Total Pageviews

Monday 31 December 2012

UNTUK DIA...UNTUK DIA...UNTUK CHEF ADU..OOPS HEHE..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku....suker lagu nie especially vokal Najwa Latif..gaya dia sweet aje dalam nie:)...kalau tuju lagu nie utk Chef Adu boleh tak?haha...Blog aku..terpulang apa aku nak bagi lagu kat sape2kan?hehe..alahai aku bukan kaco idup dia pun hehe...'kaco' dalam blog je aku mampu hehe...

Aku copy bahagian Najwa Latif aje:)..

Engkau punya gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja



Bertemu di muka buku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu


Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan






Sunday 30 December 2012

MARRIAGE PROPOSAL..MAT SALEH STYLE..NICE N SWEET..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,entri sebelumnya aku share cara wedding dan lamaran yang beradab dan Islamik serta bersesuaian dengan adab dan agama Islam.Cuma kali ini aku nak share wedding proposal mat saleh style:)..tak salahkan berkongsi?..sekadar suker-suker dan buat tambah ilmu jugakkan...maksud aku kita dapat lihat style dan cara orang lain kan...yang baik jadikan pedoman..yang tak baik jadikan aje tauladan..apapun sweet jugak cara lelaki nie..cuma kita takdela nak buat camnie kan..kawin masa tue jugak:)...ada adat,ada peraturan,ada undang-undang yang harus dipatuhikan:)..apapun enjoy kay,sekadar hiburan...






SANGAT MANIS,SANGAT COMEL,SANGAT INDAH LAMARAN & MAJLIS PERKAHWINAN INI:)

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,saje aku nak berkongsi majlis perkahwinan yang sweet,sejuk mata memandang di blog nie:)...salah satunya adalah lamaran yang sangat-sangat sweet,kalau aku pun dilamar begitu,mau teruja dan terharu dibuatnya(haha sekadar angan-angan aje..tak salahkan:p)..Wanita-wanita ini antara yang bertuah mendapat lelaki yang sebaik ini.Untung mereka,Alhamdulillah:).Suami Irma Hasmie,wajah dia yang paling aku sukai..suker tengok,tenang,bertuah Irma:)Ada orang kata iras Fahrin Ahmad,bagi aku ianya mengingatkan aku pada seorang pelakon Jepun yang berlakon citer Tokyo Cinderella yang popular tahun 90an dulu.Minat sangat-sangat aku dengan pelakon lelaki tue:).Okaylah nie saje nak share dalam blog,supaya bila aku nak cari nanti senang dalam blog aku kalau aku terlupa hehe..

sangat sweetkan lamaran ini..walaupun masih muda,matang 
dan penuh Islamik lamarannya:),sejuk mata memandang:)
Lagu:Christina Perry-Thousand Years
(lagu tema Breaking Dawn part 2-masa nie tak tayang lagi citer nie :)
Lagu Favourite aku:)








Tuesday 25 December 2012

RUQYAH SYARIAH.

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,di sini aku berkongsi ayat ruqyah penawar daripada gangguan jin dan syaitan.Aku sertakan videonya sekali dan sila baca sedikit penerangan yang diberikan di bawah video tersebut.Selebihnya boleh google di internet.



DOA MUSTAJAB PELINDUNG DARIPADA KECURIAN.

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,di sini ingin aku berkongsi doa mustajab untuk melindungi diri kita,kediaman kita dari kecurian.Sila tonton penerangan yang diberikan oleh Datuk Dr.Haron Din tentang ayat ini,semoga kita semua dapat mengamalkannya dan sesungguhnya ayat-ayat Al-quran itu banyak manfaatnya kepada kita.


Monday 24 December 2012

WHEN YOU LOVE SOMEONE...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,secara tiba-tiba aku teringat untuk mencari kembali blog lama aku..blog tahun 2004 dulu...zaman dulu-dulu,blog tue sehingga tahun 2009.Aku bercadang hendak menyalin semula mana-mana hasil coretanku ataupun mana-mana perkongsian dari internet yang ku catatkan di blog lama aku tue,yang ku raser menarik untuk di kongsikan di sini.Ini adalah antaranya..tak ingat aku jumpa kat laman sesawang mana kata-kata indah ini.Aku raser kata-kata indah ini mudah didapati sekiranya kita melayari internet.

When You Are Together With That Special Someone, You Pretend To Ignore That Person. But When That Special Someone Is Not Around, You Might Look Around To Find Them.
At That Moment, You Are In Love.

Although There Is Someone Else Who Always Makes You Laugh,
Your Eyes And Attention Might Go Only To That Special Someone.
Then, You Are In Love.


Although That Special Someone Was Supposed To Have Called You Long Back, To Let You Know Of Their Safe Arrival,
Your Phone Is Quiet.
You Are Desperately Waiting For The Call!
At That Moment, You Are In Love.


If You Are Much More Excited For One Short E-Mail From that Special Someone Than Other Many Long E-Mails,
You Are In Love.

When You Find Yourself As One Who Cannot Erase All The
Messages In Your Answering Machine Because Of One Message
From That Special Someone, You Are In Love.


When You Get A Couple Of Free Movie Tickets, You Would
Not Hesitate To Think Of That Special Someone.
Then, You Are In Love.


You Keep Telling Yourself, "That Special Someone Is Just A Friend", But You Realize That You Can Not Avoid That Person's Special Attraction. 

At That Moment, You Are In Love.

While You Are Reading This Page, If Someone
Appears In Your Mind,

Then U Are In Love With That Person.

Sunday 23 December 2012

KAU ADA DIA.

THE LIMA :KAU ADA DIA..

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa

Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya
  Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia

Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia.
 

Saturday 22 December 2012

BUKU NASI & SENI..& WAJAH KESAYANGAN HAMBA..:)

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,saje aku nak share buku resepi Chef Adu iaitu "Nasi dan Seni" yang aku beli melalui admin fanpage https://www.facebook.com/ChefAduAmran iaitu mymagneticmenu.Dalam entri yang terdahulu,aku ada menceritakan tentang buku nie kan..nie aku saje nak share gambar buku tersebut berserta tandatangan Chef Adu..

Aku juga letakkan di sini gambar terbaru Chef Adu yang paling aku suker hehe..aku memang suker dia amik gambar macam ni,tak perlu senyum sangat,senyum sikit aje dah cukup,renungan mata macam nielah yang paling aku suker,boleh buat cair kalau ada kat depan mata dia tue haha...sebab apa aku kata tak perlu senyum sangat,hanya senyum sedikit sebabnya mata dia tue pun dah turut tersenyum sekali..jadi gabungan dua senyuman di situ:)..aku dah mintak izin kat Chef melalui fanpage dia(kalau la boleh mintak izin personally hehe kan ke best)..untuk letak dalam blog aku nie.Jadi inilah dia gambar-gambarnya hehe:)..okay maafle buat masa nie kerap pulak aku update pasal Chef Adu aje hehe..takpe bukak sekolah nanti,aku dah stat bzz balik..aku akan update pasal aktiviti aku kat sekolah pulak nanti:).



HI TEA BERSAMA CHEF ADU..AKHIRNYA BERTEMU JUA:)

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,agak terlambat sikit nak tulis tentang Hi Tea dengan Chef Adu nie:)...Nak menunggu Chef baca..ntahla..macam takde harapan aje haha..takpe aku buat-buat la macam dia baca ye:)...

Alhamdulillah hari dan saat yang dinantikan untuk bertentang mata(haha ayat..)..dengan Chef pujaan hatiku diizinkan oleh Allah.Malah segala-galanya dipermudahkan oleh Allah,Alhamdulillah.:).

Hmm camne nak stat ye hehe..almaklum la dah berbalam-balam ingatannya haha..yang clear dan jelas muka chef aje haha...okaylah camnie...Hi Tea bersama Chef Adu bermula pada pukul 12.00pm sehingga 4.00pm..yang waktu nie aku harap next time dapat diubah ke pukul 2.30 ke or pukul 3.00-5.00pm mungkin lagi sesuai..itu pendapat akulah,jangan marah aa admin hehe...

Ok aku dan makcik aku sampai lebih kurang dalam pukul 12.00 lebih..takle lebih sangat..lebih dalam bape minit je hehe...oh ye lupa lak nak mention Hi Tea nie diadakan di Halia Grill,Sime Darby Convention Centre,di Bukit Kiara...almaklumle tak pernah pegi hehe..nasib la tak mencacau cari tempatnya sebab seminggu sebelum tue aku dah ajak makcik aku survey dulu mane tempatnya..maklumla kitaorang nie bukannya terer ngat jalan-jalan kat kl ni..biasanya main redah dan berpandu pada gps,manalah tau takdir Tuhan hari yang sebenar sesat ke kalau tak pergi survey jalan awal-awal.Bak kata Aerosmith"I don't wanna miss  a thing"...tak tinggal walau satu saat pun bersama Chef Adu..chewah...haha..

Okay sambung balik hehe...bila sampai aje..kitaorang pun tuju la ke kaunter melihat 2 orang gadis yang ayu jelita duduk di meja pendaftaran.Selepas mendaftar,kami diiringi(ewah cam vip la pulak haha) oleh seorang lagi gadis yang baik hati(masa nie aku tak tahu pun inilah miss admin..Cik Nori-maap ye:)..saya budak baru belajar hehe)..sampai tempat yang dituju,kami diberi penerangan(formal la pulak kami nie hehe)..kitaorang diberi penerangan serba sedikit...yang aku paling ingat yelah..abang adu aku...opps...maaf ye..Chef Adu aku..(nak gak tambah aku tue haha) tak datang lagi.

Aku nampak ada 3 orang yang baru datang,sempatla jugak aku menghulurkan tangan sebagai salam perkenalan...salah seorang daripada mereka memberitahu aku dia memilih meja tersebut sebab mereka dapat tahu kemungkinan Chef Adu akan duduk di situ..aku pun senyum sambil berkata "oh yeke"..aku mengambil keputusan untuk tidak duduk di situ dan mengajak makcik aku duduk di meja yang berdekatan dengan pintu masuk.Sebenarnya bukanlah pintu masuk pertama..tapi pintu masuk ke meja makan..haish.camne nak explain nie haha...sedangkan pada ketika itu ada 2 buah lagi meja di hadapan kami yang masih lagi kosong.Aku kata kat makcik aku,tak payahla duduk sebelah Chef,dapat tengok dia dari jauh pun takpelah,kat tempat kita duduk nie boleh nampak  muka dia.(Aku tak le taruh harapan yang tinggi sangat masa datang tue..lagipun sah-sah aku terketar-ketar kalau dia duduk sebelah aku..kang terus jadi perempuan Melayu terakhirkan..sangatlah tertib dan bersopannya..kang nak telan makanan satu-satu pun macam tak tertelan haha).Begitu hebatnya 'penangan' aura Chef Adu nie hehe.Mintak maaf la...frankly speaking,sebelum aku hadir ke majlis nie..aku membayangkan suasana lain..ape yang lain..kang aku sambung kat bawah-bawah haha...Setelah meletakkan handbag masing-masing,kami pun mula mengambil makanan..mula dengan buah-buahan dahulu sebabnya..aku dan makcik aku kenyang lagi..kitaorang baru je makan nasi lemak...sarapan pagi yang teramatlah lambatnya(dekat 11 lbh br nak sarapan) haha..ape taknya kekenyangan..eh bukan pasal nak jumpa Chef Adu eh..tapi adalah jugak sikit-sikit haha..malu nak ngaku sebenarnya muehehe...

Sambil menikmati makanan entah pinggan yang ke berapa haha..datanglah dua orang wanita anggun duduk di hadapan kami.Masing-masing saling membalas senyum antara kami.Aku tak tahu pun nak memulakan perbualan macammana sebab aku nie kalau orang yang tak kenal memang aku takde idea nak memulakan perbualan,tue yang kadang-kadang nampak macam sombong,pendiam dan tak bape mesra alam.sepatah ditanya,sepatah la dijawabnya hehe...

Akhirnya yang ditunggu pun dah kunjung tiba..jeng..jeng..jeng...hehe...Chef Adu dah sampai! dan hanya tak beberapa meter dari tempat kami duduk..dah dup dap dup dap nie..masa aku menoleh..agak terlindung oleh admin dan mungkin ada 2,3 orang yang lain...maaf le tak bape nak ingat..aku hanya nampak wajah Chef Adu di celah-celah anggota badan diorang:).Takdir penentu segala-galanya...niat asal untuk duduk jauh dari Chef Adu dan hanya sekadar cukup melihat dia dari jauh,nampaknya tidak membuahkan hasil SEBAB...dia duduk dekat meja kitaorang....yeay...I love U la Chef Adu!..ehem..sori terover la pulak...maaf gagal mengawal perasaan bila teringat saat- saat membahagiakan itu...cewah..haha...tapi dia tak duduk sebelah aku,dia duduk sebelah makcik aku..hai bertuah badan makcik aku ye..ala-ala jeles nie hehe..sambil mengawal perasaan yang teruja sangat-sangat....tapi yang pasti aku raser takde sape perasaan wajah keterujaan aku masa tue mungkin sebabnya aku berjaya mengawal perasaan,mungkin nampak aku macam diam aje....yela memangla sebab aku pendiam dengan orang aku tak biasa aje...kalau dah kenal aku okay je  hehe...Chef Adu datang bersama adiknya dan juga kawan merangkap PAnya.Alhamdulillah,aku masih lagi dapat duduk berhampiran dia walaupun ada 'jarak pemisah' antara kami iaitu makcik aku:).Agak terlindung sikit pada mulanya sebab aku harus menoleh kepala aku ke sebelah kananku untuk melihat si dia dengan lebih dekat..eh sidia?amboi-amboi..ehem haha...oklah melihat Chef Adu lebih dekat:).Pertama kali melihat dia,perasaan aku?hmm...teruja tapi terkawal,dia simple aje orangnya..wajah dia sama sahaja seperti yang kulihat dikaca tv cuma dia hadir dengan berkacamata.Aku sempat meminta seseorang menangkap gambar kami(admin aku raser,tima kasih hehe)...ketika kamera dipulangkan padaku,aku sempat melihat hasil gambar yang ditangkap,agak gelap sebab tanpa flash hehe..aku cakap ngan makcik aku gambar agak gelap tapi boleh diterangkan.

Err pastu ape eh...lupe hehe..lebih kurang camnie la..Chef kata dia belum makan lagi,jadi dia pun bangunla amik makanan,aku pun ikut sekali..eh silap..mane ada aku ikut skali..haish...sori salah skrip ma haha...PA dan adiknya pun sama pergi amik makanan jugak.Nasib baiklah Chef makan sebelah makcik aku,kalau dia duduk depan aku atau tempat PA atau adik dia duduk,mau aku sibuk merenung dia makan kot haha...oh sebelum tue,masa dia pergi amik makanan,aku cakap ngan makcik aku,memang rezeki kitaorang la dia duduk kat tempat kami,kalau dah takdir macam tue,macam mana pun akan jadi juga kan,Itu namanya TUAH:)..Alhamdulillah.Okay dipendekkan cerita....eh pendek ke macam dah panjang lebar je nie hehe.kalau boleh aku nak citer satu persatu dengan,nak citer sedetails boleh..hehe...rosak bahasa..terperinci yang boleh..tapi biarlah rahsia haha...gurau je..aku bukannya ada fotogenic memory kan..hentam jelah mane yang aku ingat kan kan hehe...

Masa chef sedang makan..maka perbualan di meja kami pun bermula la..kakak-kakak di hadapanku dan di tepiku mulai bertanyakan pelbagai soalan..memulakan perbualan dengan Chef..makcik aku sesekali menyampuk..aku cam biasala diam aje..sambil menatap wajah Chef hehe:)...aku bab menyampuk pun tak pandai..tak reti camne nak menyelitkan perbualan haha..yang aku tahu,senyum dan angguk je :)..semasa Chef bercakap,aku cuba melihat wajah dan matanya sekerap yang boleh walaupun sebenarnya terpaksa menelengkan kepala aku ke sebelah kanan hehe...of course ketika berbual mata dan wajahnya lebih banyak ke arah mereka yang berbual di hadapannya dan ke orang di sebelahnya,sapa lagi makcik aku la...hai kecik ati ku haha..tuela sape suruh tak beramah mesra dan tanya soalan..salah diri sendiri daa..hehee..

Perbualan berkisar pada Masterchef,terselit gak pasal Ammar dan Che Lah...apa inti patinya?aku biar je sape yang baca teka sendiri hehe...aku ingat tapi malas nak tulis:)...details sangat la pulak kang:)..setelah selesai makan dan agak lama di meja kami,Chef bangun untuk melayan para peminatnya yang sudi hadir ke majlis Hi Tea beliau yang sedang duduk di meja-meja lain.Semasa bangun dan sebelum menuju ke meja lain,masa nie Chef lalu belakang makcik aku..(masih aku ingat dengan jelas ketika itu wajahnya,suaranya,pergerakannya heehe alahai,hampir semuanya :)..)...err..ape yang Chef kata ye masa dia lalu belakang makcik aku tue haha..okay lebih kurang begini ayatnya"sebenarnya saya pun bila dengan Che Lah terkedu/kelu jugak lidah..haha"..lepas tue dia gelak...comel aje..saje nak buat orang jeles tau haha..comel..salah dan silap dari segi dialog harap maaf ye ..lebih kurang la macam tue...comel gurau Chef tue..aku jeles?jeles gak..jeles-jeles manja haha...ape daa...

Sementera Chef melayani para tetamu yang lain,masing-masing mulai 'menemuduga' adik Chef dan PAnya.Inilah masanya nak berkenal-kenalan dengan diorang dan 'mengorek' rahsia Chef haha..jangan marah Chef.Adik dia simple dan very nice orangnya,begitu juga dengan PA nya Razak,sangat-sangat friendly diorang nie...bermula sesi 'sharing and caring' haha..termasuklah ada yang bertanya sama ada Chef dah kahwin ke belum,citer pasal Che Lah terselit jugak hehe..dan lain-lain..masa tuelah bermulanya rancak perbualan kami dan bermulalah kemesraan terjalin...kecoh jugak meja kami tue sebenarnya..meriah!hehe..bak kata orang...best giler!hehe...cerita pasal Che Lah "orang cantik pun pandai masak..sampailah ke kakak M..err ape dia"orang berusia pun pandai masak" haha..memang terbaikk..:)..

Ringkaskan cerita lagi..hehe..panjang kalau ikutkan nie..oklah..ramai yang amik kesempatan(of courselakan) bergambar ngan Chef Adu.Dia kelihatan begitu tenang dan ramah melayani kami peminatnya yang berebut untuk merakamkan saat-saat indah pertemuan itu di dalam kamera masing-masing.Begitu juga dengan aku dan makcik aku.Chef Adu juga begitu sabar dengan gelagat-gelagat peminatnya semua,susah nak dapat selebriti macam nie..kata-katanya lembut,merendah diri,layanannya boleh dikatakan sama rata..tiada yang terasa diketepikan...itu pada pandangan mata aku la...sebab pada mulanya aku menyangka mungkin yang dah biasa komen kat fanpage dia,akan mendapat 'layanan' lebih sikit sebab mungkin dia dah kenalkan,namun telahan ku meleset)(maafkan saya Chef:)...aku tak kisah sebenarnya sebab 'get used to it"...Alhamdulillah,dia seorang yang sangat baik,humble dan membuatkan orang di sekelilingnya merasai bahawa dia menghargai kehadiran kami semua.Ni yang buat aku bertambah sayang kat Chef nie hehe..(senyum sambil merah-merah muka masa taip nie hehe).

Selepas aku dan makcik aku berkesempatan bergambar bertiga dengannya,Chef berkata kepada kami" nie team merah dan team biru nie"...nak je aku cakap..Chef pilih yang mana satu?haha..fav kaler aku adalah biru,tapi aku pakai baju merah..tapi sebab aku 'tak sanggup' nak dengar Chef pilih yang mane..jadi baik tak yah tanya haha...

Okay,lepas Chef dah abis bergambar(sementara aje lepas tue,bergambar lagi hehe)..Chef pun duduk di hadapanku sambil menandatangani buku-buku resepinya iaitu Nasi dan Seni.Aku dan makcik aku pula menanti peluang untuk Chef menandatangani gambar dia yang telah aku cuci sebanyak 2 keping untuk aku dan makcik aku.Sambil Chef menandatangani buku-buku resepinya,dia juga melayani pertanyaan rakan-rakan yang duduk semeja dengan aku dan makcik aku.Seronok aku menatap wajahnya di hadapanku,kutatap wajahnya,kuperhati setiap tutur bicaranya,ku cuba halusi perwatakannya...dia ada aura yang tersendiri,sikapnya yang mesra melayani setiap pertanyaan tanpa jemu,jelas terpancar keikhlasan pada wajahnya ternyata lelaki di hadapanku ini memang bisa membuat mana-mana wanita boleh tertarik dan jatuh cinta padanya.Aku?memanglah jatuh hati jugak hehe...tapi peluang tue jauh sekali..sebab aku tak masuk dalam kategori wanita pilihan dia hehe...agaknya la..jadi jangan la nak perasan dan ditimpa perasaan haha...Maaf ye Chef,sebab saya suker kat Chef:)..hehe...

Kemudian ada sesi soal jawab di mana Miss admin telahpun memberikan beberapa kepingan kertas yang tertera soalan-soalan dari peminatnya.Chef duduk di bahagian tengah-tengah antara meja-meja peminatnya dan menjawab soalan-soalan yang ditanya dengan baik sekali.Antara soalan-soalannya adalah,adik berapa orang,siapakah girlfriendnya(yang ini soalan fav aku haha),makanan kegemarannya etc etc..tak yah lah aku tulis semua soalan yang tanya walaupun aku ingat hehe..biarlah rahsia :).Yang pasti Chef bijak menjawab semua soalan yang diberikan..malah jawapan 'selamat' juga memang sangat bijak diberikan iaitu seperti soalan "Siapakah girlfriend Chef?"..dia jawab" Girlfriend ramai,tapi tak tahu mana satu nak pilih"..dia gelak lepas tue..dan semua orang pun tergelak jugak dengan jawapan selamat yang diberikan..pandai ye Chef..hehe..(dalam hati aku cakap...susah-susah sangat pilih saya la Chef haha tak ingat donia aku nie)..

Panjang la pulak...kena terus sampai conclusionsnya haha...kami kemudiannya bergambar beramai-ramai..selepas itu..masing-masing masih lagi tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Chef di depan restoran Halia Grill.Aku dan makcik aku melihat gelagat peminat-peminatnya dari jauh.Aku sebenarnya ingin sekali bergambar lagi dengan dia dan ingin merakamkan gambar bersama Chef di hadapan Restoran tersebut..tapi segan la pulak..hasrat itu terpaksa aku pendamkan...:(..ala sedih la pulak...:(...Aku mengajak makcik aku menuruni escalator sambil masih lagi sempat menoleh untuk menatap wajah Chef buat yang kesekian kalinya..sambil menuruni tangga escalator,fikiranku masih menerawang mengingati wajah dan tutur katanya..ai dah rindu la pulak..haish hehe...

Sampai di bawah..sibuk la pulak aku dan makcik aku amik gambar dekat depan kaunter Sime Darby Convention Center tue dan juga di bawah pokok krismasnya...ada dua orang lagi kakak yang duduk semeja denganku menunggu dibawah kerana pada ketika itu hujan sedang membasahi bumi.Akhirnya Chef,adiknya,PA dia dan beberapa orang peminatnya menuruni escalator..aku sempat snap gambar dia turun tangga dari jauh..kelakar la pulak,macam papparazi..tapi sayang gambar tue blur sebab aku guna kamera biasa aje:)..semasa Chef turun ingin rasernya aku menghampirinya tetapi tidak kulakukan bimbang tindakanku tue menganggu dia pula...aku dan makcik aku sempatla lambai tangan kata bye bye chef..dan mungkin aku terpaku bila dia dihadapanku menyebabkan aku lupa dia balas balik tak bye bye kitaorg haha...

Aku memerhatikan Chef  melangkah keluar dan kemudian aku dengan makcik aku pun keluar.Kami sempat bergambar di sebelah kereta mewah berwarna merah.Wajah dan mata aku melihat kamera ketika itu,tapi hati dan perasaanku sebenarnya ingin sekali menoleh ke arah Chef yang sedang melayani peminat-peminatnya lagi:).Aku sempat menoleh ke arah Chef ketika kami melalui jalan di tepinya.Bila sampai di kereta,masih lagi berharap untuk melihat wajah Chef lagi.Sehinggala aku nampak Chef berlalu pergi ke arah kereta kawannya(aku hanya nampak dia menuju ke arah parking kereta,tapi tak nampak keretanya).Semasa dalam perjalanan keluar dari situ,ternampak kereta warna hitam..lupe kete ape hehe..menurut seorang rakan yang dikenali semasa hi tea tersebut,itu lah kereta yang dinaiki oleh Chef bersama-sama adik dan kawannya.Yang memandu kereta tersebut adalah rakannya merangkap PAnya:).

Alhamdulillah segala-segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah,indah sungguh kenangan itu,Chef akan saya kenang selamanya layanan baik yang Chef berikan.Terima kasih banyak-banyak.Saya sentiasa mendoakan agar Chef sentiasa dalam rahmat Allah,hendaknya,amin.Buat pihak admin,terima kasih kerana menganjurkan hi tea yang sangat istimewa ini,anda telah melakukan yang terbaik.Syabas!Buat rakan-rakan kenalan baruku(rasernya anda tahu anda siapakan hehe)...terima kasih atas layanan yang baik,anda semua sangat istimewa..semoga persahabatan kita berkekalan dan semoga kita dapat bertemu lagi di majlis bersama Chef Adu lagi pada masa hadapan,amin.Dapat duduk satu meja lagi,mesti meriah kan kan hehe..Eh lupa pulak..Izyan pemenang masterchef juga turut menghadirkan diri ke majlis ini:).Maaf gambar yang agak kecil di bawah ini..nampak macam tak meriah eh?hehe..aku asalnya nak buat slide tapi takpela kemudian lah ye hehe:).Harap-harap Chef baca ape yang aku tulis nie...tapi camne nak dapat tahu ye?hehe..doa ajelah:).

ok ini pulak link ke entri Chef Adu yang lain:)






Thursday 20 December 2012

DEWI CINTA...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,pada hari selasa hampir pukul 4 pagi secara tiba-tiba aku teringat kisah dalam filem lama Dewi Cinta lakonan Ogy Ahmad Daud dan juga Richie Ricardo(hensem dia nie..satu masa dulu lah haha)...bukanlah aku nak kata citer nie bagus sangat...biasa aje..cuma bila aku teringat cerita nie..mesti aku akan teringatkan kisah lilin dan bunga api.Aku teringat kembali kisah ini apabila secara tak sengaja seorang kawan di twitter twit dengan aku tentang AriWibowo..dan aku menyangka Ari dan Richie adalah orang yang sama...nasibla aku cari di youtube dan terjumpalah movie nie..kisahnya ...seorang puteri telah dilamar oleh seorang putera raja dan seorang pemuda biasa..siapakah pilihan sang puteri?..

Tuan puteri telah menyuruh si putera dan si pemuda memberikan satu barang yang boleh menerangi dirinya pabila di dalam kegelapan..esoknya sang puteri menerima  2 bungkusan barang..lilin dgn bunga api...akhirnya sang puteri pun memilih salah satu..dan hidup bahagia bersama pilihannya

Si Richie Ricardo pun memberikan sepucuk surat yang menceritakan kisah puteri tadi dan memberikan sebatang  lilin pada  Ogy Ahmad Daud...menyuruhnya berfikir(Ogy dalam dilemma sama ada untuk memilih kekasih lamanya lakonan Azmil Mustapha ataupun Richie Ricardo)...

Satu hari Ogy pun datangla ke rumah Richie Ricardo...masa nie dia tengah makan malam bersama familinya...Ogy pun cakap:3 hari aku membaca suratmu,berkali-kali kubaca sampai hafal dan pada satu malam kucuba padamkan lampu,lalu kunyalakan kembang api(aku raser bunga api hehe) yang kubeli.Setelah itu kumenyalakan(actually aku tak bape dengar sangat bijik butir dialog dia masa nie) lilin yang kau berikan,akhirnya aku mendapat jawapan.Kemudian aku sedar bahawa hubungan ku dengan dia ibarat kembang api,bersinar indah tapi tak tahan lama,bila tidak hati-hati,malah melukai diri sendiri,Maka kuputuskan untuk tidak meneruskan hubungan ku dengan dia sama sekali.
Ogy mengeluarkan lilin berwarna merah dari dalam begnya lalu berkata"lilin ini mewakili diriku,merah tandanya berani,tabah serta pantang menyerah.Dia akan selalu setia dan sedia dinyalakan pada setiap saat.Hanya kau yang berhak menyalakannya.Bersediakah kau memberikan sepercik apinya padaku?

Ini adalah bahagian yang paling aku suker:)..oklah dah pagi buta nie..kena tido hehehe..asik tido lambat disebabkan cuti sekolah dan tunggu Chef Adu update apa-apa pasal kisah dia atau gambar dia kat fanpage dia..barulah boleh aku tidur haha..dah bukak sekolah tak boleh la nak berjaga lama macam nie:)..aku dah cuba upload video Dewi Cinta nie kat sini tapi mungkin disebabkan masalah teknikal ke ape ntah loading dia dahle lama pastu tak dapat jugak letak dalam nie..jadi bagi sesiapa yang membaca blog aku ini..kalau raser nak cari dalam youtube..carilah dewi cinta part 3 k...
 


 

Wednesday 19 December 2012

MAJALAH SAJI...COVER SAPE LAGI..CHEF ADU LA HEHE..

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,aku nak share gambar-gambar dalam Majalah Saji keluaran Januari 2013...gambar ehem..sape lagi..Chef pujaan hatiku..abang Adu haha...berani aku nak panggil dia macam tue?Dia pun belum tentu bagi aku panggil dia dengan panggilan macam tue haha..ala..apesalnya berangan kan..tak kena bayar ape pung kan hehe..

Okayla...nie gambar-gambar dia dalam Majalah Saji..sukernya aku sebab dia pakai baju kaler biru..Majalah pun cover kaler biru gak..hehe..sori la aku citer pasal gambar bukan pasal resepi-resepi dia dalam ni..tapi kalau tengok..memang sedap le..menarik...bila aku nak rajin buat nie hehe..agaknya tunggu bila ada bunyi-bunyi kompang majlis aku kot baru aku sibuk nak praktik banyak resepi hehe...

Okayla..nie gambau-gambaunya:)..



THE HOBBIT...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku..ini aku nak citer pasal filem The Hobbit pulak...alahai mata dah ngantuk nie..nak share pasal Hi Tea pun tak sempat lagi nie:).

Okayla disebabkan aku minat sangat dengan trilogy Lord Of The Rings..and suker dengan watak Frodo tue selain raja dia yang ala ala cam hensem gak tue haha...jadi teruja la jugak nak tengok citer nie..watak-watak semua hamper sama dan dikenali,cuma ada tambahan watak-watak baru...aku tak baca buku The Hobbit nie samala dengan buku-buku Lord of The Rings ngan Harry Porter gak..saje malas baca..tapi aku enjoy sangat-sangat movie-movie camnie:).

Secara keseluruhan okay gak citer nie..nak tengok kali ke 2 bergantung pada keadaan..okay aje kalau ada kelapangan hehe...aku suker kalau citer omputih nie mesti ada moral value disebalik citer.

Aku tak taula kalau orang lain kan..mungkin bagi orang lain hanya hiburan yang tersurat aje..tapi aku nak gak 'baca' yang tersirat.

Okayla..sebab aku nak masukkan entri lain,jadi aku terpaksa pendekkan entri nie..dah takde idea utk part nie sebab asik layan orang twit n chat kat facebook..alih-alih terabai gak nak update kat sini:).

BREAKING DAWN PART 2...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,rasernya agak terlambat nak citer pasal movie Breaking Dawn kan..ahhh tapi tak kisahla kan sebab ini blog aku..dan terpulang pada aku bila nak update dan masukkan citer kan..kan kan hehe...walaupun dah basi ke hehe.....

Okay nak stori mori pasal movie Breaking Dawn part 2...*sigh* dulu hehe..memang best sangat-sangat...ending yang sangat menyentuh perasaan dan puas hati sangat-sangat(sebut panjang sikit hehe)...aku taklah ingat sangat sepenuhnya citer dalam buku dia...aku tahu ada orang yang sanggup baca semula supaya fresh balik memori diorang pasal citer nie...aku takle buat sampai macam tue,mungkin kalau aku beli hardcover kemudian nanti,baru aku nak ulangkaji balik kot hehe...

Tapi terus-teranglah memang sangat puas hati pengakhirannya..raser macam tak puas tengok pun dah ada..maka tamatla riwayat The Twilight Saga....akan rindukan Edward,Bella,Jacob,Alice dan yang latest si comel Renesmee:)..puas hati la pembawa watak Renesmee tue..sebabnya masa baca buku pun aku dah terbayangkan kecomelan Renesmee nie...memangla baca buku lagi details kan..sedaya upaya penulis citer 'menyumbat' hampir semuanya ke dalam movie tue...puas hati, berbaloi-baloi dengan tiket yang dibeli dan aku tengok sampai 3 kali hehe..biasala..semua citer Twilight Saga nie aku tengok dalam 2 dan 3 kali...ai..fanatic betulla hehe..bukan ape tak puas tengok skali...:)

Bella sangat cantik dalam movie nie..maklumle dah jadi vampirekan:)...Edward ada masa handsome ada masa so so aje hehe..aku nampak dia handsome masa scene Bella nak terjah deer tue..pastu dia baham si rimau tue..aa masa tue bila focus kat Edward baru nampak dia hensem hehe...
Jacob cam biasa memangla sedia hensem kan..tak lupa dengan Jasper gak..suker kenakalan watak Emmet memang mencuit hati:)...tapi pemenang wajah yang paling hensem n cool ialah..bapak diorang haha..si Carlisle..aku memang minat sungguh..maybe sebab dia sentiasa cool ada sifat kebapaan...tue yang membuatkan aku suker sangat-sangat haha...

Scene favourite aku adalah fighting scene..sangat mengujakan..wow...hehee...cam tak puas aje tengok..dapat idea untuk persembahan tahun 6 tahun hadapan hehe..kononnya..:)..Oklah..ape yang pasti..memang worth it la..sampai aku tergila-gilakan jugak lagu dia :)..part last masa dia flashback balik watak-watak yang dulu..dengan iringan lagu Thousand Years,Christina Perri tue,memang sesuai dan sangat menarik serta membuat perasaan.Tak kisah la kalau ada sikit-sikit yang ada orang tak puas hati bab muka baby tue..ala tak kisahla..logic tak logic..kalau tengok citer Hindustan or citer Melayu pun  ada gak yang tak logiknya...tapi memang oklah..abaikan aje haha...overall 2 thumbs up!

 

Friday 7 December 2012

"GORESAN HATI SEORANG UKHTY"

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,perkongsian dari facebook
https://www.facebook.com/pages/Wahai-Calon-ImamkuTakkan-Habis-Ku-Berdoa-Jadi-Kekasih-Halalmu/434654839900622

Aku copy n paste dari facebook ini kerana aku rasakan ayat-ayatnya sangat sesuai,ianya memberikan motivasi dan tazkirah kepada kita.

Bismillahirahmanirrahim,,

Aku belum berani berharap banyak,
Apakah nantinya engkau bakal menjadi jodohku atau tidak.

Aku juga belum berani berharap banyak,Apakah nantinya engkau akan menyukaiku atau tidak.

Aku juga belum berani berharap banyak,Apakah nantinya engkau akan mencintaiku atau tidak.


Aku juga belum berani berharap banyak,Apakah nantinya engkau akan menyayangiku atau tidak.

Dan aku juga benar2 belum berani berharap banyak,
Apakah nantinya engkau akan menjatuhkan pilihan kepadaku atau tidak untuk dijadikan pendamping hidupmu.

Perlu engkau ketahui,
Untuk saat ini,

Aku hanya bisa berharap dan berusaha,Untuk menjadi seorang wanita yang senantiasa bisa menjaga diri dan membawa diri.

Aku hanya bisa berharap dan berusaha,Untuk menjadi seorang wanita yang senantiasa pandai menjaga ucapan dan yang senantiasa memuliakan akhlak.

Dan aku hanya bisa berharap dan berusaha,Untuk menjadi seorang wanita yang mampu memperteguh keimanan dan ketakwaan kepadaNya.

Agar nantinya aku bakal,
Menjadi peribadi yang semakin mendekatkan diri kepada Ilahi Rabbi.

Menjadi pribadi yang semakin mendekatkan diri kepada tuntunan Nabi.

Menjadi sosok wanita sholehah yang senantiasa hanya berharap seorang Imam yang benar2 diredhaiNya...

PELALAU:PUNCA JODOH BERAT.

Assaalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,aku ingin berkongsi satu tajuk dalam rancangan Wanita Hari Ini yang bersiaran pada hari Khamis 6hb Disember 2012,tajuknya adalah"PELALAU:PUNCA JODOH BERAT".

Sememangnya kebiasaannya aku suka mengikuti program atau ceramah yang berkaitan dengan ilmu perubatan Islam ini sama ada melalui kaca tv ataupun akhbar.Aku pernah menghadiri seminar pertahanan dalaman diri yang dianjurkan oleh sebuah pusat rawatan kontemporari.InsyaAllah,aku ingin sekali mengikuti program atau seminar seperti ini pada masa hadapan sekiranya berkesempatan dan dizinkan oleh Allah,amin.

Di sini aku ingin berkongsi tips untuk mengetahui sama ada di dalam badan kita ada mempunyai makhluk halus atau tidak,aku ambil dari WHI yang ku tonton tengahari semalam (terima kasih kepada rakan yang berkongsi maklumat di twitter:).

Menurut Ustaz Suhaimi(seorang pengamal perubatan Islam),mereka yang ingin mengesan adanya makhluk halus pada tubuh mereka,boleh mengamal ayat dari Surah Al Israk ayat 70,sekiranya seseorang itu tidak dapat membaca ayat tersebut,kemungkinan itu petanda ada makhluk halus di dalam badannya.(Tetapi bagi orang yang tak pernah atau tidak tahu mengaji,sila belajar terlebih dahulu ya,jangan terus assume anda tidak boleh membaca disebabkan ada makhluk halus di dalam badan anda-ini pada pendapat peribadi aku la).


Amalan yang lain yang diberikan oleh Ustaz Suhaimi adalah membaca surah Yassin ayat ke 60 dan juga Surah Al Mukminun ayat ke 115,baca 21x pada minyak wangi kita dan calitkan pada kedua-dua kening serta kedua-kedua nadi di pergelangan tangan kita,dileher dan tengkuk(sila tonton video mungkin ada kesilapan dalam penerangan yang aku tulis nie),juga disedut bau minyak wangi tersebut.Ayat di bawah ini adalah ayat 70 dari Surah Yassin,mula dari ayat Innahulakum aduwum mubin(maaf atas kesilapan ejaan dalam rumi,sila rujuk pada yang pakar).Manakala paparan gambar ayat yang ke 2 adalah dari Surah Al Mukminun ayat ke 115.



Sedikit sedutan video dari Wanita Hari ini tentang tajuk Pelalau ini,aku rakam gunakan kamera kecilku sahaja,untuk menonton video penuh sila ke http://www.tonton.com.my. Adalah lebih baik menonton sendiri rakaman penuh kerana mungkin aku ada tersilap dalam memberikan maklumat.






Wednesday 5 December 2012

BUKU OH BUKU....

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,ini antara buku-buku yang harus aku habiskan membacanya dalam minggu ini..err...boleh ke?hehe...cuba abiskan dalam tempoh dua minggu nie,sebab ada lagi beberapa buah buku yang menanti untuk dihabiskan...buku yang aku cepat abis dan tak boleh letak walaupun sebentar ialah Twilight,New Moon,Eclipse dan  Breaking Dawn...buku-buku ini bagi aku adalah di antara yang menjadi kesukaan dan kesayangan aku.Aku mula beli selepas pertama kali melihat movie Twilight di panggung wayang..selepas dah abiskan semua siri,tak sabar-sabar nak tunggu sambungan movie yang berikutnya sehinggalah ending yang sangat indah dalam Breaking Dawn Part 2..citernya akan aku sambung dalam entri lain hehe...

oklah inilah buku-buku yang perlu dihabiskan sebelum start meeting ujung bulan nie..dan stat bukak sekolah..


IZINKAN AKU MENYAYANGIMU DI DALAM DIAM DAN DARI KEJAUHAN....

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,hmm...bagaimana harus aku memulakannya ye...sudah banyak kali aku menyukai seseorang,namun kebiasaanya seseorang itu tidak mempunyai perasaan yang sama dengan aku.Walau bagaimana aku cuba untuk 'menonjolkan' diri agar sidia perasan akan kehadiranku,seringkali berakhir dengan 'tidak seperti diharapkan'...suatu masa dulu memangla aku akan kecewa,tertanya mengapa...mulalah aku berasa rendah diri dengan rupa paras yang tak cantik,fizikal yang tak seberapa...dan berbagai lagi andaian kekecewaan yang katakan pada diriku.

Masa berlalu pergi..Alhamdulillah...mungkin dengan sedikit kematangan,taufik dan hidayah yang Allah berikan...aku semakin hari semakin berfikiran positif..menenangkan diri,menyayangi diriku.Malah aku belajar untuk menghargai diriku...walaupun mungkin disisi manusia...tiada siapa yang sudi memandang wanita seperti aku,tapi apalah sangat pandangan mereka dibandingkan dengan pandangan dan kasih sayang Allah padaku..segala nikmat yang telah Dia berikan untukku.Aku sepatutnya bersyukur,Allah telah menjadikan aku manusia yang sempurna,walaupun mungkin tidak secantik wanita-wanita di luar sana,namun aku bersyukur,aku dilahirkan dengan semua anggota yang lengkap,semua deria yang berfungsi,mempunyai ibubapa yang kukasihi,adik-adik yang kusayangi,rakan-rakan yang kusanjungi,tempat tinggal yang baik,pekerjaan yang baik..Alhamdulillah segala-galanya Allah berikan..itu tanda kasih sayang Allah padaku...

Dengan peredaran masa,setelah melalui perkara yang sama berulang kali..akhirnya kali ini,aku mengambil sikap tunggu dan lihat....aku yakin dan percaya...sekiranya seseorang itu telah ditakdirkan untuk aku,walau macammana susah pun,walau pelbagai rintangan pun,dia tetap akan menjadi milik aku sekiranya itula takdir dari Allah.Tetapi sekiranya dia tidak ditakdirkan untuk aku,bagaimana pun usaha yang ku lakukan,,dia tetap tidak akan menjadi milik aku.Jadi sekarang ni...aku berserah pada takdir..suatu masa dulu,pelbagai usaha kulakukan sehingga aku terlupa siapa diri aku sebenarnya...sekarang disebabkan aku sedar diri aku siapa,jadi biarkan sahaja ianya mengikut aturan Allah,perancangan Allah,harapan tidak kuletakkan terlalu tinggi atau terlalu rendah,aku hanya letakkannya pada paras yang biasa-biasa sahaja.Allah adalah keutamaan di hati aku,mengapa aku harus rasa kecewa sekiranya rasa hatiku ini tidak mendapat sebarang balasan?kerana mencintai Allah adalah keutamaanku..tiada lagi rasa kecewa,menyalahkan diri atau takdir..yang berlalu biarkan berlalu....tunggu dan lihat...aku sangat yakin perancangan Allah itu sangat-sangat indah buat aku...Dia akan bagi 'surprise' untuk aku...aku akan bersabar dan terus bersabar...seronok sangat-sangat menanti si dia yang akan dijodohkan oleh Allah untukku....buat masa ini..biarlah aku menyayangi dan mencintai dia dari kejauhan dan dalam diam....

Aku tertarik dengan kata-kata ini yang disalin dari facebook:

 (¯`v´¯) ●•Jika benar cinta itu kerana ALLAH•●
`·.¸..´

Maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH,

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan,serahkan rasa yg tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memiliki-NYA,

biarkan DIA yg mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya•●ღ¸.•






DURIAN CREPE...AKHIRNYA MERASALA JUGA...BUAT SENDIRINYA MALAS HAHA...

Assalamualaikum wahai  Cahaya Nur Qasehku,Alhamdulillah setelah lama mengidam nak makan durian crepe yang tengah femes sekarang nie akhirnya dapat gak aku merasa..nyum..nyum..yummy hehe..abis mulut bau dhoghian...hehe..

Mulanya aku tak minat nak amik tau pasal durian crepe nie,tapi bila ada satu status yang dikemaskinikan dilaman mukabuku satu page nie,menunjukkan gambar durian crepe..terus aje keinginan nak makan tue meluap-luap la pulak..ngidam sangat-sangat..ngalahkan orang ngandung gamaknya hehe...

Cuba mencari di sana sini..memanjangkan leher ke setiap ceruk kalau pergi ke shopping complex atau ke mana-mana ajelah yang dirasakan ada jual DC ni..tapi tak pernah berjumpa...akhirnya dapat jugala melalui satu facebook dan juga blog gula dan mentega namanya..itupun inisiatif seorang rakan yang mencarinya.

Maka tempahan pun dibuat..malam sebelum amik DC nie sampai termimpi-mimpi aku makan DC nie..alahai..teruk bebenor ngidamnya aku  nie:)..akhirnya hari ini aku pun pergi lah bersama seorang rakan,pusing punya pusing..jumpalah tempat yang dimaksudkan..umah orang rupernya..besau giler...mewahle katakan...bukanlah umah impian aku...tapi kalau ada rezeki dapat nakle juga haha...yang pasti villa idaman kat kawasan umah parents aku nie jugaklah yang aku idamkan..asik tertengok-tengok dari luar..nak masuk tengok umah contoh segan..almaklumle roper aku pun bukan cam orang kaya hehe..setiap kali lalu kawasan villa tue,aku mesti kata.."inilah umah aku" kononnya..ala cakap je...takan cakap je tak boleh kan kan..dahle nak beli pun tak mampu..mampu pandang aje n angau-angan kononnya umah sendiri hehe...

Eh berbalik pada durian crepe nie kan..masa aku sampai ada seorang pelanggan di halaman umah sedang menunggu tempahan dan ada seorang budak perempuan menghulurkan DC yang ditempah.Sempat jugak aku tanya pelanggan yang datang tue sama ada dah selalu tempah..dia kata baru pertama kali jugak macam aku.Kemudian budak perempuan tue(anak tuan umah tuele agaknyakan,err mestilah kan)...kata kat aku soh tunggu jap...aku pun tunggu la..alahai lama bebenor le aku menunggunya...ingatkan dah siap...tunggula depan pintu cam orang bodo aje..takan nak masuk dalam umah kot...setelah lama menunggu sampaila jugak barang yang ditempah..muka tuan yang amik tempahan langsung tak menjengah..langsung tak tunjuk muka...bagi aku sekurang-kurangnya tunjukla muka...beramah mesra sikit dengan orang yang menempah..yang nie nak masuk halaman umah pun cam takut aje...maklumle umah orang..teragak-agak betul ke tak...tuela yang tak bestnya...secara keseluruhan raser dia okayla,boleh tahan sedapnya..namun nak tempah kali ke 2..entahle..nak cari umah pun payah..dah jumpa...tak nampak muka la pulak..tak mesra alam...jadi takle kot nak tempah lagi...maybe try cari lain tempat atau..hmm..cuba buat sendiri...muka aku nak buat sendiri?adei..rasernya cam tak boleh harap aje haha...

alahai durian crepe...:)



Sunday 2 December 2012

TAK SEINDAH KHABAR...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,aku agak kecewa dengan rancangan MC arinie,raser macam tengok rancangan hiburan sahaja.Tak raser sangat keseronokan debaran menantikan keputusan sebab banyak sangat nyanyiannya dan tidak menunjukkan para peserta bertungkus lumus menyediakan hidangan.

Apapun walaupun hanya dapat tengok sikit aje wajah Chef Adu,namun aku tetap suker bahagian yang menunjukkan Chef Adu ketawa,membuka kotak tanpa apa-apa di dalamnya:),wajah Chef Zubir menahan gelak/ tergelak sangat-sangat..comel ape hehe....aku pun tak tahan nak gelak sekali.

Apapun 9hb Disember akan tiba tak lama lagi..semoga segala-galanya berjalan lancar,amin.Aku harap 'hubungan' tidak terputus sahaja selepas 9hb Disember,diharap aku ada banyak idea untuk berinteraksi dengan Chef Adu selepas perjumpaan itu,sama ada melalui fb ataupun twitter.

Saturday 1 December 2012

CHEF ADU AMRAN...I'M GOING 2 MISS U..A LOT!

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,malam ini merupakan malam terakhir siaran Masterchef Malaysia,rancangan ini akan disiarkan secara langsung pada 10.30 malam ini.Berdebar-debar pulak nak menunggu rancangan ini secara live.Nak tengok dan menatap wajah Chef Adu dalam rancangan ni puas-puas,nak dengar gelak tawanya,nak tengok raut wajahnya,sinaran matanya,senyumannya dan juga matanya yang memandang ke bawah,maksud aku ketika Chef  lain sedang merasa makanan para peserta,matanya akan memandang ke arah makanan tersebut dan melihat Chef-chef lain merasanya,momen itu bagi aku sangat menarik perhatianku.Sayang semua ini tak dapat untuk kuluahkan dalam fanpagenya lantaran sikap aku yang tidak begitu 'berani' untuk mencoretkan sesuatu di wall fanpagenya.Aku hanya 'berani' like gambar yang aku suker dan hanya mampu membaca secara senyap komen-komen yang diberi oleh para peminatnya.

Aku juga dah follow twitternya namun masih tidak berani untuk mencoretkan sepatah kata pun pada twitternya.Entahlah,kenapa keberanian yang suatu masa dulu aku miliki untuk komen atau menyatakan sesuatu pendapat pada fanpage celebriti lain tidak aku miliki apabila tiba pada fanpage Chef Adu.Kelu,berdebar-debar,terlalu takut untuk menulis sebarang komen:(.

Aku telah pun menerima buku masakan Chef Adu iaitu "Nasi dan Seni"...sangat comel buku mininya itu,ada autograf dan juga dapat free fridge magnet.Namun tidak tertulis nama aku tercatat pada buku tersebut.Aku sebenarnya berharap untuk dia menulis nama aku di buku mini masakan dia itu selain daripad autografnya,tapi takpelah,aku memahami akan kesibukkannya.

InsyaAllah,pada 9hb Disember ini,aku akan menghadiri Hi Tea bersama Chef Adu,bagaimanalah agaknya ye?Kebanyakan yang datang,Chef Adu mungkin telah mengenalinya di fanpage dia,dan saling berbalas-balas komen di situ,sedangkan aku?...aku langsung tidak pernah wujud dalam minda dia agaknya,walaupun aku pernah mengucapkan selamat hari raya aidiladha sekali di fanpagenya dan juga menghantar message di inboxnya,kemungkinan aku langsung tiada terselit dalam mindanya.Takpelah,doaku semoga pertemuan di majlis Hi Tea itu akan berjalan dengan lancar,dan semoga ianya meninggalkan momen indah dalam hidupku.

Chef Adu,saya sayang Chef,saya berdoa semoga hidup Chef sentiasa dalam rahmat  Allah hendaknya.Di mana sahaja Chef berada,saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Chef dunia dan akhirat.Salam sayang dari saya untuk Chef yang sentiasa mempunyai ruang di hati saya:).