Total Pageviews

Monday, 21 November 2011

TERLALU ISTIMEWA...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,cuti sekolah telah pun bermula,namun aku masih lagi di sini,belum lagi balik ke Kuala Lumpur.Kebiasaannya memang cuti sekolah,aku biasanya akan balik hari Selasa ataupun Rabu,pernah jugak aku balik hari Sabtu sekiranya ada hal.Aku balik lewat sedikit dari biasa kerana tidak mahu menempuh kesesakan di jalanraya,maklumle cuti sekolah ramai yang balik ke kampung halaman masing2.

Lagi satu sebab aku balik lambat sikit sebab aku ingin memberikan hadiah kepada murid-murid yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam subjek yang ku ajar iaitu subjek Bahasa Inggeris. Oleh kerana keputusan dikeluarkan agak lewat iaitu pada hari Khamis,17hb November,aku tidak sempat untuk membeli hadiah untuk mereka,lagipun di kawasan sini,agak sukar mencari hadiah yang bersesuaian jadi aku terpaksa ke Kuantan untuk mencari hadiah yang bersesuaian walaupun sebenarnya pilihannya tidak banyak.Asalnya aku ingin membeli hadiah lebih awal ketika aku balik ke Kuala Lumpur 2 minggu lepas,tetapi aku membatalkan hasratku saat2 akhir apabila mengenangkan keputusan masih lagi belum diketahui maka aku tidak jadi membeli hadiah2 yang telah dirancang lebih awal.Bimbang tersilap membeli hadiah,lagipun bilangan untuk murid lelaki dan perempuan tidak diketahui,biasanya aku akan beli hadiah yang bersesuaian untuk kedua-dua jantina.Harap2 mereka menyukainya.

Terlalu banyak kenangan dan pahit manis selama 7 tahun aku mengajar di sini.Tahun ini merupakan tahun ke 7 aku mengajar Bahasa Inggeris di sekolah ini.Hari ini,melihat raut wajah mereka,satu persatu,terasa amat sayu di hati,bagaikan hati seorang ibu,yang 'membesarkan' dan mendidik anak2 di depan mata,melepaskan mereka pergi,melangkah ke satu alam yang akan mendewasakan mereka,yang penuh ranjau dan duri,alam remaja,amat berat di hati.Doaku semoga segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah selagi mana mereka masih mengamalkan syariat Islam dan mengekalkan sifat sopan,rendah diri yang ada.Restu aku senantiasa mengiringi perjalanan mereka.Hanya Allah yang Maha tahu,kenapa mereka ini terlalu istimewa bagi aku,indahnya pengorbanan,indahnya perasaan bila hasil jerit perih mengajar dan mendidik apabila hasilnya menenangkan hati dan menyejukkan mata.Pernah menangis kerana hampir-hampir tak tertanggung permasalahan yang dihadapi,namun airmata yang mengalir ini,tidak sia-sia jatuh ke bumi apabila di balas oleh Allah dengan sesuatu yang diluar jangkaan.Jangkaan yang sangat membahagiakan.Biarlah orang nak kata'hebat sangatkah dengan kuantiti yang diperolehi oleh sekolah kampung seperti aku?"...Bagi aku tentu sahaja hebat,bukan riak jauh sekali angkuh,kerana keangkuhan akan membuatkan aku makin kecil di sisi yang Maha Esa,aku tidak mahu itu yang terjadi,bagi aku hebat kerana anak-anak luar bandar ini berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Inggeris dengan hasil usaha sendiri,tiada 'talian hayat',semuanya dengan usaha mereka yang berbaloi,yang telah membuahkan hasil yang sungguh membanggakan bagi aku.Alhamdulillah,segala rahmat dan kesyukuran dipanjatkan pada Allah SWT, kerana Dia yang memberi rezeki ini.Terima kasih Allah,terima kasih Allah.Engkau yang memberi,hambaMu ini menerima dengan penuh rasa kekerdilan dan kesyukuran yang amat sangat.

Biarlah rahsia jerih perih yang ku lalui dalam mendidik mereka,yang tidak tahu erti kepenatan dan kesungguhan ini,biarkan....nikmatnya kejayaan apabila setelah dipenuhi ranjau dan duri,kita akan lebih menghargai erti kehidupan.

Biarlah sedikit tetapi keberkatan itu ada...ada kualiti walaupun kurang kuantiti,yang penting saham akhirat.... bak kata Prof Dr Muhaya"pencen kubur"...memetik kata-kata Prof Dr.Muhaya:"Kalau kita kejar redha Allah,penghargaaan manusia tentu akan datang tetapi mencari penghargaan manusia belum tentu kita dapat redha Allah.Kalau kita kejar pada pangkat,kita akan bergantung pada pangkat,kalau kita bersandar pada tiang,kita takut tiang itu akan jatuh,kalau kita bersandar pada Allah,Allah sentiasa ada.Allah paling sayang pada orang yang memberi manfaat pada manusia lain".Semoga hasil usaha kita sentiasa mendapat mendapat keredhaan daripada Allah,ingat BERKAT bukan SANJUNGAN manusia...yang memberi pahala adalah Allah,sanjungan manusia tidak boleh dibawa ke liang lahad.

Buat anak-anak muridku,teacher sayang kamu semua,stay d way u are,keep up the good work!All the best to all of you.xoxo.Antara mereka yang menerima hadiah penghargaan daripadaku,ada yang tidak hadir atas sebab-sebab tertentu.

Pelajar lelaki ini membuatkan aku menangis ketika dia naik ke pentas untuk menerima hadiah ketika diumumkan keputusan UPSR.Ada sebabnya,biarlah Allah sahaja yang tahu.Dapat melihat riak wajahnya yang bagaikan tidak percaya ketika dia diumumkan mendapat 5A.












Lagu ini ku tujukan khas untuk mereka:)


















No comments:

Post a Comment