Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,sebelum tidur aku nak update blog nie sekejap..sekadar meluahkan raser kebimbangan dan debaran tentang hari esok.Esok keputusan UPSR akan diumumkan,debaran makin terasa.Buat pertama kalinya aku terasa lambat masa berlalu,dan akhirnya tiba juga harinya.Entah kenapa debaran kali ini terasa berbeza dari sebelumnya,ntah berapa kali aku bermimpi melihat keputusan UPSR dan saat terakhir kali aku bermimpi,aku memandu balik semula ke KL kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima.Diharap mimpi itu hanya sekadar mimpi.
Sekiranya cemerlang,Alhamdulillah,sekiranya kurang,terpaksala menjawab dalam meeting nanti...*sigh*...Ya Allah,walau apapun keputusannya,hambaMu redha kerana apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buat diri hambaMu ini.Semoga segala-galanya baik-baik sahaja,amin.
No comments:
Post a Comment