Assalamualaikum wahai Cahaya NurQasehku,
Ayahku telah pun keluar dari wad dalam 2 minggu,Alhamdulillah kesihatannya beransur pulih walaupun utk kembali seperti biasa(iaitu walaupun agak lemah tp masih boleh uruskan diri sendiri) tidak dapat dipastikan,yang pasti memang mengambil masa yang agak lama.
Emakku menguruskan segala-galanya..menyuapkan makan,memandikan ayah,memakaikan diapers kerana dia tidak dapat menguruskan dirinya sendiri...namun Alhamdulillah sedikit demi sedikit dia boleh bangun dan berdiri walaupun dalam keadaaan yang lemah.Emak membelikan tongkat dan juga kerusi roda bagi memudahkan ayah untuk bergerak.Kini ayah lebih banyak senyap dari bercakap..menjawab hanya apabila ditanya..selebihnya lebih banyak diam dan tidur umpama seorang bayi.Dulu ayah rajin juga bercakap dan berbual dengan mak walaupun dalam keadaan yang termengah2 menahan nafas...sesekali diserang strok..dan sudah beberapa kali ulangalik ke hospital dan dimasukkan ke ICU.
Pengalaman yang amat menyedihkan aku ialah pada bulan lepas di mana ayah tidak sedarkan diri langsung..melihat ayah dalam keadaan berjuang antara hidup dan mati,amat memilukan hati kami sekeluarga melihatnya..3 kali jantung di pump...cuba diselamatkan oleh doktor..sehingga diberitahu oleh doktor bahawa tiada apa yang dapat dilakukan melainkan menyerah pada Allah akan segala kemungkinan yang berlaku.
Dalam keadaan sedih,dalam hati telah ku redha segala yang berlaku dan pasrah akan segala ketentuannya.Kami membacakan yassin untuk ayah.Alhamdulillah dengan takdir Allah serta limpah kurnia kasih sayangNya..nyawa ayah masih panjang..menunggu sehingga tengahari..akhirnya ayah dimasukkan ke ccu dan masih dlm keadaan koma...kami berulangalik melawat ke hospital..tiada tempat untuk menunggu di wad ccu tersebut..tidak disediakan..kami beralaskan tikar atau kadangkala suratkhabar menunggu di luar dan akan masuk selang beberapa waktu untuk melihat keadaannya.Alhamdulillah seperti yang telah ku ceritakan di atas...kini ayah telah pun berada di rumah...banyak hikmah disebaliknya..biarlah menjadi rahsia..namun sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang..terasa kerdil sungguh diri ini di sisiNya.
Ya Allah,hambaMu ini bermohon padaMu,semoga ayah hambaMu ini semakin pulih dan baik kesihatannya dan dapat menguruskan diri sendiri. HambaMu ini juga berharap agar penglihatan ayah pulih seperti sediakala,amin.(sebelah mata ayahku telah buta sepenuhnya akibat katarak..manakala yang sebelah lagi beransur2 diliputi selaput,menutupi penglihatannya)...
No comments:
Post a Comment