Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,nampaknya keputusan UPSR masih lagi belum diumumkan,kebiasaanya diumumkan semasa hari Anugerah Cemerlang yang diadakan pada hari Khamis,minggu terakhir persekolahan,nampaknya debaran masih belum selesai.Ya Allah,setelah mengharungi pelbagai ujian dan dugaan yang dihadapi,semoga kali ini keputusannya menggembirakan,insyaAllah.Ianya akan diumumkan pada 19hb November ini.
Aku mesti bersedia mental dan fizikal untuk hadapi apa sahaja keputusan yang akan diumumkan,debaran memang sangat terasa,terasa bebanan dibahu ketika ini,masih belum dilepaskan...hanya seorang guru yang di dalam situasi aku sahaja yang memahaminya...tak kira apa sahaja peperiksaan penting UPSR,PMR,SPM...guru-guru yang mengajar kelas peperiksaan memang berat tanggungjawabnya..keputusan yang diperolehi,post mortem akan dilakukan...bagaimana hendak menjawab semasa mesyuarat diadakan..membentangkan permasalahan...etc etc..cemerlang satu tuah...mencari formula untuk mengekalkan kejayaan...kurang cemerlang...letih nak jawab!
Semoga keputusannya cemerlang,insyaAllah,amin.
No comments:
Post a Comment