Total Pageviews

Thursday, 17 March 2011

CUTI SEKOLAH...HAMPIR BERAKHIR..

Assalamualaikum wahai NurQasehku...cuti sekolah hampir berakhir...kertas peperiksaan BI utk kelas tahun 5 masih lagi tersimpan rapi tdk berusik...biasanya aku dah abiskan seblum kembali ke KL...ataupun ada sikit2 yang masih belum diselesaikan..tetapi disebabkan kepala aku yang asik sakit,menyebabkan kerja menanda kertas BI paper 2 ini tergendala.Alhamdulillah,utk year six dah finished marking for both papers..utk year 5 tinggal paper 2 yang masih terasa 'liat' utk dihabiskan...

Lagipun aku sebenarnya agak tidak berpuas hati dengan jawapan yg ditulis..kepala dah sedia sakit..tengok jwpn diorang lagi bt kepala aku bertambah sakit.Kelas tahun 5 utk thn ini memang agak menyakitkan hati jugak..terasa diri terlalu pandai,nak ikut kepala sendiri..sampaikan kerja sekolah yg diberi banyak yang tak menepati spesifikasi atau standard yg aku nak..termasuk la cara menjawab kertas peperiksaan sehinggakan murid yang paling pandai pun menurun markahnya.Aku dah kata dan banyak kali terangkan yang aku hanya bagi 'A' yang terbaik...sekiranya aku terlalu lenient sgt..nanti diorang besar kepala ataupun menjawab sambil lewa..aku mahu apa yang diorang pelajari boleh diaplikasikan sehingga ke sekolah menengah nanti.

Ini merupakan cabaran buat aku..aku mohon semoga Allah permudahkan segala urusanku dalam mendidik anak2 muridku,semoga mereka semua dilapangkan dada,diberikan hidayah supaya mudah cahaya ilmu masuk di dalam sanubari mereka.amin.

No comments:

Post a Comment