Assalamualaikum
wahai Cahaya Nur Qasehku,bertemu lagi di blog ini setelah aku 'menghilangkan' diri buat seketika:)...buat pertama kalinya sepanjang aku mengajar,peperiksaan akhir tahun bermula awal,kebiasaanya akan diadakan lebih kurang 2 minggu sebelum sesi persekolahan berakhir,jadi dalam masa 2 minggu itu kebiasaannya para guru akan sibuk memeriksa kertas peperiksaan,key in marks,menyiapkan senarai nama untuk penerima hadiah pada hari Anugerah Cemerlang dan pada masa yang sama sibuk dengan keputusan UPSR yang diumumkan.
Sukan Tahunan pada tahun ini diadakan agak lewat,baru sahaja berakhir pada minggu lepas,cuti selama 5 hari bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang,cuti peristiwa dan seterusnya cuti Hari Raya Aidil Adha sehinggalah ke hari Ahad.
Keputusan UPSR dinanti dengan penuh debaran?apakah kejayaan yang sama akan diulangi lagi pada tahun ini untuk subjek BI?Harapanku tidak terlalu tinggi namun aku masih berharap ada 'miracle' yang akan merubah nasib subjek BI pada tahun ini..."miracle' yang mampu membuatkan aku tersenyum bangga setelah bersusah payah dengan menempuh pelbagai dugaan pada tahun ini.Semuanya kuserahkan pada Ilahi,semoga keputusan ini adalah antara yang terbaik pernah aku dapat,insyaAllah.
Satu lagi results ialah pertukaran aku,sepatutnya keputusan telah pun diketahui,namun atas sebab teknikal...keputusan hanya akan diumumkan pada awal November..penuh dengan debaran.Menanti 2 keputusan yang paling penting dalam hidup aku pada tahun ini.
Apa sahaja keputusannya,aku harus redha dan tabah menghadapinya.Senang untuk menyebutnya di bibir,namun debaran di hati hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala-galanya.
InsyaAllah,segala-segalanya cemerlang dan baik-baik sahaja,amin.
No comments:
Post a Comment