Total Pageviews
Monday, 29 October 2012
PENILAIAN & PUJIAN MANUSIA TIDAK MEMBAWA KITA KE SYURGA...
Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,Sesungguhnya Allah tidak memandang dan melihat pada betapa mahalnya gadgets yang kita miliki,semahal mana tablets,ipad yang kita mampu beli,sebanyak mana pixels yang kamera kita ada,tetapi Allah melihat pada betapa banyak amalan yang baik yang kita lakukan di dunia ini yang dapat memberikan pahala dan menolong kita di akhirat nanti.Kerampingan,kelangsingan tubuh badan sekiranya digunakan untuk memakai baju bersaiz S kemudian mengharapkan pujian manusia,tiada maknanya andai ianya langsung tidak baik pada pandangan Allah yang Maha Esa.
Oleh itu tak perlulah,setiap kali berjumpa asik bercerita pasal diet,pasal saiz baju yang dah tak muat,mempertikaikan saiz fizikal tubuh badan si polan yang bertambah,sebaliknya setiap kali berjumpa cuba bercerita tentang sesuatu yang berfaedah,sesuatu yang dapat meningkatkan amalan kita,bertukar-tukar fikiran kepada sesuatu perkara yang memberi manfaat pada manusia dan agama.Sekiranya kita mampu memiliki gadgets yang mahal,janganlah ada sekelumit pun perasaan bangga diri,riak sehingga memandang sinis pada mereka yang tidak mampu memilikinya atau yang hanya mampu membelinya dalam nilai yang tak semahal gadgets canggih yang kita mampu beli.Jaga hati dan perasaan orang lain,barangkali di sisi manusia handphonenya,tabletsnya jenis yang mampu milik bagi sesetengah orang yang kurang berkemampuan,tetapi di sisi Allah,mungkin amalan solehnya lebih bernilai daripada kita.Entah-entah dek sibuk membangga diri dengan apa yang dimiliki,bercakap besar,pahala kita habis begitu sahaja diberi percuma kepada orang lain.
Di dunia mungkin tubuh badan kita muat baju saiz S,tapi belum tentu amalan kita yang tak seberapa dapat memungkinkan kita muat masuk ke liang lahat,belum tentu tubuh kita ringan ketika diusung ke kubur kelak,oleh itu sentiasa cuba menghormati apa yang orang lain miliki,jangan mempersendakan fizikal atau rupa paras orang lain.Apa yang kita miliki barangkali adalah hasil doa orang lain yang dimakbulkan oleh Allah,kerana kita tidak tahu dalam ramai manusia yang kita temui,dalam ramai sahabat,rakan,kenalan yang kita kenali,ada antaranya yang sering mendoakan untuk kesejahteraan kita,kemurahan rezeki kita.Kita tidak tahu barangkali orang yang sering kita pandang rendah,mungkin doa dia untuk kita yang dimakbulkan kerana dia sedar bahawa apa yang sering kita lemparkan pada dia adalah ujian Ilahi,tanda Allah sayang kepadanya jadi sebagai tanda terima kasih atas 'budi baik' kita,dia sering mendoakan kebahagian kita,siapa tahukan?
Akhir kata,ingatlah Allah tidak menilai semahal mana pakaian,kereta,kamera,handset yang kita miliki,tetapi kita akan ditanya apa yang kita gunakan dengan segala yang kita miliki,sebagai contoh,kamera canggih kita..gambar-gambar apa yang kita ambil?gambar-gambar ke arah kebaikan atau kemaksiatan?Fikir-fikirkanlah,belajar untuk menilai manusia bukan pada kecanggihan alatan yang dimiliki,nilai manusia dari akhlak mulianya,dari kebersihan hatinya,kerana dia mungkin hanya si pengangkut sampah,bergelumang dengan bauan yang kurang menyenangkan,siapa tahu mungkin di sisi Allah,dialah manusia yang lebih mulia dari kita,bakal ahli syurga.Ingatlah,awalan kita yang baik tak semestinya berakhir dengan baik sekiranya kita tidak bermuhasabah diri kita senantiasa dan awalan yang kurang baik,siapa tahu dengan hidayah daripada Ilahi,dia menjadi lebih baik malah lebih soleh dari yang kita sangka.Nasihat ini kutujukan juga untuk diriku agar sentiasa memandang pada kekurangan diri dan sentiasa bersangka baik pada Ilahi.Allahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment