Total Pageviews

Saturday, 10 November 2012

PERMOHONAN ANDA TIDAK DILULUSKAN...REDHA DAN PASRAH:(

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,nampaknya keputusan pertukaran aku tidak diluluskan...nak kata kecewa sangat pun tak le jugak..hepi?hmm...lagi takde jugak...biasa-biasa aje..dari satu sudut ada kelegaan sebab aku masih sayangkan sekolah ini,dari satu sudut lak..aku tahu sudah sampai masanya aku tinggalkan sekolah ini demi untuk masa depan aku..lagipun parents aku bukan di sini...kebanyakan diorang,kawin dengan orang Pahang ataupun memang dilahirkan di Pahang,jadi aku hanyalah 'pendatang' err macam lagu Francisca Petersla pulak...

Apapun aku tetap memanjatkan raser kesyukuran ke hadrat Ilahi,aku redha dengan keputusan yang aku dapat.Selepas menghantar borang permohonan pertukaran dulu pun,aku berdoa"sekiranya hambaMu ini masih lagi bermanfaat untuk sekolah ini,kekalkan lah hambaMu ini di sini,sekiranya sudah sampai masa untuk hambaMu ini meninggalkan sekolah ini,maka tukarkanlah hambaMu ini ke sekolah yang lebih baik daripada sekolah sekarang,apapun sahaja keputusan yang Engkau berikan Ya Allah,hambaMu ini redha,sesungguhnya itulah keputusan yang terbaik,hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Setiap sesuatu yang terjadi atau berlaku,ada hikmah disebaliknya,aku yakin,Allah telah memilih jalan yang terbaik untuk aku,bakti aku masih diperlukan di sini.InsyaAllah,aku cuba yang terbaik untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatanku.


No comments:

Post a Comment