Total Pageviews

Saturday, 1 September 2012

MACAM-MACAM...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,Alhamdulillah lega bila netbook aku dah kuar dr 'hospital' hehe.....laptop aku lak..keyboard dah tak bape ok...maklumle dah bertahun pakai..kira puas ati lah pakai lama....insyaAllah,ada rezeki lebih nak bli yang baru...ipad,galaxy tab..aku raser buat masa ini bukan satu keperluan lagi...kalau sekadar nak check email,twitter or fb...surf youtube etc etc...oklah..kalau nak buat assignment ke...nak taip ape2 kertas kerja ke...better pakai laptop sebab aku suker skrin yang besar...untuk kesihatan dalam jangkamasa panjang..mata pun tak letih:)...itu pendapat aku la...sekiranya aku perlukan galaxy tab atau ipad satu masa nanti dan ada rezeki lebih...aku akan beli jugak..buat isi masa lapang kalau terpaksa tunggu lama dalam kete,klinik,hospital atau mana saja tempat yang memerlukan aku tunggu giliran yang agak lama.Masa nielah ipad sangat-sangat 'berguna':).

Minggu ini suasana pembelajaran seperti biasa...tak dapat dinafikan debaran makin terasa apabila tinggal seminggu lagi,UPSR akan menjelma...melihatkan prestasi murid-murid aku,tak dinafikan aku sememangnya susah hati namun aku dah mencuba yang terbaik..ada masa seminggu lagi untuk mencurahkan tips dan panduan,selepas itu aku tawakal dan berserah sepenuhnya pada Allah,semoga ada cahaya kegembiraan menanti aku semasa results kuar nanti,insyaAllah.

Hari pertama persekolahan,macam biasa aku membawa anak-anak muridku tahun 3 ke makmal komputer,memberikan mereka lembaran kerja untuk disiapkan selepas penerangan tentang topik tersebut selesai diajar.Aku menyuruh mereka menyiapkan dalam waktu yang ditetapkan sambil berjanji sekiranya kesemua murid menyiapkan tugasan yang diberi,aku akan menunjukkan mereka satu movie(Movie kartun:Muhammad,The Last Prophet).Movie ini pernah ditayangkan beberapa kali di TV AlHijrah.


Aku: Ok,masa ada beberapa minit lagi,siapkan kerja,nanti teacher pasang movie,nak tengok tak?


Anak murid:nak tengok...


Anak murid:finish teacher!


Aku: Ok if you are finished your exercises,please submit to me your exercise book.


Yang dah siap,tak sabar-sabar nak tengok movie,sambil mengesa kawan-kawan yang belum siap,menyiapkan kerja mereka.


Aku: ada siapa-siapa puasa 6 tak hari ini?


Anak murid: Geleng kepala...


Semua murid akhirnya menyiapkan latihan yang diberi.Masa hanya tinggal dalam 20minit,aku memang sengaja memberi kerja yang dapat disiapkan lebih awal kerana sememangnya ingin menayangkan citer tersebut.Sekali sekala, sebagai 'upah' atau 'ganjaran' mereka menyiapkan kerja pada masa yang ditetapkan...


Oleh kerana aku tiada dvd citer ini,try carik memang tak ada dipasaran,kecuali kalau nak order kat ebay atau amazon adalah.Aku download dari internet,tapi tidak dapat sepenuhnya hanya part 1,part 2 dan seterusnya sampai akhir.Aku guna KMPlayer jadi senang,walaupun movie itu ada bahagian-bahagiannya,aku tak perlu nak klik bahagian lain bila tamat satu part,sebab automatically KMplayer akan pergi ke part seterusnya.Baru tengok part one..."kringggg" loceng pun dah berbunyi.


Aku:ok masa dah tamat,kita tengok lain kali ok.


Anak murid: ala teacher,baru nak tengok...


Aku: (senyum)...takpe lain kali..kita sambung besok kalau kamu cepat siapkan kerja.


Anak murid: ala...takpe teacher,kitaorang puasa enam hari ini(kelakar dan comel bunyinya..kalau korang kat tempat aku,sure nak gelak punya).


Aku:pandaila kamu,tetiba je nak puasa enam..breakfast tak pagi tadi?


Anak murid:(sengih-sengih)..sambil mengangguk-makan hehe..


Aku:ha..taupun manelah boleh nak sambung puasa dah sarapan pagi tadi.


Anak murid:ala teacher,taknak rehat..


Aku: mana boleh..kena pegi rehat..kalau tak nanti,tchr yang kena marah sebab kamu tak makan.


Anak murid aku dengan muka separuh monyok and macam tak nak kuar dari makmal...melangkah berat nak ke kantin...

No comments:

Post a Comment