Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku, hmm apa nak tulis ye...aku sebenarnya ada banyak perkara nak ditulis tapi selalu berakhir dengan 'update' dalam minda aku aje...cam biasa:).
Tak lama lagi nak cuti raya dan cuti sekolah sekali....Alhamdulillah stat hari Khamis dah cuti..kalau ikutkan Rabu tengahari pas balik sekolah tue rasernya aku nak 'cabut' balik dah..tapi tengok pada keadaan,takut jem lak...hari Khamis pun orang dah stat balik dah....hmm...yela walaupun aku balik KL balik bandar bukan kampung...tapi kete tetap banyak gak..sekarang nie every week aku balik KL...rasernya kete sentiasa banyak aje...yela nak raya lagi ramai shopping ke KL...tang shopping raya nie..aku memang tak pernah shopping raya..malah baju raya pun aku tak pernah buat..dah terbiasa sejak kecil...apa yang ada sahaja aku pakai...lagipun mane baju yang masih baru..dan aku pakai dalam dlm beberapa kali ke,aku jadikan aje baju raya...handbag raya?kasut raya?lagi la takde...bukannya aku takde perasaan nak raya..cuma bagi aku...mungkin sebab aku dah terbiasa...jadi iya bagi aku tak mendatangkan kesusahan pun pada aku.Terpulang la cara masing-masingkan...ikutla macam mana pun...kita harus hormati pandangan dan cara masing-masingkan...tanya diri sendiri..kalau segalanya baru semata-mata untuk suka-suka mungkin boleh diterima..tetapi kalau nak menunjuk,itu dah menimbulkan riak...pandangan Allah lebih penting daripada pandangan manusia...biarlah buruk atau tidak elok,serba tak kena pada pandangan manusia...tetapi kita Cantik pada pandangan Allah.Alangkah indahnya pabila kita indah di mata sang pencipta...betapa bahagianya dunia...dan secara automatik kita juga akan dapat menarik pandangan orang di sekeliling kita kerana rahmat Allah sentiasa bersama-sama dengan kita.InsyaAllah,aku doakan mereka yang membaca blog aku ini juga dalam rahmat Ilahi,hendaknya,amin.
No comments:
Post a Comment