Sememangnya kebiasaannya aku suka mengikuti program atau ceramah yang berkaitan dengan ilmu perubatan Islam ini sama ada melalui kaca tv ataupun akhbar.Aku pernah menghadiri seminar pertahanan dalaman diri yang dianjurkan oleh sebuah pusat rawatan kontemporari.InsyaAllah,aku ingin sekali mengikuti program atau seminar seperti ini pada masa hadapan sekiranya berkesempatan dan dizinkan oleh Allah,amin.
Di sini aku ingin berkongsi tips untuk mengetahui sama ada di dalam badan kita ada mempunyai makhluk halus atau tidak,aku ambil dari WHI yang ku tonton tengahari semalam (terima kasih kepada rakan yang berkongsi maklumat di twitter:).
Menurut Ustaz Suhaimi(seorang pengamal perubatan Islam),mereka yang ingin mengesan adanya makhluk halus pada tubuh mereka,boleh mengamal ayat dari Surah Al Israk ayat 70,sekiranya seseorang itu tidak dapat membaca ayat tersebut,kemungkinan itu petanda ada makhluk halus di dalam badannya.(Tetapi bagi orang yang tak pernah atau tidak tahu mengaji,sila belajar terlebih dahulu ya,jangan terus assume anda tidak boleh membaca disebabkan ada makhluk halus di dalam badan anda-ini pada pendapat peribadi aku la).
Amalan yang lain yang diberikan oleh Ustaz Suhaimi adalah membaca surah Yassin ayat ke 60 dan juga Surah Al Mukminun ayat ke 115,baca 21x pada minyak wangi kita dan calitkan pada kedua-dua kening serta kedua-kedua nadi di pergelangan tangan kita,dileher dan tengkuk(sila tonton video mungkin ada kesilapan dalam penerangan yang aku tulis nie),juga disedut bau minyak wangi tersebut.Ayat di bawah ini adalah ayat 70 dari Surah Yassin,mula dari ayat Innahulakum aduwum mubin(maaf atas kesilapan ejaan dalam rumi,sila rujuk pada yang pakar).Manakala paparan gambar ayat yang ke 2 adalah dari Surah Al Mukminun ayat ke 115.
Sedikit sedutan video dari Wanita Hari ini tentang tajuk Pelalau ini,aku rakam gunakan kamera kecilku sahaja,untuk menonton video penuh sila ke http://www.tonton.com.my. Adalah lebih baik menonton sendiri rakaman penuh kerana mungkin aku ada tersilap dalam memberikan maklumat.
No comments:
Post a Comment