Aku juga dah follow twitternya namun masih tidak berani untuk mencoretkan sepatah kata pun pada twitternya.Entahlah,kenapa keberanian yang suatu masa dulu aku miliki untuk komen atau menyatakan sesuatu pendapat pada fanpage celebriti lain tidak aku miliki apabila tiba pada fanpage Chef Adu.Kelu,berdebar-debar,terlalu takut untuk menulis sebarang komen:(.
Aku telah pun menerima buku masakan Chef Adu iaitu "Nasi dan Seni"...sangat comel buku mininya itu,ada autograf dan juga dapat free fridge magnet.Namun tidak tertulis nama aku tercatat pada buku tersebut.Aku sebenarnya berharap untuk dia menulis nama aku di buku mini masakan dia itu selain daripad autografnya,tapi takpelah,aku memahami akan kesibukkannya.
InsyaAllah,pada 9hb Disember ini,aku akan menghadiri Hi Tea bersama Chef Adu,bagaimanalah agaknya ye?Kebanyakan yang datang,Chef Adu mungkin telah mengenalinya di fanpage dia,dan saling berbalas-balas komen di situ,sedangkan aku?...aku langsung tidak pernah wujud dalam minda dia agaknya,walaupun aku pernah mengucapkan selamat hari raya aidiladha sekali di fanpagenya dan juga menghantar message di inboxnya,kemungkinan aku langsung tiada terselit dalam mindanya.Takpelah,doaku semoga pertemuan di majlis Hi Tea itu akan berjalan dengan lancar,dan semoga ianya meninggalkan momen indah dalam hidupku.
Chef Adu,saya sayang Chef,saya berdoa semoga hidup Chef sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya.Di mana sahaja Chef berada,saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Chef dunia dan akhirat.Salam sayang dari saya untuk Chef yang sentiasa mempunyai ruang di hati saya:).
No comments:
Post a Comment