Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,seperti biasa,setiap kali anak-anak muridku memperolehi keputusan yang cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris,insyaAllah aku akan belikan mereka hadiah.Aku beli hadiah ikut kemampuan aku,sebagai tanda penghargaan atas hasil usaha mereka.
Ada yang berkata"kalau kerap beri hadiah,boleh bangkrup"...astaghfirullah al azim,tak perlu la kata begitu...kata-kata negatif yang tak patut dilafazkan oleh kita sesama Islam.Bila kita memberi dengan hati yang ikhlas,lagi banyak kita memberi,insyaAllah lagi banyak rezeki yang akan Allah bagi.Makin bertambah pahala dan rezeki bila kita memberi,apatah lagi kalau seorang guru memberi kepada anak-anak muridnya.Aku tidak mengharapkan balasan,hanya doa daripada mereka andai mereka mengingati aku,itulah sahaja yang dapat menolong aku,tidak di dunia insyaAllah di akhirat nanti.
Kalau ikutkan atau dengar kata-kata orang memang begitukan...sukatilah apa nak dikata,aku buat setakat mana yang aku mampu..lagipun aku bukan belikan diorang emas ke,intan berlian ke,kereta sebijik ke...aku beli hadiah pun tidak meminta duit mereka kan...
Allah Maha Mengetahui segala-galanya,aku berharap ada sedikit pahala walaupun mungkin tak banyak,atas pemberian aku kepada anak-anak muridku.Semoga pemberian-pemberian tersebut ada keberkatan daripada Allah,insyaAllah.
Bercerita tentang hadiah ini,selepas aku memberi hadiah-hadiah kepada anak-anak muridku,setelah memberikan kata-kata nasihat terakhirku kepada mereka,aku kembali semula ke bilik guru,tanpa disangka-sangka,seorang demi seorang menghulurkan hadiah masing-masing kepada aku.Aku sememangnya agak terkejut sebab selama aku mengajar,aku jarang dapat hadiah daripada murid-murid tahun 6 selepas mereka berjaya memperolehi keputusan UPSR.Bukanlah balasan hadiah yang kupinta kerana aku tahu,mereka masih terlalu muda dan tentu tidak berkemampuan untuk membeli hadiah kepada guru-guru mereka.Kebiasaannya,hadiah diterima semasa sambutan Hari Guru di sekolah.Harapanku semoga mereka menjadi insan yang berguna dan berjaya dunia dan akhirat,itulah hadiah yang terindah kepada seorang guru.Namun pemberian mereka sangat-sangat aku hargai,dari sehelai kain pasang,beberapa batang pen yang sememangnya amat berguna bagi seorang guru,getah rambut,jam,beberapa cenderamata yang menarik,sekuntum bunga dan sebagainya,Alhamdulillah sangat-sangat berharga buatku.Terima kasih anak-anak muridku.
No comments:
Post a Comment