Tuan puteri telah menyuruh si putera dan si pemuda memberikan satu barang yang boleh menerangi dirinya pabila di dalam kegelapan..esoknya sang puteri menerima 2 bungkusan barang..lilin dgn bunga api...akhirnya sang puteri pun memilih salah satu..dan hidup bahagia bersama pilihannya
Si Richie Ricardo pun memberikan sepucuk surat yang menceritakan kisah puteri tadi dan memberikan sebatang lilin pada Ogy Ahmad Daud...menyuruhnya berfikir(Ogy dalam dilemma sama ada untuk memilih kekasih lamanya lakonan Azmil Mustapha ataupun Richie Ricardo)...
Satu hari Ogy pun datangla ke rumah Richie Ricardo...masa nie dia tengah makan malam bersama familinya...Ogy pun cakap:3 hari aku membaca suratmu,berkali-kali kubaca sampai hafal dan pada satu malam kucuba padamkan lampu,lalu kunyalakan kembang api(aku raser bunga api hehe) yang kubeli.Setelah itu kumenyalakan(actually aku tak bape dengar sangat bijik butir dialog dia masa nie) lilin yang kau berikan,akhirnya aku mendapat jawapan.Kemudian aku sedar bahawa hubungan ku dengan dia ibarat kembang api,bersinar indah tapi tak tahan lama,bila tidak hati-hati,malah melukai diri sendiri,Maka kuputuskan untuk tidak meneruskan hubungan ku dengan dia sama sekali.
Ogy mengeluarkan lilin berwarna merah dari dalam begnya lalu berkata"lilin ini mewakili diriku,merah tandanya berani,tabah serta pantang menyerah.Dia akan selalu setia dan sedia dinyalakan pada setiap saat.Hanya kau yang berhak menyalakannya.Bersediakah kau memberikan sepercik apinya padaku?
Ini adalah bahagian yang paling aku suker:)..oklah dah pagi buta nie..kena tido hehehe..asik tido lambat disebabkan cuti sekolah dan tunggu Chef Adu update apa-apa pasal kisah dia atau gambar dia kat fanpage dia..barulah boleh aku tidur haha..dah bukak sekolah tak boleh la nak berjaga lama macam nie:)..aku dah cuba upload video Dewi Cinta nie kat sini tapi mungkin disebabkan masalah teknikal ke ape ntah loading dia dahle lama pastu tak dapat jugak letak dalam nie..jadi bagi sesiapa yang membaca blog aku ini..kalau raser nak cari dalam youtube..carilah dewi cinta part 3 k...
No comments:
Post a Comment