Total Pageviews

Sunday, 5 August 2012

BERSAWANG DAH....

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,lama sungguh aku tak jenguk sini,memang dah bersawang mawang dah blog nie...tuela dia..asal orang nak bt blog,aku pun nak buat..alih-alih..tinggal camtue aje..lagipun selagi tak abis upsr nie..aku banyak benda yang nak buat.


Tahun nie banyak betul dugaan bagi aku,dengan resultsnya yang tak bape nak memuaskan,letih badan dan minda mengajar dua tahap nie,tapi tak bermakna aku tak enjoy apa yang aku buat,seronok cuma murid-murid tahun 6 tahun ini benar-benar menguji tahap kesabaran mental dan emosi aku.Itu belum lagi dengan murid-murid tahun 3 yang satu kelas bilangannya ramai(sebelum puasa hari tue baru pecah kelas,Alhamdulillah kurang sikit huru-haranya-taulah budak-budak),tahun 5 yang juga satu kelas yang agak ramai,perangai masing-masing adei senak perut aku dibuatnya.


Memang benar-benar mencabar mental dan emosi betul tahun ni,dahla BI merupakan killer subjek...results bergantung pada peratus kelulusan BI jugak...kadang-kadang ada masanya memang aku raser macam nak surrender aje....tapi aku sedar ini semua dugaan dan ujian daripada Allah,aku mesti banyakkan bersabar,beristigfar dan muhasabah diri,semua ini ada hikmah disebaliknya.Memikirkan itu semua,ada masa membuat aku tersenyum sendiri,tahu sebab apa?sebab aku tahu Allah sayangkan aku,tanda Dia mengingati dan menyayangi aku,Alhamdulillah,ujian ini menjadikan semangat aku lebih kuat,tabah dalam mengharungi cabaran dan dugaan ini sebenarnya mematangkan aku.Aku tahu,Allah hendak memberi yang terbaik buat aku,menaikkan darjat aku di sisiNya,asal sahaja aku redha dengan apa sahaja dugaan dan pemberiannya.Alhamdulillah,Allah memberikan apa yang aku perlu bukan apa yang aku mahu kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat aku.

No comments:

Post a Comment