia..akhirat yang kekal itu pasti ada jodoh kita di sana.Redha dan bergembiralah dengan apa sahaja yang Allah takdirkan untuk kita.

Ingat..kalau si dia suka pada kita..dia akan datang cari kita..bukan kita yang harus pergi mencari dia.

Ini adalah buku-buku motivasi dan juga as a wake up call bagi sesiapa yang masih lagi bermimpi...memang ini buku-buku omputih..tetapi bacalah dengan minda yang terbuka..dengan penuh iman di dada...ada perkara yang boleh membuatkan kita berfikir akan kebenarannya.









MENGISI MASA 'LAPANG' KUNUNNYA...PADAHAL KEJE BERLAMBAK:)

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku...cuti sekolah ini..aku tak ke mana-mana hanya menghabiskan masa di rumah..buat keje-keje ape yang patut dan juga of course la keje sekolah memangla ada kan kan...perlukah aku senaraikan kerja-kerja itu?Oh sudah pasti tidak and tak perlukan:)...Okay bercerita pasal cuti sekolah ini,aku membaca semula buku-buku tentang minda bawah sedar ni...ala subconscious mind tue kata omputih hehe....

Aku tak tahu camne nak explain sebenarnya..sebagai seorang 'amatur' masih lagi cuba mengaplikasikan apa sahaja teknik-teknik yang diajar di dalam buku-buku ini.Cumanya kena berhati-hatilah sebab belajar tanpa guru ini..kena berhati-hati sikit kan...mana yang boleh ikut..mana yang tak boleh..abaikan aje hehe...

Secara ringkasnya minda bawah sedar ini adalah satu anugerah Tuhan yang sangat-sangat berharga buat manusia..sesiapa yang tahu menggunakannya ke jalan yang positif...akan memperolehi segala yang diinginkan.Tentu sahaja semuanya dengan izin Allah bukan:)...Apa yang perlu kita hendaklah membayangkankan segala yang positif,bersyukur atas apa sahaja pemberian Ilahi kepada kita dan membayangkan seolah-olah kita telahpun mendapatkan segala yang kita idamkan contoh macam rumah idaman,lelaki idaman,keluarga,kerjaya etc etc...minda bawah sedar tidak mengetahui bahawa kita belum lagi mendapatkannya..cuma kita membayangkannya sahaja...jadi secara tidak sedar minda bawah sedar kita akan membantu kita merealisasikan apa sahaja yang kita fikirkan..bayangkan tidak kira sama ada ianya positif atau negatifkan.Okay aku tak bape pandai nak menerangkannya maklumle....amatur muahaha...

Teringat DVD The Secret yang dibelikan oleh seorang kawanku yang kini menetap di Canada(thank u so much sis..).Aku mula dapat tahu pasal buku dan DVD The Secret nie masa aku menonton rancangan talk show Oprah Winfrey dulu..lama dah,tahun bape ntah tak ingat...masa tue DVD tak jumpa lagi kat sini..dan buku ada..of course la memang mahalkan..tapi berbaloi untuk dibeli.DVD The Secret ini adalah gambaran apa yang diceritakan sama seperti dibukunya cuma kita lebih faham dan lebih seronok menonton sesuatu yang kita boleh nampak dalam bentuk videokan.

Kisah seorang wanita yang mengidap kanser(lupa kanser ape)..setiap hari dia bangun dari tidur,dia bagitau diri dia bahawa dia seorang yang sihat..dia tidak mempunyai kanser..minda bawah sedarnya tidak mengetahui bahawa apa yang digambarkan oleh wanita ini adalah sesuatu yang tidak berlaku sebenarnya jadi  tanpa disedari minda di bawah sedarnya 'bekerja' memastikan yang wanita ini memang sihat dan akhirnya wanita ini sembuh dengan sendirinya.Bila doktor cek wanita ini semula,doktor tersebut agak terkejut mendapati wanita ini telah sembuh sepenuhnya seolah-olah dia tidak pernah mengidap kanser sebelum ini.Self-healing.Tubuhnya sembuh dengan sendirinya.Ye it is miraclekan!Semuanya kuasa Allah,bila yakin dan bersangka baik padaNya and of course always think positive!Kena tonton sendiri video ini sebab maybe kisah yang aku tulis nie tak sepenuhnya sama macam yang diceritakan...kat Youtube pun ada:).

Satu lagi kisah yang sering aku ceritakan pada anak-anak muridku adalah tentang seorang lelaki yang kemalangan ketika menaiki kapal terbang ringannya.Dia lumpuh seluruh badan..hanya bergantung pada mesin sokongan untuk bernafas..macam dah takde harapan nak teruskan hidup..kalau hidup pun lumpuh sebab anggota badannya cedera dengan teruk.Setiap kali doktor atau nurse datang memeriksa dia dan menulis tentang sakitnya..dia selalu membayangkan yang nurse itu menulis yang dia telah sembuh sepenuhnya,tidak bergantung pada alat sokongan untuk terus bernafas,dia juga membayangkan doktor berkata yang dia telah sembuh dan boleh keluar dari hospital.Dia juga membayangkan bahawa dia boleh berjalan ketika keluar dari hospital nanti.Sedangkan pada hakikatnya tidak sebegitu,doktor dan nurse tersebut menulis dan beranggapan yang lelaki ini mungkin tidak ada harapan untuk pulih.Kelihatan mustahil bukan?..tapi lelaki ini menggunakan minda bawah sedarnya dengan membayangkan segala yang positif di dalam pemikirannya,membayangkan dia pulih sepenuhnya.Minda bawah sedarnya tidak tahu yang tuannya sebenarnya sedang mengalami kesakitan yang sukar untuk pulih apa yang minda bawah sedarnya tahu yang tuannya telah sihat dan sembuh sepenuhnya.Ringkasnya adalah..akhirnya lelaki ini sembuh sepenuhnya,tidak lagi menggunakan sistem sokongan pernafasan,boleh bernafas sendiri dan berjalan keluar dari hospital walaupun keadaannya masih lagi tidak sembuh sepenuhnya...berjalan dengan perlahan namun impiannya tercapai untuk berjalan tanpa dipimpin keluar dari hospital...dia digelar Miracle Man..boleh tonton kat DVD The Secret or kat Youtube pun ada..Oleh itu jangan sesekali pertikaikan impian atau mimpi orang lain.Dia cuba membayangkan yang positif...bersangka baik dan doakan yang baik-baik:)..InsyaAllah..segala-segalanya tercapai juga akhirnya,amin:).

Apapun ini impianku...nak gelak,pertikai,what so ever tak kisahla..yang penting kita tetap boleh memasang impian kan..tak salah..takan lah nak pasang impian pun tak bolehkan kan...rugilah kalau takleh imagine,visualize and believing kan....

Ini adalah koleksi buku The Secret,Jurnalnya..

The Secret,The Power,The Magic..

Kuasa Minda Bawah sedar..satu-satunya buku dalam Bahasa Melayu yang aku ada...bagus buku ini..









AKU BUKAN SEORANG BLOGGER...AKU SEORANG EDUCATOR..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku...lama dah tak bukak blog nie..agak sibuk dengan tugas seharian...lagipun aku bukannya seorang penulis blog sepenuh masa kan...aku hanya akan menulis bila perlu sahaja..lagipun aku menulis ikut pada emosi,perasaan dan pandangan peribadi aku aje..tiada apa yang menarik sangat untuk dibaca.Jadi seharusnyalah aku tidak layak langsung digelar sebagai blogger atau penulis blog..jadi agak pelik bila ada orang memanggil nickname aku sebagai dot dot dot blogger...apelah sangat yang ditulis oleh akukan...untuk membezakan aku ialah dengan memanggil aku sebagai teacher sahaja sudah cukup  bukan:)...

okay sign out for now...ketika menulis ini..sedang sangat rindu ngan Chef Adu muehehe...

Wednesday 1 May 2013

ALHAMDULILLAH DAPAT ANAK BUAH BARU-MEMPERKENALKAN MUHAMMAD ALI:)

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,Alhamdulillah pada tarikh 27 April 2013,telah lahir ke dunia seorang lagi ahli keluarga kami,iaitu anak buahku yang ke dua yang merupakan adik kepada Umar.Adik iparku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama sempena nama sepupu dan juga sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Ali bin Abi Talib.

Selamat datang ke dunia anak buahku yang comel...Muhammad Ali:)



"WARMING UP"...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,long time no c eh writekan?hehe....oklah sebagai 'warming up' kata omputih,aku upload video clips yang agak sedih sikit masa aku minat tengok citer Korea City Hunter..pelakon lelaki Lee Min Ho tue memang dari citer Boys Over Flowers dulu aku minat dia..walaupun dalam BOF rambutnya ala-ala megi mee..tp gayanya tetap menawan ati hehe...dan dalam City Hunter nie pun aku tak bape berkenan ngan rambut n fesyen baju dia:)..tapi sebab gaya charming dia..buat aku jatuh hati aje haha....lelaki camnie memang bisa meruntun kalbu hehe..nampak cam tak caring tapi sebenarnya dia sayang kat kita sangat-sangat..ewah...senyum simpul muka ku masa tulis nie hehe...sebenarnya lagu-lagu nie pun aku tujukan untuk Mr A sebab masa tue aku raser aku macam dah takde harapan nak jumpa dia lagi:(.




Saturday 16 February 2013

INDAHNYA CINTA DALAM DIAM...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,perkongsian kopi pes dari laman muka buku ini
Wahai Calon Imamku,Takkan Habis Ku Berdo'a Jadi Kekasih Halalmu

INDAHNYA CINTA DALAM DIAM...

Bismillahirrahmanirrahim...

Rasa yang tak pernah hilang..datang dan pergi sesuka hatinya, yang mendatangkan cinta,
yang mendatangkan rindu,
yang mendatangkan kekaguman adalah dari Nya.
Sungguh hanya bisa menerimanya dengan keindahan cinta yang terukir dihati dengan meraih puing puing rindu, dengan jiwa yang tak tersentuh.

Mencintaimu dalam diam..
Ibarat pungguk merindukan rembulan.
Karena cinta tidak harus saling memiliki, cinta tidak harus terikat, Karena cinta yang sebenarnya adalah cinta yang bermekaran di hati, di manapun dan kapanpun selalu bersemi di taman hati.

Mencintaimu dalam diam..
Maka izinkan untuk tidak mengusik ketenangan hatimu, hanya dalam untaian doa2ku ,ku sebut namamu dan kusapa dirimu. Cukup buat aku tersenyum melihat kamu bahagia.
Merasa jauh tapi sangat dekat dihati, akan kututup rapat, akan ku pendam rindu ini, sampai pada saatnya nanti waktu mengizinkan pertemuan itu.

Mencintaimu dalam diam..
Meski membuat lelah..
Lelah karena menunggu yang tak mungkin ada,
Hanya bayangan semu semata.
Ingin menyandarkan lelah ini di bahumu sambil membisikkan aku tak akan pernah merasa lelah, lelah menyayangimu meski dalam diam.

Dan aku akan mencintaimu dalam diam..
Selama tak ada yang mengahapus cinta dalam diamku,
Aku kan bertahan dan jika aku tak kagum lagi padamu,
maka aku tak kan pernah lagi menulis tentangmu.
Coba lihat aku tak akan pernah berhenti mengukir namamu di hati.

Mencintaimu dalam diam, aku bahagia..
Menyayangimu dalam diam, aku senang ..
Merindukanmu dalam diam , aku tersenyum..
Bersyukur masih di beri rasa itu meski dalam diam ...

Friday 15 February 2013

SEMOGA DIPERMUDAHKAN,MUDAH DAN DILULUSKAN,AMIN

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,hari ini hari yang sungguh memenatkan bagi aku,selain melakukan rawatan untuk sakit aku(moga sembuh,sepenuhnya,amin),aku juga terpaksa melakukan satu tugasan pada hari ini,yang agak kelam-kabut,dengan izin Allah,dipermudahkan urusan,Alhamdulillah.Semoga ianya lengkap,selamat,dipercepatkan serta dipermudahkan.Apakah ia?InsyaAllah,akan ku kongsikan apabilanya ianya mendapat kelulusan dengan mudah,insyaAllah,amin:)...

SEMOGA SEMBUH SEPENUHNYA..AMIN

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,sejak buka sekolah,kurang sikit aku update kat sini...agak sibuk dan ada masa terlalu malas nak menaip...mungkin sebab letih atau tiada yang menarik nak diupdatekan:)...Alhamdulillah....lama dah aku tak buat rawatan untuk sakit aku ini,setelah banyak kali ditangguh dan terhalang atas sebab-sebab yang menuntut kesabaran,akhirnya Allah izinkan aku mendapatkan rawatan sepenuhnya hari ini.Sakit dan letihnya,hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya,ketika menaip ini masih juga terasa kesakitannya akibat dari rawatan yang diterima,namun Alhamdulillah,masih dapat bertahan.Semoga tahun ini menjadi tahun menggembirakan buat aku,tahun tercapai segala yang dihajati(hajat yang baik-baik sahaja:)...semoga aku sembuh dari penanggungan kesakitan ini,insyaAllah.

Semoga aku sembuh sepenuhnya,amin,

Monday 14 January 2013

SEKADAR BERKONGSI 3...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku..perkongsian dari laman muka buku:)..

Kadang-kadang Allah biarkan kita berjauhan,
rupenya DIA datangkan pula KASIH SAYANG..

Puaslah kita menangis betapa jauhnya jarak diantara kita,
rupanya Allah nak hadiahkan kita KERINDUAN..

Betapa dalamkan cemburu kita,
Ya Allah rupanya Allah nak menunjukkan KESETIAAN..

Dan betapa kita bersabar selama ini,
rupanya itu adalah jalan untuk
menggapai KEBAHAGIAAN SEBENAR.. :D

copy paste dari laman muka buku (Jodoh itu Rahsia Allah) penulisnya-**pelangi petang**

 https://www.facebook.com/Jodoh9897

 "Saat engkau mencintai atau mengagumi seseorang maka biarlah itu menjadi rahsia bagi dirimu sendiri. Jangan sampai ada orang lain yang tahu. Bahkan jangan sampai Syaitan pun tahu. Cukup ALLAH yang tahu isi hatimu. Dan bila orang yang kamu kagumi tidak dapat kamu miliki kelak, maka yakinlah bahwa ada yang lebih baik darinya yang telah dipersiapkan Allah untukmu" dari laman muka buku 
https://www.facebook.com/BercintaSelepasNikah



Wednesday 9 January 2013

SEKADAR BERKONGSI 2....SABAR DAN JANGAN BUAT TINDAKAN MELULU..BERSANGKA BAIKLAH..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,aku ingin berkongsi sebuah kisah yang amat menyentuh hati,semoga dapat dijadikan sebagai panduan dan pedoman dalam hidup kita.Kisah ini sebenarnya bukan baru,tapi telah acapkali dikongsi di laman-laman web dan laman muka bumi.Semoga mendapat manfaat...

Allahurabbi.. Kita takde hak nk menilai orang.. Semoga cerita ni memberi pengajaran utk anda..

Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut menunggu kehadiran doktor.

Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat sangat? Doktor tak tahu nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak ada rasa sebarang tanggungjawab?”

Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf. Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”

“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG DOKTOR NAK BUAT!!”
jerit bapa budak itu lagi.

Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan… Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”

Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati : “Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”

Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar dengan senyuman lebar dan ceria.

“Alhamdulillah. Anak saudara selamat!”

Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus berkata, “Ada apa-apa sila tanya jururawat saya.”

Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan anak saya?” kata bapa itu kepada jururawat…

Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor meninggal semalam… accident… beliau tadi di majlis perkebumian ketika kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis pembedahan, doktor perlu bergegas untuk balik mengebumikan anaknya.”

Bapa budak tu terdiam.

Manusia biasanya hanya melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan kanan… ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap sesuatu perkara….

Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.. Adakah anda seorang daripadanya? Sama-sama kita renungkan..

SEKADAR BERKONGSI 1..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,perkongsian dari laman muka buku:)..

Seorang perempuan meluahkan rasa suka kepada seorang lelaki tetapi hasratnya ditolak. Cintanya bertepuk sebelah tangan. Tapi dia tak sedih. Kawannya bertanya:

"Kenapa kamu tak sedih?"

Perempuan tersebut menjawab:

"Mengapa patut saya bersedih? Saya hanya kehilangan seorang lelaki yang tak pernah mencintai saya, sedangkan dia kehilangan orang yang benar2 mencintainya. Mungkin Allah dah tentukan jodoh saya dengan orang yang lagi baik dari dia.. InshaAllah ♥



Friday 4 January 2013

IN HOUSE TRAINING IN FRONT OF A NEW BOSS 2MRW MORNING,SEMOGA DIPERMUDAHKAN,AMIN..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,aku ini jenis mudah nervous,butterflies in my stomach,gugup kalau nak buat presentation di hadapan orang ramai,walaupun hanya sekadar bagi ucapan depan assembly,bagi tazkirah pada hari Jumaat.Mesti tangan aku sejuk-sejuk,nak makan pun tak lalu,bagi orang lain kacang goreng aje..aku tak kisahlah kalau ada yang perlekehkan  aku,Allah jadikan manusia ini,setiapnya ada kekurangan dan kelebihan masing-masing,kekuatan dan kelemahan masing-masing,mengapa harus kita perlekehkan kelemahan atau kekurangan orang lainkan...jangan mentertawakannya sebaliknya bagi semangat dan motivasi serta keyakinan pada orang tersebut.

Maka dengan ini aku bagi motivasi dan keyakinan pada diri sendiri.Walaupun orang lain mengganggap ini perkara remeh,biarkanlah.Aku sedar siapa diri aku,aku panjatkan doa,semoga Allah mempermudahkan dan melancarkan perjalanan presentation aku nanti,padat,menarik dan tertarik hehe...(saje je tambah tertarik tue:)..semoga Allah melapangkan dadaku dan melancarkan lidahku serta mudahkan urusanku,amin.

Doa Nabi Musa as:
Surah Tahaa; “ Robis shrohli shodri wa ya shirli amri wah lul uqdatam mil lissani yah khohu khouli”
Ertinya :
“Ya Tuhanku lapangkanlah dadaku, dan lancarkanlah lidahku serta mudahkanlah urusanku”

Tuesday 1 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,selamat tahun baru 2013 aku ucapkan....tahun masihi...tahun hijrah dah masuk bulan ke 2 dah..bulan Safar:)....mengikut kiraan tahun hijrah..umurku telah pun mencecah 37 tahun,9 bulan dan 27 hari:)...kalau ikutkan tahun dah masuk 38 tahun la kan...tapi sebab besday aku bulan Mac...jadi kira belum masuk lagi la hehee..tapi kalau ikutkan tahun hijrah,aku lahir pada 23 Safar jadi,ini bermakna aku akan menyambut harijadiku pada tahun hijrah pada  6 Januari 2013 bersamaan 23 Safar 1434..err betulkan kan:)...dan aku akan menyambut ulangtahun kelahiranku pada 7 Mac 2013 pada tahun ini...tahun nie aku teringin nak sambut 2 harijadi sekaligus..yang mana selama ini aku tak pernah buat:).

Azam tahun baru?nak kenal Chef dengan lebih rapat lagi boleh?haha..mimpi ajelah aku nie...adei...aku takde azam pun...setiap tahun bagi aku sama aje..yang penting perbaiki diri,menjadi hamba Allah yang soleh(cuba sebaik mungkin,aku masih dalam proses ke arah memperbaiki amal dan ibadahku),berjaya dalam kerjayaku,semoga dapat naik ke DG44(Alhamdulillah,semoga dilembutkan hati orang yang menguruskannya,dan dipermudahkan oleh Allah).Semoga bertemu jodoh dengan seseorang yang menyayangi dan menerima aku seadanya,yang terima kekurangan aku,yang membuatkan aku sentiasa kelihatan cantik di matanya walaupun hakikatnya aku takle bape cantik hehe...takpelah,asalkan aku cantik pada pandangan Allah,sudah cukup bagiku,insyaAllah,Alhamdulillah:).

Syukur Alhamdulillah atas kurniaan Ilahi yang diberikan pada diriku sekarang ini,kerjaya yang baik dan bersesuaian dengan minat aku,ibubapa dan adik-beradikku yang amat kusayangi,Alhamdulillah kami saling membahagiakan:),segala-galanya yang Allah beri padaku,adalah rahmat yang tidak ternilai harganya.Syukur padaMu Ya Allah,atas rahmat dan limpah kurnia kasih sayangMu yang telah kau berikan pada hambaMu ini.

Alhamdulillah aku dapat jumpa Chef Adu:)..semoga tahun 2013 nie,membawa seribu kebahagian dan kegembiraan buat aku.Semoga permohonanku bertukar ke Kuala Lumpur diluluskan dna mendapat sekolah yang baik,persekitaran kerja yang baik,rakan-rakan sekerja yang baik dan saling bertolak ansur dan membantu antara satu sama lain.InsyaAllah.

Harapanku juga semoga setiap pertemuan bersama Chef Adu dan peminat-peminatnya,aku dapat hadiri(of course la dengan makcik aku:)..macam biasa nak jugak snap gambar banyak-banyak hehe..kali ini lebih dari 6 keping boleh?haha..sepuluh pun takpe..sungguh tamak aku nie:D...oklah..sambung lagi..aku dah nak beradu nie..esok nak keje..semoga boss baru seorang yang mudah bertolak-ansur dan aku dapat menjalankan P&P aku dengan cara aku sendiri,amin.

Macam biasa aku jadi silent reader semula di fanpage Chef Adu,aku nak ucap selamat tahun baru kat fanpage and twitter dia pun segan..maybe sebab last komen aku..aku nampak notification dia reply,tapi bila aku check takde..sebaliknya dia reply komen orang lain.Takpela..dia remove kot ataupun salah reply ke..tak kisahla kan:)..Chef,semoga tahun baru ini membawa lebih sinar kepada kerjaya Chef,semoga kejayaan yang lebih besar akan Chef  kecapi pada tahun ini,doa saya semoga Chef sentiasa bergembira dan ceria disamping insan-insan yang disayangi,sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh Allah,hendaknya,amin.Salam sayang daripada saya yang tak seberapa ini:)..>>>>(imagine la Chef baca hehe).