Total Pageviews

Saturday 14 June 2014

NEW WORKPLACE,MEETING NEW COLLEAGUES,NEW PEOPLE,MISC ATTITUDES,SAME RULES BUT DIFFERENT APPROACH...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,tempat keje baru,kawan-kawan baru,segala-galanya baru.Seolah-olah aku 'orang baru' yang 'terpaksa' memulakan semula kerjayaku dari mula.Memulakan kerja di tempat yang baru,dengan bilangan guru-gurunya yang ramai,jauh berbeza dari suasana di sekolah lamaku dulu.Apatah lagi bila aku 'berseorangan' di sini..hanya seorang guru yang baru bertukar di sini,jadi seakan segala-galanya 'asing' bagiku.Banyak tugasan dan perkara yang perlu dipelajari,ada yang sama tetapi berbeza dari segi pelaksanaannya.Alhamdulillah walaupun aku tidak dapat menafikan betapa ketidakpuasanhatiku dengan keadaan yang ku alami namun aku berjaya mengharunginya.

Aku sentiasa cuba berfikiran positif,Alhamdulillah,bersangka baik pada Allah,Dia membantu kita disaat kita 'hilang arah' dan pertolongan datang adakalanya tanpa kita sangka dan duga.Betapa Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.Dah memasuki bulan ke 6 aku di sini,agak mengejutkan sebenarnya bagi aku kerana  dapat menyesuaikan diri dengan agak cepat berbanding dengan seperti aku mula-mula posting dulu.Aku sememangnya seorang yang agak pendiam bagi yang tidak mengenali diriku,aku jarang bercakap kecuali perkara yang penting sahaja dan aku juga tidak begitu berminat untuk melibatkan diri pada sesuatu yang tidak dapat 'mengembangkan' minda aku.Tetapi adakalanya suka atau tidak,kita terpaksa 'berpura-pura' menjadi sebahagian dari mereka.Tidak mengapa asalkan masih lagi di bawah kawalan dan tidak melanggar hukum Tuhan.

Pengalaman 9 tahun mengajar bukanlah pengalaman yang terlalu lama,masih banyak yang perlu aku pelajari,masih banyak yang aku tak tahu,sememang ilmu harus sentiasa dicari,'dikemaskini' kan agar kita tidak ketinggalan dalam apa sahaja maklumat yang perlu untuk 'survive' dalam kehidupan ini.Dugaan dan kepayahan,pahit manis kehidupan banyak mematangkan kita.Banyak perkara yang kita kutip dan pelajari supaya kesilapan yang sama tidak akan kita ulangi,menjadikan kita manusia yang lebih berhati-hati agar tidak akan dikecewakan lagi.

Untuk mencapai sesuatu kejayaan,sememangnya perlukan dugaan dan cabaran yang harus kita redah,kita harungi.Kejayaan bukannya mudah,ternyata 'zon selesa' aku di tempat lama tidak aku nikmati di tempat baru.Cara aku berbeza,begitu juga ketika awal 'kemunculan' ku di tempat lama dahulu,ternyata dengan ketabahanku akhirnya cara aku diterima di sana..yang awalnya 'berbeza cara' sukar untuk diterima perubahan dan pembaharuan yang ku lakukan kerana aku mahu jadi pendidik yang berbeza caranya dan ternyata olahanku yang pada awalnya dipandang enteng oleh mereka akhirnya menjadi satu motivasi dan semangat untuk mereka mencontohiku.Bukan aku mendabik dada kerana usia kerjayaku dibidang ini yang masih mentah,masih merah,masih setahun jagung tetapi sekadar bercerita dan berkongsi sedikit akan pentingnya hati yang cekal dan tabah,positif dan memandang ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku.Allah akan sentiasa menolong mereka yang sabar dan bantuan dari Allah datang di saat yang kita tidak menduganya..di saat kita rasa kosong,di saat kita rasa hampir putus asa,pertolongan Allah datang pada saat itu..indahnya 'pujukan' dan kasih sayang Allah pada kita.Aku berkata begini berdasarkan pada pengalaman aku sendiri...dan keindahan kasih sayang Allah itu dapat dirasakan di dalam jiwa dan saat itu kita akan rasa.."Ya Allah,betapa kerdilnya hambaMu ini,kasih sayangMu Maha Luas...ampunkanlah hambaMu ini yang seringkali gagal menilai hikmah disebalik segala dugaan yang Engkau beri''...

Berbalik semula dengan kisah di tempat baru ku ini,aku diberikan kelas yang paling teruk dan terkebelakang sekali..ada seorang guru senior yang datang menghampiri aku sambil bertanya kelas mana yang aku dapat..mendengar jawapanku..dengan nada dan senyuman yang sinis mengatakan..kelas itu adalah kelas yang teruk..sukar dikawal..budak-budaknya ibarat tidak tahu apa-apa...sempat juga menyindirku mengatakan yang aku harus meminta ayat-ayat yang boleh kubaca sebagai doa daripada ustazah-ustazah yang berada di situ.Sinis sungguh!Aku hanya melemparkan senyuman kelat.Walaupun  baru 9 tahun aku di bidang ini,aku telah diamanahkan dengan pelbagai gelagat murid-murid dari kelas cemerlang hinggalah yang paling belakang.Dari tidak beradab muridnya sehingga menjadi insan yang sangat patuh dan memperolehi kejayaan akhirnya.Ini bukan omongon kosong atau mendabik dada,tetapi sekadar memberitahu bahawa kata-kata sinis itu tidak akan mematahkan semangatku.

Teringat kata-kata seorang teman apabila aku berkongsi cerita tentang si guru senior,katanya dengan 'berseloroh' aku lagi banyak ayat-ayat dan bacaan yang boleh ku amalkan untuk menghadapi situasi di dalam kelas dan berhadapan dengan murid-murid yang sebegini.

Diringkaskan cerita,6 bulan sudah berlalu,Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar.Walaupun sering blur dan adakalanya letih mengajar mereka,akhirnya...ye belum akhir lagi sebab ada beberapa bulan lagi:)..err maksudku utk ke hujung tahun ini...nampak perubahan sikap mereka,semangat ingin belajar itu ada,ketegasan dan kegaranganku sedikit sebanyak membentuk keperibadian mereka,mereka tahu disebalik ketegasan itu ada kasih sayang di situ,mereka mula mendengar kata.Alhamdulillah untuk peperiksaan pertengahan tahun menampakkan hasilnya..subjek yang ku ajar pun menampakkan peningkatan yang aku rasa macam tak percaya juga:)..namun ianya masih awal lagi..jadi setakat ini resultsnya aku puas hati..tak perlu terlalu melonjak...untuk kelas yang sering dipinggir dan disisihkan,ini adalah sesuatu yang 'membuka mata' orang-orang lain bahawa pandanglah sesuatu dari sudut yang positif,memang meletihkan sebab semua orang mahu yang cemerlang..tiada yang mahu cuba 'mencemerlangkan' mereka yang gagal.Permulaan ialah sikap dahulu,betulkan semua itu,dengan sedikit tazkirah dan motivasi yang diberikan setiap hari,insyaAllah lambat laun keberkesanan itu tetap ada.Hanya mereka yang punya jiwa dan mata hati yang celik dapat menilai dan melihat sesuatu perubahan itu,yang buta mata hatinya bagi mereka apa yang kulakukan biasa-biasa sahaja.Biarlah biasa-biasa di mata manusia,pandangan Allah itu yang lebih penting dan diutamakan.Aku ingin menjadi manusia yang 'luar biasa' itu,insyaAllah kejayaan milik aku,semoga tahun ke 10 ini dan hari-hari serta tahun-tahun yang mendatang,memberikan banyak sinar kejayaan dan kegembiraan buatku,amin.


No comments:

Post a Comment