Total Pageviews

Wednesday, 5 December 2012

IZINKAN AKU MENYAYANGIMU DI DALAM DIAM DAN DARI KEJAUHAN....

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,hmm...bagaimana harus aku memulakannya ye...sudah banyak kali aku menyukai seseorang,namun kebiasaanya seseorang itu tidak mempunyai perasaan yang sama dengan aku.Walau bagaimana aku cuba untuk 'menonjolkan' diri agar sidia perasan akan kehadiranku,seringkali berakhir dengan 'tidak seperti diharapkan'...suatu masa dulu memangla aku akan kecewa,tertanya mengapa...mulalah aku berasa rendah diri dengan rupa paras yang tak cantik,fizikal yang tak seberapa...dan berbagai lagi andaian kekecewaan yang katakan pada diriku.

Masa berlalu pergi..Alhamdulillah...mungkin dengan sedikit kematangan,taufik dan hidayah yang Allah berikan...aku semakin hari semakin berfikiran positif..menenangkan diri,menyayangi diriku.Malah aku belajar untuk menghargai diriku...walaupun mungkin disisi manusia...tiada siapa yang sudi memandang wanita seperti aku,tapi apalah sangat pandangan mereka dibandingkan dengan pandangan dan kasih sayang Allah padaku..segala nikmat yang telah Dia berikan untukku.Aku sepatutnya bersyukur,Allah telah menjadikan aku manusia yang sempurna,walaupun mungkin tidak secantik wanita-wanita di luar sana,namun aku bersyukur,aku dilahirkan dengan semua anggota yang lengkap,semua deria yang berfungsi,mempunyai ibubapa yang kukasihi,adik-adik yang kusayangi,rakan-rakan yang kusanjungi,tempat tinggal yang baik,pekerjaan yang baik..Alhamdulillah segala-galanya Allah berikan..itu tanda kasih sayang Allah padaku...

Dengan peredaran masa,setelah melalui perkara yang sama berulang kali..akhirnya kali ini,aku mengambil sikap tunggu dan lihat....aku yakin dan percaya...sekiranya seseorang itu telah ditakdirkan untuk aku,walau macammana susah pun,walau pelbagai rintangan pun,dia tetap akan menjadi milik aku sekiranya itula takdir dari Allah.Tetapi sekiranya dia tidak ditakdirkan untuk aku,bagaimana pun usaha yang ku lakukan,,dia tetap tidak akan menjadi milik aku.Jadi sekarang ni...aku berserah pada takdir..suatu masa dulu,pelbagai usaha kulakukan sehingga aku terlupa siapa diri aku sebenarnya...sekarang disebabkan aku sedar diri aku siapa,jadi biarkan sahaja ianya mengikut aturan Allah,perancangan Allah,harapan tidak kuletakkan terlalu tinggi atau terlalu rendah,aku hanya letakkannya pada paras yang biasa-biasa sahaja.Allah adalah keutamaan di hati aku,mengapa aku harus rasa kecewa sekiranya rasa hatiku ini tidak mendapat sebarang balasan?kerana mencintai Allah adalah keutamaanku..tiada lagi rasa kecewa,menyalahkan diri atau takdir..yang berlalu biarkan berlalu....tunggu dan lihat...aku sangat yakin perancangan Allah itu sangat-sangat indah buat aku...Dia akan bagi 'surprise' untuk aku...aku akan bersabar dan terus bersabar...seronok sangat-sangat menanti si dia yang akan dijodohkan oleh Allah untukku....buat masa ini..biarlah aku menyayangi dan mencintai dia dari kejauhan dan dalam diam....

Aku tertarik dengan kata-kata ini yang disalin dari facebook:

 (¯`v´¯) ●•Jika benar cinta itu kerana ALLAH•●
`·.¸..´

Maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH,

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan,serahkan rasa yg tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memiliki-NYA,

biarkan DIA yg mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya•●ღ¸.•






No comments:

Post a Comment