Assalamualaikum wahai Cahaya NurQasehku,alhamdulillah hari ini tercapai hasrat aku nak buat jamuan kat sekolah.Sebenarnya dah lama aku nak buat tapi disebabkan ada hal yang tertentu yang tidak dapat dielakkan asik bertangguh aje.Aku tahu ramai yang mungkin tertanya sebab musabab jamuan ini diadakan,kat noticeboard masa aku tulis jemputan tue,aku tulis ayat-ayat bergurau mengatakan jamuan diadakan sempena kutipan memberangsangkan (jumlah takleh tls hehe kang salah tafsir lak:D) mengalahkan kutipan sebuah filem(judul dirahsiakan atas2 sebab err takde sebab hehe)...Hikayat Merong Mahawangsa...citer yang aku dah tengok 2 kali dan raser cam nak tengok lagi :D..
Cukuplah sekadar aku cakap,ianya majlis 3 ataupun 4 in 1...antaranya kesyukuran sebab ayahku dah pun keluar dari wad dan syukur kerana Allah masih memanjangkan umurnya dalam keadaan yang getir dan cemas yang kami lalui dulu di ICU..pengalaman yang aku takan lupakan sampai bila-bila..antara hidup dan mati....dan sebab-sebab lain biarlah menjadi rahsia aku...insyaAllah ada rezeki,aku nak buat lagi jamuan tue.
Aku tahu tak ramai yang tahu atau minat nak makan itik...itik nie memang sejak dari aku kecik memang lauk wajib especially masa ari raya,arwah nenek sebelah ayah yang kupanggil 'makwo',memang selalu masak lauk itik...masak kari tapi bukan kari biasa,kari yang memang rempah dia kaw2 punya hehe..pekat,melekat..sedapppp...!!..
Mungkin disebabkan sebelah ayah ada keturunan Cina,maka lauk itik memang wajib bagi kitaorang...itik nie memang best kalau disalai sedap bila masak kari ataupun masak lemak cili api dan sewaktu dengannya.Puas jugak aku nak carik itik...biasanya aku pesan itik salai kalau adik aku balik umah mak mentua dia kat keratong,on d way tue akan jumpa la satu gerai tepi jalan yang ada jual ikan semilang salai,puyuh,itik salai,nyum nyum..sebut pun dah terliur membayangkannya..
Nak tunggu dia balik tak pasti bila...lagipun adik ipar aku tgh pregnant skrg,kesian dia tak larat..maklumle baru lagi...kl jalan jauh..terentak-entak bahaya gak...
ok berbalik citer pasal itik nie...akhirnya aku jumpa gak lah itik nie...yang pembungkusan tulis halal..sb kl ada itik pun cuak gak nak bli kalau takde logo tue...Alhamdulillah...dapat la aku bli dengan itik panggang sekali...masa tue elok2 itu je tinggal tak banyak...ramai yang beli agaknya la...itik panggang disebabkan sebelah je aku dapat..aku panaskan,makan sendiri ajelah..itik-itik yang fresh tue aku mintak kakak kantin tolong masakkan untuk jamuan.Adalah disediakan beberapa lauk lain sebabnya tak ramai yang 'berani' nak makan apabila diberitahu yang masak rendang tue adalah itik..kl disalai memang lagi sedapla...apapun Alhamdulillah..jamuan berjalan lancar.Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menjamah lauk yang tak seberapa tue..:D..
No comments:
Post a Comment