Total Pageviews

Friday, 17 August 2012

A PICTURE SPEAKS A THOUSAND WORDS....


Assalamu'alaikum wahai Cahaya Nur Qasehku, sekeping gambar boleh menceritakan seribu kisah,memberikan sejuta tafsiran,baik atau buruk bergantung pada persepsi orang yang melihat dan menilai sesuatu gambar itu.gambar boleh menyingkap pelbagai kisah,memberi seribu satu misteri,mengundang pelbagai pertanyaan yang hanya si empunya gambar sahaja yang tahu perkara sebenarnya yang berlaku pada ketika itu..Oleh itu berhati-hatilah dengan gambar kita,yang dimuat naikkan di internet,di facebook,kalau tidak di facebook atau twitter kita,mungkin adik-beradik kita,kawan-kawan kita,asalnya mungkin saje nak suka-suka berkonsi cerita,kegembiraan,namun adakalanya gambar-gambar yang disiarkan boleh mengundang pelbagai persoalan di minda mereka yan melihatnya.Hati manusia sememangnya sukar untuk diduga,sematang mana pun pemikiran adakalanya terusik jua perasaan kan...dari kita mengkagumi seseorang,menjadikan timbul rasa curiga,cemburu,dan pelbagai perasaan lagi.Dari suka menjadi benci,dari kagum menjadi sakit hati..dari benci boleh juga secara tiba-tiba menjadi seseorang yang dikagumi.
Gambar boleh membuatkan kita meluat,jatuh kasih,jauh sayang,tersipu malu,kagum,rasa ingin tahu dan pelbagai lagi perasaan.

Kita tidak dapat untuk memuaskan hati semua orangkan,namun Allah memberi kita akal,satu anugerah yang sangat berharga nilainya..tak ternilai...boleh berfikir mana  yang baik dan buruk,berfikirlah secara matang sebelum membuat apa sahaja keputusan yang mungkin merugikan diri kita sendiri,oleh itu sememangnya kita digalakkan senantiasa bersangka baik pada Allah dan sesama manusia. Apapun sebagai manusia biasa,kita tidak sempurna,sekiranya ada rasa syak wasangka,beristigfar banyak-banyak, kita pun adakalanya alpa dan terlalai,gambar boleh memanipulasikan mata dan perasaan kita tetapi tidak akal yang disulami dengan keimanan.gambar yan kelihatan 'baik' tak semestinya pemilik gambar seorang yang seperti digambarkan kerana gambar boleh juga menipu pada mata yang melihatnya.Gambar yan kelihatan 'buruk' mungkin betul buruk kelakuannya atau kotor hatinya,lemah imannya namun tetap harus diselidiki,mungkin sang kawan yang sengaja nak mengenakan,disengajakan atau memang si pelaku begitu perangainya..semoga kita semua dijauhkan dari sangkaan buruk manusia dan berhati-hati dalam apa jua perbuatan kita.




No comments:

Post a Comment