Total Pageviews

Sunday, 6 November 2011

A FEW INSPIRATIONAL QUOTES TO SHARE....

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,sekarang ini aku banyak mendengar ceramah drpd Ustaz Kazim,penjelasannya jelas dengan gaya yang bersahaja serta sesekali diselitkan dengan jenaka yang mampu mencuit hati sesiapa yang mendengarnya.Oh ok...berbalik pd tajuk di atas:)...aku ingin share kata-kata inspirasi drpd Prof Dr.Muhaya melalui fb dan twitternya,kata-kata inspirasi yang mampu menyedarkan aku,memberikan aku satu pandangan yang positif di dalam hidup ini.Prof Dr.Muhaya yang mula aku kenali melalui rancangan Dari mata ke hati..kini beliau mulai menjadi idolaku.Inilah antara kata-kata inspirasi daripadanya:,aku petik sedikit kata-katanya:-

"Jom audit diri kita. Berhenti dari melihat kesilapan orang lain sebaliknya audit dan betulkan diri kita terutama kecukupan solat kita. Jika solat kita tidak penuh bersedialah untuk mempunyai berbagai masalah di dunia dan di akhirat kerana kita dalam kemurkaan Allah bila meninggalkan solat. Ibu bapa jangan hanya sibuk mengejar A untuk anak anak kita mula dengan solat baru lihat perkara lain"@Prof Dr. Muhaya fb.

Prof Dr Muhaya:
"Manusia dihormati dgn akal. orang ditipu kerana tidak pernah berfikir. orang yang bijak akan memastikan apa dia buat adalah jalan selamat".

Prof Dr Muhaya
"Nak tahu kita baik atau tidak lihat di mana kita selalu berada di tempat baik atau tidak dan apa kita baca di facebook dan apa focus kita pada perkara baik atau tidak dan kita lihat kebaikan atau kejahatan. Lebih baik jadikan wanita solehah zaman Rasulullah dari mencari idola wanita sekarang yang tidak bebas dari kebatilan"

Prof Dr Muhaya
"Fikiran kita menentukan emosi dan tindakan. Jika rasa tak seronok hasil fikiran yang kita pilih. Pilih fikiran berbeza hidup akan berbeza. Kualiti kehidupan adalah kualiti fikiran kita. Jika kotor maka kotorlah ia".

No comments:

Post a Comment