Total Pageviews

Sunday, 2 September 2012

ISTIKARAH CINTA...

Assalamualaikum wahai Cahaya Nur Qasehku,lagu ini asyik terngiang-ngiang di telinga aku...lirik yang sangat puitis dan indah...Istikarah Cinta nyanyian:Sigma.Bagiku lagu nasyid ini begitu indah dan membawa maksud yang mendalam dalam hatiku. Kepada Allah ku serahkan segala-galanya.Cinta aku pada Allah mengatasi segala-galanya,aku mengkagumi dirinya kerana Allah  dan aku juga merinduinya juga kerana Allah.Cinta aku hanya pada Allah SWT. Allah telah menentukan apa yang terbaik kepadaku...redha atas segala-galanya...Alhamdulillah atas segala kasih sayangMU Ya Allah...

ISTIKARAH CINTA

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta.. 

No comments:

Post a Comment